charity lebaran G-10

3.8.2013

hari ni adalah hari terakhir sesi pengagihan baju2 yang terkumpul untuk projek charity lebaran G-10. Alhamdulillah memang tak sangka, idea yang muncul masa minggu kedua pose dapat direalisasikan dengan jayanya. tahniah kepada semua ahli kumpulan inovasi 10. ini baru permulaan, In Shaa Allah, lebih banyak yang akan menyusul.

ai banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembungkusan dan hanya sekali turun buat pengagihan. merasa gak la pengalaman menjejakkan kaki ke rumah anak yatim/golongan susah. memang hiba gak la. tu kira yang berkemampuan dan mendapat perhatian umum, kalau yang tersorok tu macam mana la keadaanya eh. hmm.

charity lebaran G-10

memang banyak baju2 yang kami terima dari kawan2 BKKM, kadang2 rasa macam tak sempat nak sort, tapi Alhamdulillah, ramai sukarelawan datang membantu. memang tepat moto ministry, "kami sedia membantu". hehehe :-)

oleh kerana baju2 datang berperingkat-peringkat, operasi pembungkusan dan pengasingan pun dijalankan secara berperingkat. mula2 tu rasa susah gak nak buat sebab terkejar masa nak buat keja lagi, nak melipat, nak membungkus, tapi semuanya dipermudahkan. hikmah bulan ramadhan agaknya.




hasil yang telah dibungkus pun boleh tahan banyaknya. macam nak bukak butik pun ada. hehehe :-)




baju2 yang dah siap dibungkus telah diedarkan kepada beberapa tempat yang telah dipilih oleh kumpulan kami. 

1. Maahad Tahfiz Darul Hikmah, Sungai Buloh, Selangor



2. Al-I'tisam Relief Programme, Shah Alam, Selangor (website: Al-I'tisam Relief Programme)

 

3. Rumah Anak Yatim Ar Raudah, Lahad Datu Sabah


4. Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong, Selangor



 5. Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Puchong, Selangor



6. Rumah Pengasih, Warga Prihatin, Sungai Ramal Baru, Selangor (website: RPWP)

0 comment:

Powered by Blogger.