misi food hunting@kuching!

27-29.10.2013

aisey, lambat pulak kamik update pasal food hunting kat Kuching kan. takpe janji masih dicapati. hehehe :-) oleh kerana kamik first time sampai Kuching dan tak study pun apa yang menarik kat Kuching ni, so redah je la kan.

makan! tak sangka kat Kuching ni ada banyak makanan sedap hingga menjilat jari. cuma tempat dia jauh2, nasib baik kami ada en driver yang sudi memenuhi keperluan tekak kami yang mengedik2 nak makan itu ini. ahahaha. tq en brennen! jadi apa yang menarik?

credit pic: dj's fb

mee kolok

menu wajib yang kena cari bila sampai Sarawak. main dish yang terkenal. untuk rekod, kami cuba 4 serving mee kolok sepanjang kat kuching ni. ahahaha. tak muak ke makan mee kolok? hahaha, tu kena tanya irma, sebab dia yang makan mee kolok tak berhenti2. takde kat semenanjung katanya. specialnya mee kolok terletak pada mee nya. memang tak jumpa strain mee yang sama kat semenanjung ni. (cis, rindu plak nak makan mee kolok)

en brennen recommend makan sini. mula2 nak makan kat kedai sepinang, tapi sold out. maka kami makan kat satok flyover cafe. hmm, antara 4 mangkuk mi kolok yang kami makan kat Kuching ni, mangkuk mee kolok ni la yang tersedap sekali. Alhamdulillah :-)


 

mangkuk2 mee kolok yang lain

mee kolok @ chilipeppers


mee kolok @ kopi o corner


mee kolok @ de tamu cafe


laksa sarawak

akhirnya, dapat gak merasa kesedapan laksa sarawak ni masa seberang sungai untuk sensori kek lapis. ada rasa rempah2 n santan/susu. sedap!


teh 3 layer

kat mana kedai kat Kuching ni, mesti ada teh 3 layer ni. dayahj pulak yang dok ulang2 minum teh ni. tapi katanya, yang sedap ada kat kopi o corner- not too sweet, rasa balance. refreshing!

teh 3 layer @chilipeppers

mee jawa special with ayam @kopi o corner

tengok je dah rasa nak makan lagi. sedap sayangnya jauh!


prata roll @kopi o corner

rich dengan isi dan kuah yang meleleh2. design dia, iskh laaaaa


chicken wing@ de tamu cafe

nak menangis rasanya bila ingat kesedapan ciken wing kat de tamu ni. 


banana cheese@ de tamu cafe

ini lagilah kamik terkenang2. pisang goreng rangup dengan parutan cheese dan susu. pergh, memang sedap sangattt. 


seafood party @top spot seafood

top spot is one of d best place to enjoy seafood. dari hotel grand margherita, boleh jalan kaki je. hehehe. kat top spot ni banyak sangat kedai dan ramai orang! makanan laut dia memang extravaganza besarnya. pepahat kat semenanjung kecik je sampai kat sarawak, amik ko besarnya sampai nak telan pun rasa cam nak tercekik! hahaha. memang fresh dan masakannya pun sedap. puas hati :-) 











rasanya belum puas lagi nak explore makanan kat kuching ni, agaknya apa yang kita jumpa kalau explore satu Sarawak, mesti macam2 food ada. hahaha. overall, memang best la makanan kat Kuching ni, tapi oleh kerana jarak/ kedai dia jauh2 susah gak nak pi dari satu tempat ke tempat yang lain kalau takde transport. 

thank you Kuching! Sarawak! Malaysia!

0 comment:

Powered by Blogger.