oh la #maybank2u! bikin stress je!!

29.11.2013

tak faham kenapa #maybank2u nak upgrade service hujung2 bulan ni. orang nak bayar hutang la oiii. dah macam2 orang call tuntut hutang. demm punya #maybank2u!

panas pulak hati dari pagi sampai malam tak boleh buat transaction. stress!


voucher dari Pixajoy sempena birthday 3 series

27.11.2013

setiap kali birthday, Pixajoy akan bagi hadiah birthday aka voucher 30% kepada kita. untungkan. so siapa2 yang nak dapat hadiah, sila register dengan Pixajoy. klik banner kat bawah ni.


so, untuk birthday 3 series ni ai dapat voucher 30% untuk mana2 produk Pixajoy!




oleh kerana 30% diskaun, maka ai akan pilih untuk buat calendar 12 month (rm45). jimat sikit kan. okey, nantikan projek calendar ai ye :-)

TQ Pixajoy bagi hadiah birthday! hehehe :-)

1 gm sebulan, mampukah? huhuhu

27.11.2013

siapa yang tak suka emas kan. kebetulan masa makan kat padi tu, cik net n ai tergerak kaki nak masuk galeri hana gold kat galeria ni. galeri ni baru beroperasi tahun ni. masuk2 kami disambut oleh encik HG, maybe husband owner kot. 

memang kami takde niat pun nak beli emas masuk2 hana gold ni. just nak cuci mata. hahaha. tapi encik HG ni tak lokek ilmu, terus dia keluar cerita pasal pelaburan emas. hah. nampak sangat muka kitaorang ni banyak duit kan. hahahaha :-p


macam2 la dia stori, kami dengar je lah, sebab ada benda2 yang kami kurang jelas term dia. tapi oleh kerana dia tengah excited bercerita, kami angguk je la. 

apa yang paling menarik ialah, dekat hana gold ni ada emas berat 0.2 gm, which memang kecik dan tak perasan pun tu emas. lol. tapi encik HG kata kalau nak start simpan emas, boleh start dengan produk 1 gm hana gold. sama je kan macam simpan duit tiap2 bulan. oooooh, baru tau ada produk 1 gm ni. hmm, menarik juga tu. tapi apapun kena build 3-6 month emergency fund (read as 3-6 bulan x total gaji). iskh laaaa.

yeah, sponsor please :-p

selamat ulang tahun. hello2 new series!

27.11.2013

Alhamdulillah, hari ni officially genap 30 tahun! hehehe :-) tahniah! syukur dengan semua nikmat yang ada. terima kasih untuk semua doa-doa sahabat yang pelbagai dari murah rezeki, panjang umur, cepat2 jumpa jodoh dan cepat2 kawin. Amin :-) moga2 Allah dimakbulkan :-)

hello2 new series! semoga lebih banyak perkara positif akan berlaku dalam hidup. dan semoga hidup ini akan lebih memberi makna kepada orang sekeliling. In Shaa Allah!

Happy 30th Birthday, myself!


muka excited dapat makan kek free! kebetulan ada pulak geng birthday sama. hahaha. rezeki! dinner on birthday bersama cik net, tq sebab belanja makan kek kat Padi :-)



last but not least, makan-makan dominos on bday :-)


parcel sampai @Pixajoy!

26.11.2013

hari ni parcel berbalut plastik skynet sampai. hmm expected delivery date untuk pb glossy rafting n pb 1 cik wi adalah pada 28.11.13, tup2 hari ni dah sampai. cepat pulak service Pixajoy n Skynet. bagus2.




pb glossy ai super awesome, menyesal pulak tak print dengan lamination glossy sejak mula2 kenal photo book. huhuhu. tak sia2 gak ai edit mana2 page yang perlu. nice :-)




pb 1 cik wi pun tak kurang awesomenya. memang tak dinafikan ai sedikit stress nak tunggu hasil photobook ni. maklumlah gambar untuk album ni banyak yang tak berapa sharp, risau menjejaskan mood view photo book. tup2 hasilnya, boleh la dibanggakan. hahahaha. yang paling penting cik wi suka (read as terus ada next project. Alhamdulillah!)

ruff&tuff 8.5' x 11'- cover tinsel shine rose red



update 28.11.2013

tanpa disangka2 hari ni ai terima parcel untuk pb 2 cik wi. awalnya photo book ni sampai! sepatutnya expected delivery on 2.12.13. super duper like. project ni memang cik wi tunggu2 dan tak sabar nak view. maklumlah 60 pg kan. 

ruff&tuff 8.5' x 11'- cover tinsel shine bronze brown






yeay, ruff n tuff 8.5 x 11 dari pixajoy ni memang saiz yang sesuai untuk buat photo book. dia punya feeling view photo book tu memang memuaskan sebab semua gambar nampak besar. patut la cik wi suka. hehehe :-)

Alhamdulillah. next project anyone?

seminar #AJ di Terengganu

24-25.11.2013

akhirnya siri jelajah ke-4 seminar #AJ. mentally dah rasa letih sebab event ni bersambung2 dari bulan 10 hari tu. tapi semangat masih utuh nak jalankan roadshow. hehehe :-)

24.11.2013

hari persediaan kat dewan serbaguna YPU ni memang mudah, lagi2 dengan bantuan fiza n team mkkm terengganu. tak dinafikan interm of hospitality n kerjasama, team Terengganu lah yang paling banyak membantu. i'm so proud with u guys! tak sia2 kkm guna tagline kami sedia membantu. hehehe.



