selamat pengantin baru asmah&asyraf

1.9.2013

tahniah diucapkan untuk asmah aka ratu food search dengan pilihan hati abang patrick aka asyraf. Alhamdulillah, semoga rumah tangga yang dibina diberkati Allah dan dapat membina jalan menuju jannah Allah. 

so, ai n geng opis berkesempatan untuk menghadiri walimah asmah&asyraf. awal2 pagi dah bangun, semangat nak p kenduri asmah kat muar, johor. sebelum memulakan perjalanan ke muor kami singgah dulu amik dj kat umah dia. alang2 menyinggah kami sarapan la dulu kat umah dj. tqvm cik teh, sarapan pagi marvelous terhidang dengan jayanya. menu-kue teow goreng, shepherd pie, laksam, agar2. hmm. melantak sakan. siap tapau. hahaha.


perjalanan pergi ke rumah asmah asmah amik masa dalam 1 jam lebih. nasib la traffic light bernombor, memudahkan urusan pencarian rumah pengantin. masa kami sampai hujan rintik2. hujan rahmat katanya. 



selepas hai2 pengantin yang sibuk bermekap, kami bersantap lah dulu. memandangkan ai dah makan kenyang kue teow cik teh, penuh pulak perut nak makan nasi kenduri asmah. tapi makan tetap makan, amik berkat katanya. hihihi.


dah kenyang makan, now time posing dengan pengantin. bukan main masing2 pose, al maklumlah harap2 nak melekat seri pengantin, kan. Amin :-p 



dalam kol 1pm kami beransur pulang. tak sempat nak tunggu asmah bersanding. apapun, tahniah sekali lagi untuk asmah dan asyraf, semoga bahagia dan kekal rumah tangga dalam lindungan dan keberkatan Allah :-) Amin

hadiah kawin untuk asmah&asyraf. haha, selamat baking la asmah oiii.



next turn siapa pulak?!

credit pic: dj

0 comment:

Powered by Blogger.