kerana diriku begitu berharga. hehehe :-p

14.9.2013



menarik juga baca2 kajian personaliti ni. maklumlah kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal siapa diri kita ni ha. bila terbaca pulak list personaliti diri, terus rasa ada persamaan. hihi. ai lahir bulan november 27th, dari pelbagai kajian yang dibuat, mengikut, bulan tarikh atau warna, nampaknya memang ada ciri-ciri yang kena secara tepat, samar2 dan tak pasti ada ke x. hahaha.

sumber: Laman Kongsi

rahsia bulan kelahiran mengikut kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah

November

1. Banyak idea dalam perkara

2. Berfikiran kehadapan
3. Berfikiran unik dan bijak
4. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
5. Pemikiran yang tajam
6. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
7. Cara berfikir yang lain dari orang lain
8. Otak yang sangat tajam
9. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
10.Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
11. Sesuai jadi seorang doktor.
12. Cermat dan teliti.
13. Personaliti yang dinamik.
14. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
15. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
16. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
17. Terlalu degil dan keras hati.
18. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
19. Tak suka marah kecuali digugat.
20. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
21. Pandai muhasabah diri.
22. Pandai mendorong diri sendiri.
23. Tidak hargai pujian.
24. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
25. Cuba sampai berjaya.
26. Badan yang sasa.
27. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
28. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
29. Suka duduk di rumah.
30. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
31. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
32. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
33. Bercita-cita tinggi.


personaliti tarikh lahir mengikut tarikh 27th

1. Seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. 
2. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani
3. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya
4. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


personaliti tarikh lahir mengikut warna

22 November hingga 1 Disember – Krim

1. Seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. 
2. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. 
3. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! 
4. Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! 
5. Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. 
6. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

kesimpulan

apapun, ini semua adala kajian, tak perlu percaya menaruh kepercayaan yang keterlaluan. yang mana positif boleh teruskan atau tanamkan, kalau yang buruk tu mungkin kita boleh baiki. 

0 comment:

Powered by Blogger.