pesan emak #foodsafety

15.10.2013

bila nak pulang ke wilayah, perkara yang mesti buat lagi2 bila hari raya ialah tapau. bungkus semua makanan yang ada kat rumah pastu bawa berbondong2 balik wilayah. eh, hari raya kan, lauk raya!


lauk pagi raya aidiladha tahun ni terdiri daripada nasi impit, rendang mentarang, rendang ayam dan kuah kacang. Alhamdulillah, sedapnya mak masak. hehehe. eh eh, ai pun tolong gak lagi2 masa nak uruskan mentarang. kredit diri sendiri.

tengah2 tapau tu, mak pun buat pesanan penaja yang berbunyi

"dah sampai rumah nanti, jangan lupa panaskan lauk2 ni, kalau kena food poisoning, jangan nak salahkan chef yang masak, sendiri kena ingat"

amboi mak, food safety concern betul pesanan penaja. ni semua gara-gara kes keracunan makanan kat tanjung dawai tu la, everybody macam kena alarm. hey, siapa sangka food poisonning yang orang selalu ingat kena diarrhea semata-mata tu boleh membawa maut? anjakan paradigma semua orang. thumbs up!

apapun, food safety concern ni benda yang kena diterapkan. walaupun kebulur sangat2, pastikan makanan yang kita nak makan tu selamat dimakan. macam iklan2 kat tv selalu kata

"sebelum makan, pastikan kita amal LIHAT, HIDU dan RASA"

thanks mak for gentle reminder, walaupun anak mak ni food tech, kadang2 culas gak bab2 panaskan lauk ni. "penyegan" sungguh :-p

0 comment:

Powered by Blogger.