permohonan penetapan gaji pertama

3.9.2013

akhirnya, submit gak permohonan yang satu ni. punya lah payah, hampir tak nak submit permohonan ni buat sekian kalinya. memandangkan dah genap usia 3 tahun kat gomen ni, kena gak lah berusaha menghantar permohonan. dapat atau tak lain cerita.


kenapa kena buat permohonan penetapan gaji pertama?

sebab pertama: kelayakan setaraf

ai baru je tau yang food science ukm dah setaraf ngan upm ngan usm. so sepatutnya tangga gaji sama la masa masuk keja. malangnya, tangga gaji ai kurang 1. pastu bila check2 ngan intake baru, diaorang dah dapat gaji sama macam upm n usm. so, spa sila tengok balik tangga gaji kali pertama tu. kesilapan teknikal ke apa? dj pun ada masalah yang sama dan beberapa orang yang lain lagi. masalahnya, kelayakan yang diiktiraf setaraf tu dah lama dari tahun 1998 lagi, kenapa ada double standard ni. iskh laaa.

sebab kedua: pengalaman kerja swasta

ada dalam pekeliling yang kata, kalau ada pengalaman kerja berkaitan dengan majikan swasta pun boleh minta review semula gaji pertama. tapi susah gak la nak dapat approval. eh, nak dapatkan dokumen2 yang diperlukan pun payah tau tak? kena plak orang office lama tu tak nak bekerjasama, memang punah la harapan.

apapun, boss dah sign, permohonan pun dah submit. tengok la nanti apa keputusannya. doa2 lah diluluskan Amin :-)

0 comment:

Powered by Blogger.