bahagia dan membahagiakan

25.10.2013

lewat petang itu, ai belajar satu perkara tentang "bahagia". 

"bahagia
satu perkara yang kita sendiri corakkan
kalau perbuatan
kalau kata hati
semua tidak ikhlas
semua kerana terpaksa
bahagia pasti menjauh
kalau sebaliknya
bahagia, In Shaa Allah jadi milik kita"

dalam hati mengakui kebenaran kata-kata ini. tapi kenapa susah sangat mencapai bahagia? 

ada orang kata nak bahagia, lekas2 lah kawin. eh? adakah kawin membahagiakan? hanya orang yang dah kawin je boleh jawab. tapi ai pernah terbaca dalam satu rencana, perkahwinan bukan tempat mencari bahagia, sebaliknya bahagia tu adalah pakej yang perlu datang sekali semasa lafaz ijab dan qabul tu. 

bukan bahagia yang kita cari dalam perkahwinan. semuanya harmonisasi, persefahaman, tolak ansur dan lain-lain. mudahnya menulis, tak mudah melaksana bukan? cari bahagia dalam diri, In Shaa Allah, melaksana lebih mudah dari menulis :-)

argggh, tapi kalau bujang sure lebih bahagia, lebih bebas dan lain-lain. betul, menjadi single, mudah dalam banyak perkara. tapi bebas laku? tidak, masih ada maruah diri, maruah ibu bapa, maruah keluarga, maruah agama yang perlu dijaga. lalu dimana cara untuk mencapai bahagia? bermula dari diri. walaupun ada rasa kekurangan, tapi kalau diperhalusi masih banyak ruang dan cara mencapai bahagia.

bahagikan orang lain, In Shaa Allah diri akan lebih bahagia :-)

maybe boleh baca buku ni?eh, ai pun tak baca habis lagi, baru selak2 page. hihi.

budget 2014 #najibrazak

25.10.2013

terima kasih kepada mereka yang bekerja keras di belakang tok jib, kerja siang mlam, untuk menghasilkan budget 2014 ni.



pixajoy promo voucher halloween vs deepavali

23.10.2013

hari ni pixajoy announce product baru- Photo Prints available in 4R and 8R. ni mungkin macam gambar yang kita print kat kedai gambar cuma dengan kualiti yang lebih baik. promo ni datang dengan box frame. nampak cantik pulak. hehehe :-)




tapi yang lebih menarik, ada promo voucher sempena perayaan halloween dan deepavali :-p


apa lagi. beli jangan tak beli. hehehe :-) jom terjah website pixajoy sekarang :-)

oh la la, lhdn :-p

23.10.2013

ini agak mengecewakan! setelah berulang kali follow up status pengisytiharan cukai pendapatan 2007 dan 2008 yang telah dihantar dalam bulan 5 tahun ni, jawapan yang diterima masih sama

"permohonan tersebut masih belum ditaksirkan (audit)"

dalam bahasa kasarnya, depa tak buat apa-ap pun lagi walaupun depa dah terima permohonan ai bulan 5 hari tu. oh la la, lhdn kl bandar. yup,walaupun amaun yang floating tu 3 ratus je, still duit apa. still ini bukan cerita pasal nak refund pun, ai cuma nak clear kan amaun yang floating tu dari e-lejar.

haish. apasal lama sangat. malas dah nak follow up.

tunggu next year kot?

bagi depa side kick nak ma'long? huhu

lovely sunday vs sandwich sardine :-)

20.10.2013

ahad. hari bermalasan. eh. hehehe :-) this week je ada masa nak rehat2kan kaki, next weekend ai ols dah terbang ke sarawak :-p hari ni, dari pagi sampai petang sanggup berlapar sebab malas nak masak dan takde apa pun nak masak, choyyy sangat kan.

turun pi kedai runcit pun, tak tau nak beli apa. nak goreng mee macam banyak sangat bahan nak kena sedia. sudahnya beli roti+sardin+planta+salad. ahahaha.

