say you love (LOVE!) cool image wrap Pixajoy promo :-p

26.9.2013

stress ai ols. ada ke patut nak sale cool image wrap (ciw) promo ni sekarang. hmm, ruginya kalau tak beli ni. iskh laaaaaaa. best2 lak tu.


ai of coz la peminat cool image wrap. sebelum ni terpikat dengan 8"x8" kan, now nak beralih arah ke saiz 8.5"x11" gara2 terpengaruh dengan pb alin. hmm. lebih besar, lebih clear n lebih nice. cuma susah sket nak simpan sebab besar. saiz a4 melintang. hmm.

patut beli tak?

kena beli tak?


details promo: klik sini

promo: say you love cool image wrap (yes i do!)
promo date: 26/9/13 - 4/10/13
early bird extra saving: rm5 (26/9/13-29/9/13)
valid until: 5 April 2014 (lama lagi tuuuu)
price:

note:

1. kalau nak upgrade paper to matte or glossy lamination (promo art paper only) top up rm8
2. boleh beli promo ni tapi nak buat photo book lain, dengan syarat bayar perbezaan harga

okey jangan lupa beli eh. hahaha. say you love CIW!!

jualan gudang karangkraf 4-6/10/13. jom borong!

24.9.2013

yeay jualan gudang datang lagi! so, marilah kita menambah koleksi novel. yang penting boleh dapatkan Magis RAM kat sini. ai ols memang jarang2 nak miss pergi sale gudang karangkraf sebab masa ni la nak beli banyak2 novel but pay less. 

save the date ye. haha :-)

p/s: esok gaji. kira budget beli novel. malangnya banyak pulak nak kena bayar bulan ni. asdo+hotel acheh+save budget p roadshow. help. help :-)

calendar alin dah sampai. jom buat calendar sendiri dengan Pixajoy!

23.9.2013

parcel yang ditunggu2 dah tiba. TQ Pixajoy! tadaa, ini dia project calendar alin macam yang ai stori kat post ni. ada 2 parcel sebab voucher FOC calendar yang ai dapat, ai telah guna untuk reprint calendar ni n bagi kat alin as free gift. wah gitu kan. 




memang nice calendar ni, sebab disamping kita boleh masukkan date2 cuti negara, kita boleh masukkan gak important dates such as birthday, anniversary, travel date dll setiap ahli keluarga kita. calendar ni pun bagus gak untuk mereka yang asik lupa important dates. hahaha. untuk calendar ni harga dia rm45 untuk 12 bulan.

so apa lagi, terjah lah website Pixajoy untuk berkenalan dengan produk calendar. hihi. tutorial calendar will coming soon. so stay tune ya!

kegilaan kepada kek cokelat (death by chocolate cake)

21.9.2013

bila mood baking kek diseru2, maka kek yang paling mudah nak buat ialah kek cokelat. resepi yang biasa ai guna bagi mendapatkan kek yang super moist, sedap dan lazat ialah resepi nanie aka mrs dayat death by chocolate cake. korang boleh amik resepi kat sini. resepi asal nanie ialah kek ala2 indulgence sr, tapi part cream tu ai tak buat, ai cuma buat kek n ganache. ai menggunakan menthod kukus bagi mendapatkan tekstur kek yang super duper moist. 

kek dikukus selama 1 jam 15 minit. 


bila dah siap kukus.


sebab tak sabar sangat nak terbalikkan kek, ada minor accident. hihi :-p


tapi jangan risau, ganache boleh selamatkan keadaan. i lap u ganache (guna choc van houten)



dah tak sabar nak makan kan. meh kita tengok keratan rentas kek


apa lagi, jom tapau bawak p opis. memanjangkan kasih sayang katanya. hihi.



kek ni memang dijamin sedap, lagipun cara nak buat mudah je. sukatan cawan2 je kot. respon terhadap kek ni memang positive. sedap kan. kawan2 pun ramai mintak resepi, u guys should give a try too.

have fun ya!

ma'long favourite gegirl. sayang kamu.

