#C-project: Alin's travelogue! panaskan enjin dulu!

30.8.2013

finally Alin dah hantar cd gambar, total ada 7 cd! gulp. banyak nya gambar. pengsan ai tengok. nampaknya design pb kali ni lebih mencabar. dah lama takde project, nak start balik ni, mula lah idea pun datang lambat2. sabar je lah ye.

first kena transfer semua gambar dari cd ke lappy. senang sikit keja. trip alin ada 7 hari, ai nak transfer to 2 pb. hmmm. macam mana nak start ni?!


Ya Allah, permudahkan lah urusan ku!

slitherlink. dot dot yang bikin panas hati

30.8.2013

hari ni baru discover satu lagi brain game yang menarik. slitherlink. as usual datang dari jepun dan dah popular lama, ai je baru tau. hihi

masalahnya, ai agak lems nak belajar taktik game ni. sudoku, ken ken lagi senang kot. ni sambung2 dot dot pun punya lah susah, sakit hati je dibuatnya!

 nampak cantik kan? sebab sambil buat, sambil tengok jawapan. hihi
 ni la hasilnya kalau buat tanpa intai jawapan. conteng2 tu sebab dah marah sangat. 
ni dah putus asa nak buat. huhu

hihi. tension je tau nak buat menda ni. baca2 basic tips pun tak paham lagi. apa ke lems nya lah.

help! cikgu, help!

keputusan cabutan undi PPA1M :-)

30.8.2013

dah lama menunggu keputusan undian PPA1M. akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. malangnya rezeki tak menyebelahi diri ku ini. sobs, sobs. takpe la bukan rezeki ai, tunggu next cabutan or sehingga no cabutan valid up to 2 tahun. yang belum semak, lekas2 klik link ni. mungkin ada hikmahnya, mungkin belum cukup2 stabil financial, mungkin dan mungkin... redha je lah weiii, hutang tu, bukan dapat free. hehehe :-p


ada orang yang pertikaikan ketelusan undian PPA1M. kenapa? susah nak puaskan hati semua orang kan, kalau dapat cakap dah rezeki. kalau tak dapat cakap, tu semua kroni dah amik. apa kes? 

apapun, undian bukan lah dibuat secara sorok2. in fact wakil dari CUEPACS pun ada pada masa kejadian. banyak mata yang tengok, dengar. tak kan la nak tipu lagi. telus lah tu. jangan jeles lah! belum pasti kalau dapat, mampu nak tambah hutang2 tu. (sedapkan hati)

29.8.13 ada sesi undian kat dewan melati. secara terbuka, siap ada sidang media lagi.



Alhamdulillah, mereka tak lupa kepada pemohon kelainan upaya (OKU), ada bekas berasingan lagi untuk cabutan undi. prihatin. thumbs up!


dan competitor2 ku......


harap2 Allah murahkan rezeki pada sesi undian akan datang. In Shaa Allah :-)

helo-helo mana mood nak sambut kemerdekaan negara ni?

28.8.2013

Alhamdulillah, it's 56!

jom hargai kemerdekaan negara :-)

amacam design ai ni? menyeru designer mode.
 keja design dah mai. hehehe :-) *pic ni sesuai untuk fb cover*

cerita duit. phew

28.8.2013

kosmo 28.8.2013 beli kereta guna wang kecil

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam. 
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling. 
Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan. Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya. 
Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu. - Agensi

kagum lah dengan en Zhang ni. berapa tahun dia simpan duit sebanyak ni? kat mana pulak dia simpan- dalam stor? bawah katil? apapun ceritanya hanya Zhang yang tau. kalau kita nak simpan RM1/hari untk jadikan RM82,575.00 mau makan lebih 200 tahun! erk. takpe laaaa. hehehehe :-p

1st photo poster #pixajoy! love! love! love!

27.8.2013

tak ingat pernah membebal pasal poster ke tak sebelum ni. memang masa nak buat tu penuh tekanan, sebab editor tu sikit2 hang, pastu melembab sangat. iskh laaa, ai pun tak boleh sabar kot.

tapi bila tengok hasilnya yang sampai petang tadi (expected 30.8.13 kot-gila cepat!) terus rasa. pergh cantiknya! ai just falling in love dengan paper metallic pearl ni. cantik sangat! objektif buat poster memang sebab nak tengok quality paper, sebab tu la ai design more untuk family adik, gambar kepochi auni n little pau qila. ohsemmm sungguh la!!

sori quality gambar teruk guna tab huawei je. kalau guna #htcone mesti cantik (berangan).

 promo 4 kpg rm35. murah kan?
 kenangan sepanjang zaman. ehehehe
 pipi pau qila. 
 kepochi kakak auni
adik's family on qila's cukur jambul 2013

serius memang menarik. korang ada lagi 2 hari lagi untuk buat poster dengan harga promo. last day 30.8.13. jom intai kat link pixajoy.

