cerita duit. phew

28.8.2013

kosmo 28.8.2013 beli kereta guna wang kecil

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam. 
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling. 
Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan. Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya. 
Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu. - Agensi

kagum lah dengan en Zhang ni. berapa tahun dia simpan duit sebanyak ni? kat mana pulak dia simpan- dalam stor? bawah katil? apapun ceritanya hanya Zhang yang tau. kalau kita nak simpan RM1/hari untk jadikan RM82,575.00 mau makan lebih 200 tahun! erk. takpe laaaa. hehehehe :-p

0 comment:

Powered by Blogger.