ku menunggu #layankanjiwa

17.10.2013


Ku begini seperti selalu 
Membilang waktu berlalu 
Entah berapa lama aku tak sedarinya 
Berapa lama harus menunggu 

Aku mimpikan suram cahaya 
Bertukar cahaya indah 
Semoga tiba hari bersinar ruang hati 
Menyuluh arah jalan kembali 

Ku tunggu arus perubahan 
Barat utara timur selatan 
Meniti doa malam dan siang 
Teranyamnya semula ikatan 

Sayang semua (nya) hanyalah mimpi 
Kenyataanya langit dan bumi 
Aku di sini engkau di sana 
Sayup jauh terpisah 

Entahkan kerana sayangku 
Ataupun kerana sabarku 
Ku menunggu 

Airmata dan senyuman 
Antara mimpi dan harapan 
Adalah rindu semilu mengiris kalbu 
Yang terlalu menyayangi 
Di akhirnya terkorban diri 
Menyedari itu aku putuskan 
Pasrah segala pada tuhan 

Masih lagi seperti selalu 
Membilang waktu berlalu 
Semoga tiba hari bersinar ruang hati menyuluh arah agar kembali

0 comment:

Powered by Blogger.