yes sandwich sardine untuk tea time cum lunch cum breakfast. 



hehehe. cukup lah untuk hari ni. Alhamdulillah :-)

#rindunasi

instant design photobook! hari ni last date voucher :-p

20.10.2013

bertuah la. hari ni dateline voucher photobook yang beli bulan 5 hari tu. nasib baik 20 page je! so geledah pic2 yang ada jumpa pic konvo lia yang tak berapa nak ada tu. cukup la untuk 20 page. ahaha.

design dalam masa 2 jam. cepat2 tengok proof, cepat2 submit. legaaaaaa. tak membazir voucher. rugi tau beli rm15 worth rm60!

cheap 'n' chic softcover, 20 pg, 8"x8"








takde gambar nak letak lagi, tempek pantun. hehehe


simple je. jadi la eh. just nak elakkan pembaziran voucher :-p

update 22.10.2013

now dah boleh view e-flip album :-) for more e-flip album, klik kat sebelah kiri blog ai ye. tqvm

nasi kukus ayam panggang port dickson

19.10.2013

hari sabtu tak sempat nak bersenang lenang. kena keja, cari hotel untuk bengkel bulan 11 nanti. sempat pi 2 hotel je kat pd hari ni, maklumlah orang hotel keja half day je. 

bila dah time lunch, boss ajak pi makan kat cowboy place, port dickson


menu kat sini simple je

kalau nak order air ada air limau, air tembikai atau air mineral.

makan hanya ada nasi kukus, ayam panggang- ala carte or set

order memang cepat sampai, berdesup katanya. nasi dia portion kecik je. ai ols order 1 nasi ala carte. nasi kukus ni memang lembut n sedap je makan. hahaha. ayam panggang dia memang sedap. di tambah pula dengan sos n sup dia. marvellous weh.

kedai ni simple je, tapi ada live band. oleh kerana tempat makan ni bawah khemah, panas sikit la, kalau tengah matahari terik tu, terasa gak la bahangnya.

korang boleh la terjah kedai ni, kat tepi jalan je. dekat2 kedai ni ada stesen minyak petron. 

harga untuk 1 set nasi kukus ayam panggang rm5 :-)

pastu kalau rasa nak makan cucuk2 ayam or nak tapau ayam boleh gak. ayam cucuk2 rm1, yang lain tu ada harga masing2 kena tengok display.

kami pun tapau gak. hehehe :-)


next month boleh terjah makan kat sini lagi :-p

ku menunggu #layankanjiwa

17.10.2013


Ku begini seperti selalu 
Membilang waktu berlalu 
Entah berapa lama aku tak sedarinya 
Berapa lama harus menunggu 

Aku mimpikan suram cahaya 
Bertukar cahaya indah 
Semoga tiba hari bersinar ruang hati 
Menyuluh arah jalan kembali 

Ku tunggu arus perubahan 
Barat utara timur selatan 
Meniti doa malam dan siang 
Teranyamnya semula ikatan 

Sayang semua (nya) hanyalah mimpi 
Kenyataanya langit dan bumi 
Aku di sini engkau di sana 
Sayup jauh terpisah 

Entahkan kerana sayangku 
Ataupun kerana sabarku 
Ku menunggu 

Airmata dan senyuman 
Antara mimpi dan harapan 
Adalah rindu semilu mengiris kalbu 
Yang terlalu menyayangi 
Di akhirnya terkorban diri 
Menyedari itu aku putuskan 
Pasrah segala pada tuhan 

Masih lagi seperti selalu 
Membilang waktu berlalu 
Semoga tiba hari bersinar ruang hati menyuluh arah agar kembali

pesan emak #foodsafety

15.10.2013

bila nak pulang ke wilayah, perkara yang mesti buat lagi2 bila hari raya ialah tapau. bungkus semua makanan yang ada kat rumah pastu bawa berbondong2 balik wilayah. eh, hari raya kan, lauk raya!


