perginya seorang abang, sahabat bertemu Pencipta-NYA #2syawal

9.8.2013

berita 2 syawal tahun ni memang mengejutkan. oleh kerana ai bz dengan cuci pinggan dan kulit tart maka ai terlepas pandang berita yang satu ni. hinggalah ira telefon untuk mengesahkan berita. 

2 syawal tahun ni, abang shah UK, UKM telah pergi mengadap Illahi asbab nya sesak nafas dan heart attack! Al-Fatihah buat seorang abang, seorang sahabat. sedih tatkala mendengar berita, air mata tumpah, mengenangkan arwah. 

masa zaman UK dulu, arwah abang shah merupakan senior yang tak pernah miss pantau, komen, hentam semua aktiviti junior2 UK. kami semua rapat antara satu sama lain, pernah makan sekali, berkumpul gosip kenakan antara satu sama lain, hentam junior tu jangan cakap la. ada je bahan. tapi dalam UK kami belajar tak makan hati, kalau merajuk pun tak lama, sebab UK dah create bonding adik beradik. pernah jugak adik2 ni nasihatkan arwah kurangkan aktiviti heavy smoking dia, tapi dia buat dek je. tak tau la lepas zaman UKM dah berkurang ke tak.

dengan adanya facebook, arwah selalu update perkembangan semasa. ai ngan arwah selalu tukar2 maklumat bila RAM keluar novel baru sebab arwah pun peminat novel thriller RAM. boleh kata setiap kali book fair kat pwtc ai akan update arwah if RAM kuar novel baru, tapi tidak lagi lepas ni.

lately arwah kerap sangat update kat facebook. mula2 kami ingat dia update sebab baru dapat baby girl (umur 16 hari masa hari kematiannya, kalau tak silap) hasil perkahwinan setahun lepas. lebih excited masa raya pertama, arwah sempat upload pic family. rupanya itulah kali terakhir arwah update post kat wall dia. 

Maha Suci Allah, DIA memanggil tidak kira masa, mahupun tempat. persoalannya bersediakah kita?

buat arwah abang shah, terima kasih kerana menjadi abang dan sahabat. semoga Allah ampunkan dosa-dosa abang, menerima semua amalan baik abang didunia ini dan semoga abang ditempatkan dikalangan orang yang beriman. In Shaa Allah, kematian pasti akan menyusul kami yang masih hidup.

buat keluarga, moga tabah mengharungi dugaan. In Shaa Allah, arwah akan lebih bahagia berada disamping Penciptanya.

buat sahabat yang lain, mari kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah abang dan sahabat kita, yang pernah membimbing dan memeberi tunjuk ajar kepada kita suatu masa dulu. 

Al-Fatihah

0 comment:

Powered by Blogger.