kepingan madu tiga (popia nestum)

14.10.2013


amboi, amboi nama tak nak kalah kan? hahaha. saja bikin propa. tak sure apa nama kuih ni sebenarnya. actually kuih ni, konsep dia sama je dengan gulungan popia nestum yang ai pernah buat sebelum ni, cuma instead of gulung, kita potong square/ rectangle kulit popia tu, goreng dan salut dengan gabungan "madu tiga" (gula, nestum & susu)

part yang paling merana sekali dalam penghasilan kuih ni ialah masa nak mengasingkan helaian2 kulit popia tu. yang lain semua senang. 

Bahan-bahan-Kulit

Kulit popia 1 pkt - KG pastry/ lain brand (potong square/rectange/bentuk korang suka)

Bahan-bahan-Madu tiga

2 cawan nestum - blend halus
1 cawan gula- blend halus
1 cawan susu (ai guna susu auni- dutch lady. hehehe )
* bahan-bahan ni campur n gaul sekata/ sebati

Cara membuatnya
1. potong kulit popia dan asingkan
2. goreng sehingga slightly brown (api sederhana panas)
3. gaulkan kulit popia yang digoreng ke dalam campuran "Madu tiga
4. sedia untuk dimakan


senangkan cara membuatnya. hasilnya memang rangup dan sedap. susah betul nak say "no". tq to irma sebab kenalkan kuih ni. habis stok kuih bawah meja irma ai habiskan. hehehe :-p



0 comment:

Powered by Blogger.