peminat no 1 cheese tart ma'long!

17.9.2013

cuti-cuti rumah adalah membahagiakan tetapi memenatkan. dream to be a fulltime housewife? hmm. (tak berani jawab. kekeke). so, bila ada kat rumah, aktiviti baking menjadi aktiviti wajib. melepaskan kerinduan kepada oven dan mixer, sekaligus mengasah bakat (katanya lah :-p)

so bila mak request nak bawa cheese tart pi kelas agama (kelass kan makcik2 kat kampung tea time makan cheese tart!) maka bergegas la ai ols membuatnya. oleh kerana acuan cheese tart dah bertambah, maka 1 adunan crust cheese tart mengambil masa 3 jam. hasilnya dalam 80pcs 4.5cm crust (saiz kecil). banyak kan.

memang kelam kabut la membuatnya. dapat arahan kol 12 t/hari, kena siap by 3 ptg. phew. so, kali ni ai ols buat strawberry cheese tart. gambar tak sempat nak snap la sebab (1) lupa kelam kabut punya pasal (2) tak sempat, asik nak ngap je. sedap jugak lah! haha.

untuk tatapan uols, tadaa, strawberry cheese tart, tak lukis cantik2 sebab tangan menggigil. hahaha.


ini pulak peminat no 1 cheese tart ma'long. makan cheese je. tu la mama makan cheese sokmo masa mengandungkan awak. hehehe :-p





apalah nasib crust tart ni. hihi. 

0 comment:

Powered by Blogger.