setelah 5 tahun

24.8.2013


setelah 5 tahun, baru ingat nak jumpa. iskh laaa nasib de wassup yang menghubungkan we allz. ai n sha baru jumpa april  lepas, now kami pakat nak jumpa intan pula. masing2 masih mengurus, tapi ai pula makin menggemuk. ehehehe. firhan pun asik tanya, apasal gemok sangat ni. ahahaha. serius. ai pun tak tau. hahaha

memang lama tak jumpa, lama juga sesi catch up kitaorang, gosip sana sini. nasib la zahid boleh layan je. kekeke. macam2 hal rupanya dah berlaku. poor intan, kami beria2 soh dia resign je. 

hopefully ni bukan perjumpaan last. banyak lagi yang nak digosipkan. hehehe. tq guys!

novel baru durrah fatiha- cinta separuh mati

24.8.2013

as usual, setiap bulan beli satu novel. kalau korang nak tanya berapa novel yang ada sekarang, i just lost my count. hmm, maybe novel ni yang ke 173. agaknya lah. serius dah banyak. nasib baik la, ai ni baca novel2 penulis yang ai suka je, kalau main beli je, mau bertimbun. hai laaa. 

say hi to my newest collection, cinta separuh mati by durrah fatiha


ai dah baca sikit2 novel ni. tapi novel ni macam kurang kick sikit tak sama macam 6 novel durrah fatiha yang lain. tapi still worth to buy. kata fan kan. hehehe :-) ok, jom sambung baca.

p/s: tak sabar tunggu magis keluar. hai laaa.

reunion

22.8.2013

hari seminar rupanya hari berkumpul kawan2 sekapal. tak sangka dapat jumpa kawan2 masa zaman ukm dulu :-) betul cakap dj, dah hampir sedekad grad dari ukm, so pasni kena plan grand reunion :-)

 zul. dj. asie
niza.asie.yus.aisyah.dj.chee kar

sebelah malam pulak ada dinner. ni pun lagi satu kes reunion. hahaha :-)

 dengan prof aminah. lecturer kami :-)
haaa, ni dengan mantan ybmk n mantan dg. can u spot them?

akhirnya, pengumuman rasmi Akta & Peraturan Juruanalisis Makanan!

22.8.2013

Alhamdulillah, akhirnya Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 telah diumum secara rasmi sempena National Seminar on Food Analyst Act 2011 and Food Analyst Regulation 2013 di Hotel Grandd Dorset, Subang. TQ to YBMK yang sudi memberi ucapan perasmian sekaligus membuat pengumuman rasmi berkaitan Akta&Peraturan ni.

baby is born, yo!

credit pic: fb cik wan

next, by zone project. expect nak start moving around middle sept to nov 13. phew, banyak kerja menunggu. kena mantapkan pemahaman mengenai Akta&Peraturan. berbalik pasal seminar, walaupun ada sedikit perkara2 yang tidak sesuai, tapi overall program, kira boleh tahan la. tapi kalau buat sendiri lagi better kot. 

food analysts and soon to be food analysts out there, be alert yo!

leader terbaik saya! gambate sir azmi!

19.8.2013

 

#throwback #downtomemorylane #kfc

sir azmi memang favourite boss leader dalam hidup ai. masa mula2 menjengah masuk alam pekerjaan awal2 umur 20-an, sir la yang banyak membantu, guide dan selalunya marah dengan perangai ai yang ntah apa-apa tu. first time ai jumpa sir, masa kat the mall, masa tu dia area manager (am). tau je la am kalau datang, memang buat kelam kabut. tapi masa tu restaurant manager (rm) la yang paling kelam kabut. ai masa tu assistant restaurant manager (arm), gelak2 je la dengan kekalutan rm. muahahaha. maklumlah, rm suka buli staff, so bila am datang macam tolong balas dendam bagi pihak staff. keji kan.

tapi dari semasa ke semasa, am pantau gak keja arm yang sorang ni. yang tak kena memang kena marah kaw-kaw la. lagi2 masa dia datang, kalau outlet bersepah ke, kelam kabut ke, stok takde ke, memang sia-sia je la hidup hari tu. makan sumpah berbakul2. tapi itu lah sir, hari ni dia marah, pastu dia ok. kadang2 ai makan hati gak la ngan sir ni, asik fikir nak resign je, tapi sebab dah janji ngan interviewer nak keja 2 tahun, maka sabar je la.

sir selalu challenge ai macam2, pernah dia suruh ai jadi coach untuk champs challenge. memang tak berbakat la. tapi sir kata, takpe untuk pengalaman, buat je. rupanya, diam2 sir develop macam2 skill kat ai.  

