perbincangan meja segi empat. risau

10.9.2013

lepas lunch, masing2 kuar cerita tentang aset. dengar pun ada baiknya dalam hal-hal macam ni. eh?! keperluan orang dan kehendak orang berbeza2 tau. peracangan setiap orang pun berbeza. 

teringin nak ada rumah tambahan macam si polan
teringin nak ada tanah kebun macam family si polan
teringin nak ada barang kemas banyak macam si polan 
teringin nak ada duit simpanan banyak macam si polan 
teringin nak pergi melancong macam si polan

tiba2 rasa macam, "eh, kenapa semua orang dah ada benda2 tu sume, tapi aku....." hmm, rasa macam ketinggalan pulak, sebab benda2 tu semua memerlukan kestabilan banyak benda terutamanya kewangan. hmm.

tiba2 teringat chit chat ngan emel tentang financial expenses n kestabilan cash flow masing2. bila kami discuss tentang rumah, masing2 senyap sekejap. rumah? eh, tak mampu la nak bayar? mahu 1k/ lebih sebulan. pastu emel cerita, lecturer dia pernah inform, beli rumah adalah perkara yang menakutkan. sekarang ekonomi negara agak ok, tapi cuba bayangkan krisis ekonomi tahun 97/98 tu berulang. mahu masing2 kena isytihar muflis. erk. tapi rumah makin lama makin mahal der. tapi beli rumah mengikat kita pada satu komitmen hutang untuk jangka masa terlalu panjang. 

eh, pastu ada diskusi panjang lebar tentang belanja sekolah anak2. dulu2 zaman ai pergi sekolah belanja rm1, sekarang rm6/lebih! kalau anak lebih sorang? phew. betapa kecilnya nilai ringgit sekarang. sobs.

tiba-tiba nak muhasabah diri sendiri

hutang ptptn ada 5k, kalau tak bayar sekarang, bertambahlah bunga2 cinta ptptn (i hate u, ptptn), pastu komitmen hutang itu, ini, utility bulan2, expenses bulan2. oh!

eh mana nak cekau rm untuk impian dan kehendak2 tu? 

durian runtuh?
bonus berlipat ganda?
skim cepat kaya?

think out of the box. inovasi. asimilasi. eh?!

bila ma'long nak kaya ni? hahaha :p

0 comment:

Powered by Blogger.