 



25.11.2013

dewan full house. hahahaha. tapi punya la panas dewan ni masa seminar berlangsung, nasib baik takde peserta yang marah. huhuhu. oleh kerana slot Q&A tak dapat sambutan, maka event hari tu habis agak awal. malu2 agaknya orang zon timur nak tanya. hihihi.



last but not least, terima kasih kepada semua team yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan seminar #AJ di Terengganu. In Shaa Allah, kita akan bekerjasama lagi dalam masa akan datang. TQVM guys!!

misi work & play @ Terengganu

23-25.11.2013

yeah! misi work n' play kali ni ke negeri Terengganu aka ganu kite :-p masih dalam mood siri jelajah roadshow akta jm. mood masa mula-mula nak pi roadshow kat Terengganu ni memang malas (read as langsung tak semangat) sebab penyertaan tak ramai macam kat tempat2 lain. lesu je. tapi kerana kerja ku turutkan jua :-)

23.11.2013

kami ke Terengganu dengan flight MAS. hmm, naik flight kecik, mak aii panasnya macam sauna. mungkin sebab orang ramai or ada masalah teknikal dengan air cond, ntah la. yang pasti memang hot! tapi yang menjadikan perjalanan lebih "hot" ialah adik pramugara azrool yang comel dan baik dan sweet :-) okey. gedik kuasa 3.

sampai je kat airport KT, ada suara riuh rendah sambut penumpang. masa tu kami fikir suara riuh rendah tu sebab nak sambut peserta monsoon cup. masuk je laluan pintu arrival, memang luar biasa sambutan. feeling2 vip pulak, banyak camera, video, orang bersorak n tepuk tangan. lol. ada apa ni? lepas interview abang bikers, rupanya2 ada acara MAS & MH Bikers bersama pelanggan. laaaaa, sambut kami rupanya. hahaha. so, tanpa melepaskan peluang, kami posing kat motor2 MH Bikers yang ada kat luar tu. tapi glamer sekejap sebab banyak camera yang amik gambar kami. motif? ntah la.



ini baru semangat nak datang Terengganu! kali ni kami check in kat Hotel Tanjong Vista. hotel ni nice, bilik ok, kami dapat view yang nampak laut :-p syok!



bila malam menjelma, masing2 lapar! kami turun hotel n cari kedai2 berdekatan, hmm nan ado. nasib baik ada satu gerai kecik sebelah hotel yan hidang masakan panas n keropok lekor, apa lagi jom kita makang! eh? menu utama nasi goreng kampung- sedap akak ni masak dan keropok lekor nyum2. kenyang sampai esok pagi. huahuahua :-p



24.11.2013

hari ke-2 kat Terengganu. misi hari ni ialah untuk buat persediaan untuk event hari esok. tapi misi makan masih berjalan. eh, tak lengkap kunjungan ke Terengganu kalau tak makang nasi dagang kan? jom ke kedai nasi dagang yang femes kat sini- Kedai Nasi Dagang Kak Pah :-)



ai jarang-jarang nak suka makan varieti nasi pantai timur ni. tapi nasi dagang kak pah ni boleh dikatakan sedap ditambah pulak dengan kari ikan tongkol yang marvellous. yummy dan sangat mengenyangkan!





siap breakfast, kami bertolak ke mkkm Terengganu untuk mesyuarat logistik. banyak perkara yang dibincang dan diborakkan. ai pulak dapat peluang melawat kawasan makmal. hmm, amik feeling keja lab katanya. hihihi. waktu rehat kami bergegas ke pasar payang. memandangkan masa agak singkat dan fulus pun tak berapa banyak maka shopping ala kadar je. ai sempat grab kain batik n pelikat untuk parents dan baju untuk auni n qila. pastu kami gerak ke dewan, buat preparation dan final touch untuk seminar hari esok. masa setting dewan ni memang dapat kerjasama penuh dari orang2 kuat Terengganu, terharu pulak. u guys memang super best! 





usai berkemas kat dewan seminar, kami teruskan dengan plan minum petang kat kedai yang boleh dikatakan top spot untuk makan makanan celup tepung ni. okey, jom kita ke ICT Haji Pok Long (on d way nak pi airport). kedai ni mengamalkan konsep layan diri. apa nak makan, apa nak minum semua amik sendiri. ramai orang masa kami sampai, memang murah rezeki tokey bisnes. 





hmm, semua makanan pun nak kena celup tepung! rasa sedap, sos cicah pun sedap. eh apa lagi, makang-makang! hahahaha :-p

 cendawan celup tepung
 telur sotong celup tepung
 ikan celup tepung
 udang celup tepung
 keropok lekor
 cucur tepung


serius kekenyangan lepas baham semua makanan celup tepung ni. huhuhu. balik hotel, lepas lenggang2 perut, kami terus amik mood tido. dasar genetik ular sawa :-p

25.11.2013

hari event! kalau ikut maklumbalas memang kurang memberangsangkan penyertaan orang2 zon timur ni. tapi Alhamdulillah, masa registration peserta bertambah, dewan pun full house :-) legaaaaa. habis je event, kami terus bergegas ke airport. tapi oleh kerana masih ada sedikit masa, kami request pok din (driver Terengganu) untuk bawa kami melawat tapak Monsoon Cup Terengganu. sempat kan, hehehe :-)







ok, now masa untuk pulang! yeay! tq untuk semua yang membantu :-)
Powered by Blogger.