tak lama dekat the mall, sir propose ai untuk transfer kat subang. masa tu ai setuju je la, pergi dengan title arm, ada apa kisah kan. masa tu pulak sir dah hantar sha usha tempat. so, okey je la, sha n ai start kehidupan baru kat subang. tapi awal2 sir dah pesan, area ni area baru sir cover, dia nampak macam ada problem, so ai kena kuat n keras hati, dia akan support, so dia ingatkan ai supaya tak risau. dia cakap, dia perlukan orang yang dia percaya untuk kerja kat situ. si, ai agree je la, bukan sebab termakan gula2 sir, tapi sebab challenge.

tapi first day masuk keja cabaran dah datang. masuk as arm je pun, tapi dah kena ugut macam2 dengan staff. tapi peduli apa kan, ai kan arm apa ada sangat dengan staff, ugut la balik. hahaha. kesan buruknya, dalam masa seminggu ke sebulan keja ai terminate 12 orang staff yang tak boleh pakai. puas hati. masa tu sengsara gak la, tapi daripada sakit hati, layan je la. slow2 amik staff baru n train. sir sentiasa ada, support. oh, rm outlet ni pun satu hal plak, masa ai masuk dia tengah bercinta sakan ngan staff yang ugut ai tu, nak dijadikan cerita, last2 diaorang ni kena tangkap basah oleh isteri staff tadi. tapi serius banyak drama yang ai bo-layan. 

lama2 rm tu resign, so sir offer position store in charge (sic). so, bermula la episod kuku besi. hahaha. memang 6 bulan pertama memerintah, ai amalkan pemerintahan kuku besi n autokratik. just to set everything in line, nak betulkan setting dan cover mana2 part yang cacat. kebetulan within that time, ada audit CER, dan ai score 90%. gila tak gempak. outlet yang rating asik 50% tiba2 jadi 90%. bangga. sir bangga. yang paling penting staff bangga. terus ai dapat tengok perubahan staff, keyakinan bertambah pada boss kuku besi ni. yup, tapi pemerintahan kuku besi masih diteruskan.

sir sentiasa follow up progress, senior rm dalam area pun ada la bising cakap sir pilih kasih, tapi sir kata dia bukan pilih kasih, dia tengah develop future rm yang boleh naikkan nama area. sir selalu buat ai bangga depan rm2 lain. walaupun sebenarnya setiap kali datang outlet, dia asik nak bambu je. tiap kali performance review, sir akan cakap benda yang positive, tapi last part memang dia ada kata, kurangkan la pemerintahan kuku besi, jangan degil, jangan dan jangan. hahaha.

selepas 6 bulan sic ai naik pangkat ke position rm. alamak, tak lama tempoh berfoya2 dah kena buat keja betul2. best part, ai tamatkan pemerintahan kuku besi, tapi still ada lagi staff yang tahap nak lempang, tapi ai buat tak layan je la. budak2 pun selalu kata miss ni rm hati kering. lantaklah, yang penting semua ok. within control. 

tak lama kemudian, sir kena tukar area, masa tu memang frust habis. nak ikut sir, tapi sayang nak tinggalkan outlet n budak2. dengan am baru memang annoying, ai jumpa dia kali pertama dan nekad nak boikot. bukan tu je boikot keputusan CER sampai 47%. pastu yang kelakarnya, ai pi mengadu kat sir. tapi sir kata, bukan sebab dia, ai jadi bagus, tapi sebab diri ai sendiri. masa tu memang menangis tak ingat la. lawak pulak bila kenang.

time to time, keja je la dengan am baru. tapi hardly untuk create chemistry sama masa keja ngan sir. ntahlah. sir bukan je leader, malahan bapak figure kepada ai (n to sha & intan gak..)

***

hari ni chat dengan member kfc, sedih betul dapat tahu yang sir dah resign! bila tanya sebab pe, member kata sir dari position operation manager di downgrade ke post area manager. semua sebab reshuffle and transformation programme management baru! bukan sir je, malah ramai lagi am/om/to yang dah lama keja kena downgrade! sayangnya, sir dah lama keja, terlalu lama berkhidmat untuk kfc. tapi kenapa sir dilayan macam tu. jahatnya management kfc ni. kenapa buat sir macam tu. sedih betul ai rasa. fikir la, apa yang korang rasa kalau bapak korang di treat macam tu. hmm. unfair policy!

untuk sir, di mana saja sir berada, ai doakan yang sir akan sentiasa diberi kesihatan yang baik, usia yang panjang, sentiasa diberi kelapangan hati dan kuat berusaha. semoga kejayaan dan kebahagiaan selalu bersama sir. In Shaa Allah.

note: rindu sangat kat sir! nak jumpa takut nak dengar sir kata, iskh gemoknya u ni sekarang. hahaha.

update 20.8.2013

cis tak sampai 24 jam tulis post ni ai dah jejak kasih ngan sir. apa ke lawak betul lah! pagi2 teringat nak tengor sir ada wasup ke x. pastu check2 rupanya ada. apa lagi mula berkomplot ngan sha nak buat group. makanya, sepanjang hari asik nak tergelak sebab dapat wasup ngan sir n ex kfc lain. hailaaa.

header baru, budget comel lettew. haha

17.8.2013

amik mood baru katanya. saja la nak create header baru. dengan azam nak tinggalkan angan2 lepas, cukup lah sampai disitu sahaja. back to normal.

amacam header? ada comel kah. hihi. create guna paint je. seru designer mood.

