bahagia dan membahagiakan

25.10.2013

lewat petang itu, ai belajar satu perkara tentang "bahagia". 

"bahagia
satu perkara yang kita sendiri corakkan
kalau perbuatan
kalau kata hati
semua tidak ikhlas
semua kerana terpaksa
bahagia pasti menjauh
kalau sebaliknya
bahagia, In Shaa Allah jadi milik kita"

dalam hati mengakui kebenaran kata-kata ini. tapi kenapa susah sangat mencapai bahagia? 

ada orang kata nak bahagia, lekas2 lah kawin. eh? adakah kawin membahagiakan? hanya orang yang dah kawin je boleh jawab. tapi ai pernah terbaca dalam satu rencana, perkahwinan bukan tempat mencari bahagia, sebaliknya bahagia tu adalah pakej yang perlu datang sekali semasa lafaz ijab dan qabul tu. 

bukan bahagia yang kita cari dalam perkahwinan. semuanya harmonisasi, persefahaman, tolak ansur dan lain-lain. mudahnya menulis, tak mudah melaksana bukan? cari bahagia dalam diri, In Shaa Allah, melaksana lebih mudah dari menulis :-)

argggh, tapi kalau bujang sure lebih bahagia, lebih bebas dan lain-lain. betul, menjadi single, mudah dalam banyak perkara. tapi bebas laku? tidak, masih ada maruah diri, maruah ibu bapa, maruah keluarga, maruah agama yang perlu dijaga. lalu dimana cara untuk mencapai bahagia? bermula dari diri. walaupun ada rasa kekurangan, tapi kalau diperhalusi masih banyak ruang dan cara mencapai bahagia.

bahagikan orang lain, In Shaa Allah diri akan lebih bahagia :-)

maybe boleh baca buku ni?eh, ai pun tak baca habis lagi, baru selak2 page. hihi.

0 comment:

Powered by Blogger.