18.9.2013

gegirl ma'long semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah. moga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan tak nakal sangat eh.

nur aqilah awadah@4 month++ still pipi pau, garang, manja, hati kecik, sweet, little hidden dimple. dah mula nak makan. hailaa, makin bam bam la dia. nak lawan ma'long eh? haha


nur qurratul auni @ 2 years++ nakal, becok, kreatif, pandai, garang, suka membuli dan dibuli. asik nak berjalan je. friendly mengikut keadaan.

additional word yang pandai sebut

internet? yang dia faham internet tu buka komputer n tengok youtube abcdefg!

kadang2 bila marah kerana asik dibuli, panggilan ma'long bertukar jadi ba'long? hahaha.

dah kena praktis, tanpa pampers. walau bagaimanapun cubaan masih belum berjaya :-p


peminat no 1 cheese tart ma'long!

17.9.2013

cuti-cuti rumah adalah membahagiakan tetapi memenatkan. dream to be a fulltime housewife? hmm. (tak berani jawab. kekeke). so, bila ada kat rumah, aktiviti baking menjadi aktiviti wajib. melepaskan kerinduan kepada oven dan mixer, sekaligus mengasah bakat (katanya lah :-p)

so bila mak request nak bawa cheese tart pi kelas agama (kelass kan makcik2 kat kampung tea time makan cheese tart!) maka bergegas la ai ols membuatnya. oleh kerana acuan cheese tart dah bertambah, maka 1 adunan crust cheese tart mengambil masa 3 jam. hasilnya dalam 80pcs 4.5cm crust (saiz kecil). banyak kan.

memang kelam kabut la membuatnya. dapat arahan kol 12 t/hari, kena siap by 3 ptg. phew. so, kali ni ai ols buat strawberry cheese tart. gambar tak sempat nak snap la sebab (1) lupa kelam kabut punya pasal (2) tak sempat, asik nak ngap je. sedap jugak lah! haha.

untuk tatapan uols, tadaa, strawberry cheese tart, tak lukis cantik2 sebab tangan menggigil. hahaha.


ini pulak peminat no 1 cheese tart ma'long. makan cheese je. tu la mama makan cheese sokmo masa mengandungkan awak. hehehe :-p





apalah nasib crust tart ni. hihi. 

pelajaran untuk hidup

17.9.2013

syok juga cuti-cuti rumah ni. physically memang lebih memenatkan! (wonder macam mana mak buat sorang-sorang, sobs). tapi ada masa terluang untuk baca belog2 yang bermanfaat.

dua benda penting belajar masa sesi carian maklumat

1. belanja hangus
2. life within your limit

and ada 2 buku kena baca. whishlist yang kena dapatkan bulan ni! (sorry Magis!)

1. WTF? Wa Tak Faham - Faizul Ridzuan



2. Jutawan dari Planet Jupiter- Azizi Ali


katanya cita-cita nak jadi jutawan kan? Amin :-)

hmm, a dream and always a dream.

16.9.2013

happy Malaysia day, Malaysians! Alhamdulillah :-) semoga kesejahteraan, keamananan sentiasa bersama kita tanpa mengira siapa pun kita. In Shaa Allah, bersama kita jaga dan pelihara negara kita.

baiklah, hari Malaysia sentiasa menggamit sejarah. pada hari Malaysia 2010 purse hilang kat LCCT. hmm, hari Malaysia tahun ni takde apa-apa yang menarik. tapi yang penting sepanjang minggu cuti dari bekerja. saja je, nak habiskan cuti :-p

okey guys, go blue! eh?! hahahaha :-p (bestnya kalau ada penaja. anyone?)

kerana diriku begitu berharga. hehehe :-p

14.9.2013



menarik juga baca2 kajian personaliti ni. maklumlah kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal siapa diri kita ni ha. bila terbaca pulak list personaliti diri, terus rasa ada persamaan. hihi. ai lahir bulan november 27th, dari pelbagai kajian yang dibuat, mengikut, bulan tarikh atau warna, nampaknya memang ada ciri-ciri yang kena secara tepat, samar2 dan tak pasti ada ke x. hahaha.

