ops mentarang. jom merendang #4syawal

11.8.2013

tahun ni nuurul mengidam nak makan rendang mentarang mak. fuyoo ada peminat rupanya rendang mentarang mak milah. hahaha. tapi mentarang ni dah kira kategori makanan eksotik, punya la mahal sekilo rm14! ai beli 3 kilo, isi mentarangnya tak sampai pun 800gm, kulit je berat sabar je lah! mengidam punya pasal kena beli gak la kan. hehehe :-p

so peranan mak milah dalam cerita ni sediakan barang untuk masak dan merendang ye. tugas2 lain seperti men "spa" kan mentarang, berus kasi lumpur hilang, rebus, keluarkan isi, cuci isi mentarang semua task ai. so ai pun kena ada kredit gak la dalam cerita ni. nama penting. hahaha

so siapa tak kenal mentarang, ini lah rupanya. ni masa session photoshoot dulu2. tapi mentarang is always mentarang, sama je lah kan.


mentarang ni tiba-tiba jadi glamer lately, gerai pak din yang jual mentarang kat sekinchan tu masuk paper kot, ai ada tulis post pasal tu. nak makan mentarang sambal tumis sepinggan je dah rm20, agak2 berapa ekor mentarang dapat makan? hihi.

tapi memang patut pun harga mentarang ni mahal walaupun cari kat laut je. cuba bayangkan nak cari mentarang ni dah la awal2 pagi, masuk lumpur lagi, pastu bila air pasang kena cepat2 balik. memang susah. pastu nak makan pun punya la payah, kena betul2 bersih, kalau tak senang2 je la sakit perut. kata orang, mentarang ni separuh bahagian racun, separuh lagi penawar. so kalau nak makan kena makan semua. kalau tak lagi senang sakit perut. hehehe. makanan eksotik kan, banyak la halnya. 

berbalik kepada cerita rendang, ops rendang mengambil masa lebih kurang 2 jam. hasil rendang bila ditimbang ada la dalam 1kg. perghh 3kg raw mentarang hanya boleh menghasilkan 1kg rendang mentarang? memang letih okay, tapi bila dapat rasa penangan rendang mentarang mak milah, perghhh memang sedap lah! lebiu mak, rendang mentarang mak memang terbaik!

ok untuk nuurul dah asingkan 1/2 kilo, selebihnya ai tapau untuk makan-makan. rendang oh rendang! 

jom pekena rendang mentarang. something rare tau :-p

update pic breakfast with rendang mentarang=nasi impit. mood raya lettew




update pic from fb boss, rendang mentarang untuk iftar. tak tau cukup ke tak sebab banyak tu je ada tinggal. hehehe



update from nuurul yang order rendang mentarang. terkejut dibuatnya, dish yang boleh hidang 3 kali makan, licin sekaligus. hehehe :-) new fan mentarang nih!


p/s: selamat hari raya wish! 

0 comment:

Powered by Blogger.