nasi kukus ayam panggang port dickson

19.10.2013

hari sabtu tak sempat nak bersenang lenang. kena keja, cari hotel untuk bengkel bulan 11 nanti. sempat pi 2 hotel je kat pd hari ni, maklumlah orang hotel keja half day je. 

bila dah time lunch, boss ajak pi makan kat cowboy place, port dickson


menu kat sini simple je

kalau nak order air ada air limau, air tembikai atau air mineral.

makan hanya ada nasi kukus, ayam panggang- ala carte or set

order memang cepat sampai, berdesup katanya. nasi dia portion kecik je. ai ols order 1 nasi ala carte. nasi kukus ni memang lembut n sedap je makan. hahaha. ayam panggang dia memang sedap. di tambah pula dengan sos n sup dia. marvellous weh.

kedai ni simple je, tapi ada live band. oleh kerana tempat makan ni bawah khemah, panas sikit la, kalau tengah matahari terik tu, terasa gak la bahangnya.

korang boleh la terjah kedai ni, kat tepi jalan je. dekat2 kedai ni ada stesen minyak petron. 

harga untuk 1 set nasi kukus ayam panggang rm5 :-)

pastu kalau rasa nak makan cucuk2 ayam or nak tapau ayam boleh gak. ayam cucuk2 rm1, yang lain tu ada harga masing2 kena tengok display.

kami pun tapau gak. hehehe :-)


next month boleh terjah makan kat sini lagi :-p

0 comment:

Powered by Blogger.