sumber: Laman Kongsi

rahsia bulan kelahiran mengikut kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah

November

1. Banyak idea dalam perkara

2. Berfikiran kehadapan
3. Berfikiran unik dan bijak
4. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
5. Pemikiran yang tajam
6. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
7. Cara berfikir yang lain dari orang lain
8. Otak yang sangat tajam
9. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
10.Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
11. Sesuai jadi seorang doktor.
12. Cermat dan teliti.
13. Personaliti yang dinamik.
14. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
15. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
16. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
17. Terlalu degil dan keras hati.
18. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
19. Tak suka marah kecuali digugat.
20. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
21. Pandai muhasabah diri.
22. Pandai mendorong diri sendiri.
23. Tidak hargai pujian.
24. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
25. Cuba sampai berjaya.
26. Badan yang sasa.
27. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
28. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
29. Suka duduk di rumah.
30. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
31. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
32. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
33. Bercita-cita tinggi.


personaliti tarikh lahir mengikut tarikh 27th

1. Seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. 
2. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani
3. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya
4. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


personaliti tarikh lahir mengikut warna

22 November hingga 1 Disember – Krim

1. Seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. 
2. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. 
3. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! 
4. Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! 
5. Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. 
6. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

kesimpulan

apapun, ini semua adala kajian, tak perlu percaya menaruh kepercayaan yang keterlaluan. yang mana positif boleh teruskan atau tanamkan, kalau yang buruk tu mungkin kita boleh baiki. 

little bun sweetie, kecil n sedap!

12.9.2013


beberapa hari ni asik makan roti-roti kecil ni. sedap, mudah dimakan dan kenyang. 1 pkt ada 8 biji, tapi sekali mengadap, sure habis 8 biji roti kecil tu.

haish la, tiba2 teringat jasa sweetie aka today's bakery masa zaman mintak sponsor event. kenyang makan roti je!

pb alin dah sampai. super fast. tq pixajoy!

12.9.2013

my 1st cool image wrap 8.5"x11" landscape project. fuh. suka! saiz dia besar boleh tengok pic puas2. sesuai sangat la untuk alin n family. tq pixajoy sebab cepatnya siap pb! process on monday, khamis dah sampai. expected delivery next selasa kot.

Alhamdulillah, ai berpuas hati dengan kerja dan kualiti pb2 ni. nice. tiba2 suka paper glossy plak. harap2 alin akan suka gak. In Shaa Allah :-)







hopefully, korang akan suka dengan pb ni :-) tq for advance compliments!


p/s: next cik  wi punya pb plak. hehe. Alhamdulillah :-)

malas nak layan

12.9.2013

setelah berhari2 try call lin, akhirnya dia angkat phone. nak follow up status permohonan ai. ada masalah ke? usai kenalkan diri, senang2 je dia cakap, dia sibuk,banyak kerja sekarang ni, tak sempat nak buat, nak tengok!

eh, kerja pass dokumen kat boss pun tak sempat ke?

takpe la, baru 7 hari bekerja ai hantar semua surat2 tu kat tangan dia. kena tunggu lagi setahun kot baru siap. 

sabar je la kak ton. marah pun tak guna :-(

gambar takde kaitan. sekian

kek red velvet secret recipe with apricot. nyum!

12.9.2013

hari ni selepas makan sepinggan nasi ayam gemas, tekak teringin pula nak makan kek secret recipe. eh? haha. lama tak masuk secret kan, rupa-rupanya ada kek baru. walaupun secret agak tertinggal ke belakang dalam penciptaan kek ni, tapi tak dapat dinafikan kek red velvet secret recipe memang sedap. siap ada selang seli apricot. cheese dia tak muak nak makan sampai habis 1 slice. 

ai jarang dapat makan kek red velvet yang sedap. selalu je makan yang ala kadar. tapi kek ni memang sedap. eh, berapi kali nak kena ulang daa.