lauk pagi raya aidiladha tahun ni terdiri daripada nasi impit, rendang mentarang, rendang ayam dan kuah kacang. Alhamdulillah, sedapnya mak masak. hehehe. eh eh, ai pun tolong gak lagi2 masa nak uruskan mentarang. kredit diri sendiri.

tengah2 tapau tu, mak pun buat pesanan penaja yang berbunyi

"dah sampai rumah nanti, jangan lupa panaskan lauk2 ni, kalau kena food poisoning, jangan nak salahkan chef yang masak, sendiri kena ingat"

amboi mak, food safety concern betul pesanan penaja. ni semua gara-gara kes keracunan makanan kat tanjung dawai tu la, everybody macam kena alarm. hey, siapa sangka food poisonning yang orang selalu ingat kena diarrhea semata-mata tu boleh membawa maut? anjakan paradigma semua orang. thumbs up!

apapun, food safety concern ni benda yang kena diterapkan. walaupun kebulur sangat2, pastikan makanan yang kita nak makan tu selamat dimakan. macam iklan2 kat tv selalu kata

"sebelum makan, pastikan kita amal LIHAT, HIDU dan RASA"

thanks mak for gentle reminder, walaupun anak mak ni food tech, kadang2 culas gak bab2 panaskan lauk ni. "penyegan" sungguh :-p

kepingan madu tiga (popia nestum)

14.10.2013


amboi, amboi nama tak nak kalah kan? hahaha. saja bikin propa. tak sure apa nama kuih ni sebenarnya. actually kuih ni, konsep dia sama je dengan gulungan popia nestum yang ai pernah buat sebelum ni, cuma instead of gulung, kita potong square/ rectangle kulit popia tu, goreng dan salut dengan gabungan "madu tiga" (gula, nestum & susu)

part yang paling merana sekali dalam penghasilan kuih ni ialah masa nak mengasingkan helaian2 kulit popia tu. yang lain semua senang. 

Bahan-bahan-Kulit

Kulit popia 1 pkt - KG pastry/ lain brand (potong square/rectange/bentuk korang suka)

Bahan-bahan-Madu tiga

2 cawan nestum - blend halus
1 cawan gula- blend halus
1 cawan susu (ai guna susu auni- dutch lady. hehehe )
* bahan-bahan ni campur n gaul sekata/ sebati

Cara membuatnya
1. potong kulit popia dan asingkan
2. goreng sehingga slightly brown (api sederhana panas)
3. gaulkan kulit popia yang digoreng ke dalam campuran "Madu tiga
4. sedia untuk dimakan


senangkan cara membuatnya. hasilnya memang rangup dan sedap. susah betul nak say "no". tq to irma sebab kenalkan kuih ni. habis stok kuih bawah meja irma ai habiskan. hehehe :-p



mentarang (lagi!)

14.10.2013


hailaaaa, mentarang lagi? kenapa mesti mentarang?

1. rendang mentarang ialah menu yang perlu menghiasi meja di pagi raya. tanpa rendang mentarang, siapa lah nasi impit? hihi.

2. nuurul order (lagi!) rendang mentarang. hehehe :-)

rupanya harga mentarang memang dah naik! semakin lama semakin mahal. eh, makanan eksotik kan? tapi nak buat camno, nak makan kena la beli. nak murah cari lah sendiri. huhuhu. so, raya kali ni ai beli 6kg mentarang, tapi kulit je dah 5kg, isi 1 kg je. iskh laaaaa.

seperti biasa, mentarang sebelum dapat dimakan, macam-macam operasi kena buat. 

