angkara salah dail. demm.

19.11.2013

padan muka ma'long (abaikan latar belakang yang tak semenggah tu)

mula-mula ai nak buat pengakuan yang (1) ai salah save no alternate ayah kat hp dan (2) ai tak pernah call ayah guna alternate no tu. hmm, nak dijadikan cerita, 10 hari yang lepas (9.11.2013), ai panik sekejap bila try call mak no answer, call ayah main number pun no answer. berkali-kali call pun masih sama. panik. maka ai pun try reach ayah guna no alternate yang ai simpan dalam hp. pun tak berangkat. lebih merisaukan.

selang 10 minit, ada satu no asing call. ai angkat tapi takde siapa yang cakap, cuma dengar suara kanak2 yang panggil2 "mama". pelik. tak lama lepas tu, no asing tu call lagi, lelaki. kali ni dia tinggikan suara tanya "ni siapa yang call tadi?" ai pun heran bin ajaib. bila masa pulak call no ni. setahu ai, tadi cuma call no mak, ayah n alternate no ayah? dengan confident, ai jawab, "sori encik, salah no kot". 

pastu no asing tu message

no asing: tadi ada call no ni kan - dia tulis no alternate ayah (ai suspect ni no wife dia)
ai: sori tadi memang ada call, tapi maybe salah no kot, nak call ayah sebenarnya

nampak macam propa kan, tak kan no ayah pun tak tau. choy. ai cepat2 call ayah, nasib baik angkat. pastu verify no tu dengan ayah. rupanya, baru sedar yang no tu memang salah save! demm. 

sambung message, dengan niat nak betulkan keadaan.

ai: encik, saya salah save no alternate ayah saya dalam hp. maaf la mengganggu. 
no asing: ok

so, ai consider, case close. tapi esoknya, dua-dua no ni call ai. sori dua2 pun ai tak angkat. case close kan? malangnya, hari yang berikutnya no asing call lagi. dalam hati dah sumpah seranah dah, apasal lelaki ni nak call lagi, rasanya dah cukup explaination yang ai bagi. choyyy betul.

tapi dalam hati ada sedikit seram. hmm, ntah2 husband dia fikir yang wife dia sengaja buat2 salah no. so dia nak verify betul2. choyyy la, worst imagination. 

pastu no more call dari no asing. lega.

malangnya hari ni, 10 hari selepas kejadian salah dail, no asing call lagi. hoi, nak apa hah?!!! menyibuk betul. nak angkat? tak nak angkat. musykil. apa sebenarnya motif no asing ni call.

let it be a mystery lah. unknown mystery. lagipun bukan ada hutang pun ngan depa. tak sengaja kan. haha

anyway, moral of the story

1. pastikan save no. yang betul
2. jangan angkat no yang tak dikenali

0 comment:

Powered by Blogger.