sedap tau. hahaha :-p

perbincangan meja segi empat. risau

10.9.2013

lepas lunch, masing2 kuar cerita tentang aset. dengar pun ada baiknya dalam hal-hal macam ni. eh?! keperluan orang dan kehendak orang berbeza2 tau. peracangan setiap orang pun berbeza. 

teringin nak ada rumah tambahan macam si polan
teringin nak ada tanah kebun macam family si polan
teringin nak ada barang kemas banyak macam si polan 
teringin nak ada duit simpanan banyak macam si polan 
teringin nak pergi melancong macam si polan

tiba2 rasa macam, "eh, kenapa semua orang dah ada benda2 tu sume, tapi aku....." hmm, rasa macam ketinggalan pulak, sebab benda2 tu semua memerlukan kestabilan banyak benda terutamanya kewangan. hmm.

tiba2 teringat chit chat ngan emel tentang financial expenses n kestabilan cash flow masing2. bila kami discuss tentang rumah, masing2 senyap sekejap. rumah? eh, tak mampu la nak bayar? mahu 1k/ lebih sebulan. pastu emel cerita, lecturer dia pernah inform, beli rumah adalah perkara yang menakutkan. sekarang ekonomi negara agak ok, tapi cuba bayangkan krisis ekonomi tahun 97/98 tu berulang. mahu masing2 kena isytihar muflis. erk. tapi rumah makin lama makin mahal der. tapi beli rumah mengikat kita pada satu komitmen hutang untuk jangka masa terlalu panjang. 

eh, pastu ada diskusi panjang lebar tentang belanja sekolah anak2. dulu2 zaman ai pergi sekolah belanja rm1, sekarang rm6/lebih! kalau anak lebih sorang? phew. betapa kecilnya nilai ringgit sekarang. sobs.

tiba-tiba nak muhasabah diri sendiri

hutang ptptn ada 5k, kalau tak bayar sekarang, bertambahlah bunga2 cinta ptptn (i hate u, ptptn), pastu komitmen hutang itu, ini, utility bulan2, expenses bulan2. oh!

eh mana nak cekau rm untuk impian dan kehendak2 tu? 

durian runtuh?
bonus berlipat ganda?
skim cepat kaya?

think out of the box. inovasi. asimilasi. eh?!

bila ma'long nak kaya ni? hahaha :p

happy 2nd birthday, Auni!

10.9.2013

lil auni is 2. happy birthday sayang. walaupun awak semakin hari semakin nakal, tapi ma'long sayang awak ketat2. semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang baik, taat kepada perintah Allah, sentiasa jadi budak baik yang comel dan bila besar nanti jangan lupa belanja ma'long. hahaha.

happy birthday sayang!


p/s: bulan ni low budget, belanja makan next month. hehehe. hadiah? hmm, kiender bueno 1 pkt ok? hahaha.

1st calendar design #pixajoy!

10.9.2013

hmm, baru terperasan, voucher free calendar yang dapat masa beli promo hari tu expiry on 18.9 ni. nasib la sempat perasan kan. hehehe. so ai design kan alin punya dulu, kalau sempat submit sok maybe boleh dapat hari yang sama delivery photo book alin.

1st time design, tak banyak hal. senang je design calendar ni rupanya tapi makan 6 jam gak la. hihi. yang melambatkan of coz sebab nak isi caption, counter check tarikh public holiday la dan lain-lain.

so macam mana hasil design kali pertama ni?

product: 12 month calendar, landscape
price: rm45

calendar alin 2014

cover


tak sabar nak tengok hasilnya. hihi. maklumat lanjut sila ke website pixajoy eh.


promo pixajoy kembali menyerikan hidup anda. hihi

9.9.2013

tu lah bila musim nak update pasal photobook (pb) je, memanjang muncul promo pixajoy. haish la. kali ni promo lay flat hardcover. kulit keras, content pun kad keras, boleh buka secara rata. eh?



harga asal untuk produk ni.


berminat boleh beli. silakan. hehehe :-)

Powered by Blogger.