rendam-  mula-mula kena rendam mentarang dalam air, supaya lumpur2 tertanggal. air rendaman tu hendaklah tukar la 1/2 jam sekali (SOP sangat)

gosok- walaupun dah rendam, still ada lagi kesan lumpur pada kulit mentarang. apa lagi gosok la sampai semua lumpur tertanggal. buat satu-satu eh, tak boleh skip. huhu

stim- masukkan semua mentarang dalam kuali besar, kasi stim mentarang2 tu. agak2 dah masak, sejukkan sebelum proses pengasingan isi-kulit

pengasingan- part ni mencabar sebab kena teliti. buang semua kulit2 n lumpur yang attach

akhirnya, isi mentarang berjaya dikumpulkan! untuk 6kg mentarang ni, ai buat dalam masa 2 jam. perghhh memang lama sebab kena hati2.

yup, now dah boleh buat rendang mentarang!

qila @ 5 month

14.10.2013

aqilah awadah membesar bagai johan. walaupun nampak macam kecik je tapi advance. macam2 kanak2 zaman sekarang ni, semua pun nak termaju dari kanak2 zaman dahulu. eh?

qila @ 5 month

tak suka senyum

mama dia kata since dia dah recognize orang ni, makin kedekut senyum dibuatnya. dengan ma'long kaki pembuli ni, hmm, memang tak nak senyum langsung. cet.

tak suka kena tinggal sorang2

dulu dia tak kisah pun terdampar sorang2 kat hall rumah, now kalau takde orang kat sekeliling dia, mula la dia menjerit sekuat hati. lucky suara dia halus je, so masih sedap didengar. tapi part air mata tu memang tak tahan. macam nak banjir dibuatnya. memang duplicate mama ni. drama air mata sangat.

pondok-pondok

now qila dah start merangkak. tapi sebelum nak mara tu dia akan setup pondok dulu. hahaha. comel kot.

suka tengok upin-ipin

tak faham la kanak2 la ni, suka bebenor ngan upin ipin. magic nya kalau dia menangis, buka je upin ipin sure diam, boleh layan sampai habis kot. hahahaha

gigi dan makan

dah nak tumbuh gigi dah anak buah ma'long ni. al-maklumlah dah start makan bubur nasi yang telah diblend superfine.

semoga qila sentiasa sihat selalu. love :-p




pet pop. eh game oh game!

13.10.2013

ni auni punya pasal. sibuk nak main game kat tab ma'long. terpaksa la ma'long download game kat Play Store. huhuhu. sudahnya ma'long pulak terpengaruh nak main game pet pop ni. hailaa, comel banget! takpe la nak tajamkan minda. eh, tapi hari tu macam pernah cakap kat cikgu that i'm too old for game. 

hahaha, okey tarik balik. 

now activate mode for pet pop. 

cabaran coconut milk shake #1

13.10.2013

memandangkan minggu ni di kampung halaman, maka misi coconut milk shake bolehlah dilaksanakan. hehehe. first of all, kena sediakan semua ramuan yang berkaitan

air kelapa "O" - air kelapa pandan tanpa gula tambahan :-p
f&n ice cream soda
susu dutch lady
ice cream vanilla nestle
air gula

cabaran #1

masa pekena coconut milk shake hari tu, tak teringat pulak nak mintak resepi kan, so ai ols agak2 je la sukatan untuk each ingredient :-p

resepi untuk 4 gelas coconut milk shake :-)

4 cawan air kelapa
1 cawan f&n ice cream soda
1 cawan susu dutch lady
2 table spoon air gula
2 scoop ice cream vanila

semua bahan ni campur sekali n pastikan mix well (guna blender). dah sebati, tuang la dalam gelas yang telah terisi dengan ketulan ais. jangan lupa top up 1 scoop ais krim vanilla.

rasa

in term of rasa memang tak sama langsung dengan rasa coconut shake yang lazat dan berkerim yang minum hari tu. ye la, kedai tu guna blender sama untuk bergelas2 coconut shake, mau tak dapat rasa berkerim tu. huhu. tapi not bad gak rasa coconut shake ai ols ni. rasa air kelapa tu memang fresh la. siapa suka rasa ice cream soda, boleh top up la. memang menyamankan.


@5: Idea nak memenuhkan page photo book dengan quotes!