Asilah, Morroco

17.8.2013

tambahan ilmu geografi pada malam yang hening ni. ada satu tempat kat northen coast Morocco, nama dia Asilah. hihi. tempatnya macam tak terusik, kira masih kekal asli. sesuai la dengan maksud "asilah". 


some image dari google image. ada apa kat Asilah ni? macam klasik sangat plak. hmm.



jom ambil bahagian qurban tahun ni. rm250/bahagian!

17.8.2013

yang ditunggu telah tiba. jom kita buat qurban tahun ni. tarikh tutup sehingga 30.9.2013. anjuran Dana Madrasah Kemboja (DMK).

In Shaa Allah. untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, sila dapatkan maklumat yang diperlukan di http://infaqkemboja.blogspot.com/

ramainya nak kawin bulan 9 ni. hailaaaa

16.8.2013


Alhamdulillah, ramai kawan nak kawin september ni. hai, terseru-seru rasanya. hihi. takpe rezeki masing2. In Shaa Allah, ada rezeki, kad kita pula menyusul. Amin. 

tahniah untuk asmah n abang patrick yang akan nikah 1st september ni. harap2 ada rezeki nak datang johor. besar tanggung jawab asmah lepas ni, maklumlah nak support abang patrick dia yang revert ke Islam :-)

In Shaa Allah, semoga perkahwinan yang akan berlansung, akan kekal hingga ke jannah. Amin

oh my sinki! jom jadi plumber.

16.8.2013

keluh kesah di wall mukabuku 

too risky to call a plumber (?) and too complicated to repair it by myself? hmm, oh my sinki! wonderpets! wonderpets! where are you? 

al kisahnya, paip sinki dapur umah sewa patah. eh, bukan sebab ganas sangat, paip tu berkarat n sampai ajalnya. hihihi.



ai telah ditugaskan untuk cari plumber. tapi nak cari plumber bukan senang gak rupanya. ai did call beberapa orang plumber. kos tukar n workmanship minimum rm150. erk. not value for money, huh? walaupun tuan rumah yang bayar, ai still care about it. duit punya pasal. oleh kerana ai pun tak sure housemate ada ke tak on weekend, ai memang tak berani nak set appointment dengan any plumber. too risky- mak kata. mana tau kalau plumber bertukar menjadi perompak or perogol berseri. seram kot.

asmah kata dia pernah repair sendiri, senang je katanya. 
mak kata dia pun boleh buat sendiri
ayah kata pun senang je, siap buat tutorial kot (unexpected thing yang ayah buat. lol) 





asilah kata... err, should we do DIY projects on the weekend? hmm, azam esok nak pi hardware. nak cari barang2. so, tengok la apa jadi nanti. In Shaa Allah, berjaya :-)


update 17.8.2013


Alhamdulillah, mudah je rupanya nak tukar paip ni. tapi tukar secara bijak la. memandangkan agak payah nak membuka tiang yang sambung ke dinding tu, maka ai telah pisahkan part2 paip yang baru dibeli n sambung je dengan yang sedia ada. tak payah nak hassle sangat. 


mudahnya pertolongan Allah hari ni :-) penjimatan sebanyak rm128.20 (caj plumber rm150). always do something value for money ya!



success story yo!

sweet 30, lebih sweet sebab still dapat duit raya. haha

14.8.2013

yeay, dapat duit raya. hihi. tq puan boss. tiap2 tahun hulur duit raya. rasa seperti muda belia pula.

a dateline

13.8.2013

dateline dah semakin hampir tapi takde progress. so boleh lupakan je la, tutup buku dan buka buku baru. In Shaa Allah, semua kan rahsia Allah :-)


p/s: hari ni emel info, rafting gopeng postpone bulan 10. legaaa, dapat la save duit service keta n nak pi asmah kawin. yeay!

3 stage game Google sempena Chinese Valentine's Day. masukkan burung itu!

13.8.2013

apa benda Chinese Valentine's Day tu, korang baca la sendiri eh. ai nak stori pasal game yang Google letak kat website. sempoi and lawak je. hilang mengantuk. hahaha.

eh korang dah cuba main game tu tak? masukkan burung itu! pencapaian cacatan masa terbaik ai 1.52. anda pula bagaimana?

 
 


catatan masa:

 
 
Powered by Blogger.