mentarang (lagi!)

14.10.2013


hailaaaa, mentarang lagi? kenapa mesti mentarang?

1. rendang mentarang ialah menu yang perlu menghiasi meja di pagi raya. tanpa rendang mentarang, siapa lah nasi impit? hihi.

2. nuurul order (lagi!) rendang mentarang. hehehe :-)

rupanya harga mentarang memang dah naik! semakin lama semakin mahal. eh, makanan eksotik kan? tapi nak buat camno, nak makan kena la beli. nak murah cari lah sendiri. huhuhu. so, raya kali ni ai beli 6kg mentarang, tapi kulit je dah 5kg, isi 1 kg je. iskh laaaaa.

seperti biasa, mentarang sebelum dapat dimakan, macam-macam operasi kena buat. 

rendam-  mula-mula kena rendam mentarang dalam air, supaya lumpur2 tertanggal. air rendaman tu hendaklah tukar la 1/2 jam sekali (SOP sangat)

gosok- walaupun dah rendam, still ada lagi kesan lumpur pada kulit mentarang. apa lagi gosok la sampai semua lumpur tertanggal. buat satu-satu eh, tak boleh skip. huhu

stim- masukkan semua mentarang dalam kuali besar, kasi stim mentarang2 tu. agak2 dah masak, sejukkan sebelum proses pengasingan isi-kulit

pengasingan- part ni mencabar sebab kena teliti. buang semua kulit2 n lumpur yang attach

akhirnya, isi mentarang berjaya dikumpulkan! untuk 6kg mentarang ni, ai buat dalam masa 2 jam. perghhh memang lama sebab kena hati2.

yup, now dah boleh buat rendang mentarang!

0 comment:

Powered by Blogger.