13.10.2013

kadang2 bila design photo book (pb) diri sendiri or orang lain, agak blank nak tulis/ insert wording kan? tak kan nak letak scrapbook item sampai penuh? semak pulak! so cara nak atasi, korang boleh la letak inspiring quotes, travel quotes, learn quotes dan macam2 lagi la. this one ai discover masa buat pb cik wi. ada 2 website quotes yang dah list quotes2 yang menarik! so copy, paste n tempek dalam pb!





hah, cubalah!

#C-project: Cik Wi travelogue Beijing 2011

12.10.2013

yeah, photo book (pb) cik wi dah final draft. ini pb kedua. yang 1st masih pending hantar sebab cik wi nak tunggu pic dari kamera cik ila. so kena adjust mana-mana yang patut later.

pb kedua ni ialah 2nd trip cik wi ke Beijing atas urusan kerja. pb ni mengambil masa agak lama nak draft. maklumlah sibuk outstation, huhu :-p kebanyakan gambar dalam pb ni "terlebih terang" so ai tak banyak adjust brightness n contrast. 

pb ni plan nak submit lepas cik wi naik cuti nanti. okey some of the draft: 





the 6th #C-project! Alhamdulillah :-)

hari #seminarAJ, makan lagi dan pulang!

8.10.2013

Alhamdulillah, hari seminar ni berlangsung dengan jayanya dan harap2 mencapai objektifnya. peserta pun ramai. bagus la orang2 penang ni. hehehe :-) penghargaan buat team makmal penang n geng task force yang bersama2 membantu bagi menjayakan program kali ni :-) 


terima kasih daun keladi, lain kali jumpa lagi!


sebelum pulang wilayah, misi "food hunt" masih diteruskan. usai kami drop mr big boss kat airport, bergegas la kami p cari mee sotong hameed n coconut shake taman padang kota lama. Alhamdulilah, kali ni ada rezeki, boleh la kami merasa :-)

  jamil coconut shake 
 mee sotong hameed

personally, ai tak minat sangat mee sotong hameed ni. sebab mee dia pedas sangat n sambal sotong tu manis. combination ni tak kena dengan tekak. tapi boss n irma kata sedap n boleh repeat lagi. masing2 punya tekak la kan. tapi coconut shake dia sedap. sempat gak intai bahan2 yang dia guna. nanti ai ols cuba coconut shake kat rumah plak eh.

coconut shake jamil style 

air gula
air kelapa muda
susu ideal f&n
ice cream soda
1 scoop ice cream vanila nestle

ok, masa untuk pulang! tq penang! sampai jumpa lagi!

jalan2 pekena makanan kat padang kota!

7.10.2013

habis satu part, mula lagi satu part. aktiviti "food hunt" kat pulau! great! malam ni bos asik sebut2 nak pekena mee sotong hameed n special coconut shake. apa lagi bergegas la we all nak ke pulau! so perjalanan pergi kita naik feri! ai tak ingat sama ada ai pernah naik feri ke tak, kalau ada pun must be a very long time ago. haha. so, excited jugak la kan. 



sampai kat pulau, kami pun bergegas nak p taman padang kota for mee sotong hameed n coconut shake. malangnya, kedai tutup. hahaha. frust je dibuatnya :-p. so, cari kedai lain! malangnya tak banyak kedai yang kami tau. pusing2 punya pusing kami pun berhenti kat kedai padang kota tepi laut tu.

haa, masa kami sampai tu, duduk je, ramai peniaga yang datang. ramai kot! seram gak la, potong selera nak makan. hehehe. tapi lepas masing2 promo makanan, diaorang pun berlalu pergi. phew!

antara food yang kami order

 char kuey teow 1
 laksa
 coconut shake
 pasembor
 char kuey teow 2

makanan yang paling sedap ialah pasembor. tapi ada banyak kedai la area tu. pandai2 korang la pilih. hehehe :-) makanan malam ni semua ditaja oleh bos2 ai. kenyang. Alhamdulillah :-)
Powered by Blogger.