leader terbaik saya! gambate sir azmi!

19.8.2013

 

#throwback #downtomemorylane #kfc

sir azmi memang favourite boss leader dalam hidup ai. masa mula2 menjengah masuk alam pekerjaan awal2 umur 20-an, sir la yang banyak membantu, guide dan selalunya marah dengan perangai ai yang ntah apa-apa tu. first time ai jumpa sir, masa kat the mall, masa tu dia area manager (am). tau je la am kalau datang, memang buat kelam kabut. tapi masa tu restaurant manager (rm) la yang paling kelam kabut. ai masa tu assistant restaurant manager (arm), gelak2 je la dengan kekalutan rm. muahahaha. maklumlah, rm suka buli staff, so bila am datang macam tolong balas dendam bagi pihak staff. keji kan.

tapi dari semasa ke semasa, am pantau gak keja arm yang sorang ni. yang tak kena memang kena marah kaw-kaw la. lagi2 masa dia datang, kalau outlet bersepah ke, kelam kabut ke, stok takde ke, memang sia-sia je la hidup hari tu. makan sumpah berbakul2. tapi itu lah sir, hari ni dia marah, pastu dia ok. kadang2 ai makan hati gak la ngan sir ni, asik fikir nak resign je, tapi sebab dah janji ngan interviewer nak keja 2 tahun, maka sabar je la.

sir selalu challenge ai macam2, pernah dia suruh ai jadi coach untuk champs challenge. memang tak berbakat la. tapi sir kata, takpe untuk pengalaman, buat je. rupanya, diam2 sir develop macam2 skill kat ai.  

tak lama dekat the mall, sir propose ai untuk transfer kat subang. masa tu ai setuju je la, pergi dengan title arm, ada apa kisah kan. masa tu pulak sir dah hantar sha usha tempat. so, okey je la, sha n ai start kehidupan baru kat subang. tapi awal2 sir dah pesan, area ni area baru sir cover, dia nampak macam ada problem, so ai kena kuat n keras hati, dia akan support, so dia ingatkan ai supaya tak risau. dia cakap, dia perlukan orang yang dia percaya untuk kerja kat situ. si, ai agree je la, bukan sebab termakan gula2 sir, tapi sebab challenge.

tapi first day masuk keja cabaran dah datang. masuk as arm je pun, tapi dah kena ugut macam2 dengan staff. tapi peduli apa kan, ai kan arm apa ada sangat dengan staff, ugut la balik. hahaha. kesan buruknya, dalam masa seminggu ke sebulan keja ai terminate 12 orang staff yang tak boleh pakai. puas hati. masa tu sengsara gak la, tapi daripada sakit hati, layan je la. slow2 amik staff baru n train. sir sentiasa ada, support. oh, rm outlet ni pun satu hal plak, masa ai masuk dia tengah bercinta sakan ngan staff yang ugut ai tu, nak dijadikan cerita, last2 diaorang ni kena tangkap basah oleh isteri staff tadi. tapi serius banyak drama yang ai bo-layan. 

lama2 rm tu resign, so sir offer position store in charge (sic). so, bermula la episod kuku besi. hahaha. memang 6 bulan pertama memerintah, ai amalkan pemerintahan kuku besi n autokratik. just to set everything in line, nak betulkan setting dan cover mana2 part yang cacat. kebetulan within that time, ada audit CER, dan ai score 90%. gila tak gempak. outlet yang rating asik 50% tiba2 jadi 90%. bangga. sir bangga. yang paling penting staff bangga. terus ai dapat tengok perubahan staff, keyakinan bertambah pada boss kuku besi ni. yup, tapi pemerintahan kuku besi masih diteruskan.

sir sentiasa follow up progress, senior rm dalam area pun ada la bising cakap sir pilih kasih, tapi sir kata dia bukan pilih kasih, dia tengah develop future rm yang boleh naikkan nama area. sir selalu buat ai bangga depan rm2 lain. walaupun sebenarnya setiap kali datang outlet, dia asik nak bambu je. tiap kali performance review, sir akan cakap benda yang positive, tapi last part memang dia ada kata, kurangkan la pemerintahan kuku besi, jangan degil, jangan dan jangan. hahaha.

selepas 6 bulan sic ai naik pangkat ke position rm. alamak, tak lama tempoh berfoya2 dah kena buat keja betul2. best part, ai tamatkan pemerintahan kuku besi, tapi still ada lagi staff yang tahap nak lempang, tapi ai buat tak layan je la. budak2 pun selalu kata miss ni rm hati kering. lantaklah, yang penting semua ok. within control. 

tak lama kemudian, sir kena tukar area, masa tu memang frust habis. nak ikut sir, tapi sayang nak tinggalkan outlet n budak2. dengan am baru memang annoying, ai jumpa dia kali pertama dan nekad nak boikot. bukan tu je boikot keputusan CER sampai 47%. pastu yang kelakarnya, ai pi mengadu kat sir. tapi sir kata, bukan sebab dia, ai jadi bagus, tapi sebab diri ai sendiri. masa tu memang menangis tak ingat la. lawak pulak bila kenang.

time to time, keja je la dengan am baru. tapi hardly untuk create chemistry sama masa keja ngan sir. ntahlah. sir bukan je leader, malahan bapak figure kepada ai (n to sha & intan gak..)

***

hari ni chat dengan member kfc, sedih betul dapat tahu yang sir dah resign! bila tanya sebab pe, member kata sir dari position operation manager di downgrade ke post area manager. semua sebab reshuffle and transformation programme management baru! bukan sir je, malah ramai lagi am/om/to yang dah lama keja kena downgrade! sayangnya, sir dah lama keja, terlalu lama berkhidmat untuk kfc. tapi kenapa sir dilayan macam tu. jahatnya management kfc ni. kenapa buat sir macam tu. sedih betul ai rasa. fikir la, apa yang korang rasa kalau bapak korang di treat macam tu. hmm. unfair policy!

untuk sir, di mana saja sir berada, ai doakan yang sir akan sentiasa diberi kesihatan yang baik, usia yang panjang, sentiasa diberi kelapangan hati dan kuat berusaha. semoga kejayaan dan kebahagiaan selalu bersama sir. In Shaa Allah.

note: rindu sangat kat sir! nak jumpa takut nak dengar sir kata, iskh gemoknya u ni sekarang. hahaha.

update 20.8.2013

cis tak sampai 24 jam tulis post ni ai dah jejak kasih ngan sir. apa ke lawak betul lah! pagi2 teringat nak tengor sir ada wasup ke x. pastu check2 rupanya ada. apa lagi mula berkomplot ngan sha nak buat group. makanya, sepanjang hari asik nak tergelak sebab dapat wasup ngan sir n ex kfc lain. hailaaa.

0 comment:

Powered by Blogger.