#8: Slip Case Cool Image Wrap 8"x8"

24.7.2013

entri ni asik tertangguh je, al maklumlah masa amat2 terhad kebelakangan ni. chewah. memadangkan ai dah temui cara-cara untuk menghasilkan slip case cool image wrap 8"8" yang comel, maka tidak patut pula sorok ilmu sorang-sorang. hello designer!

PT by Asilah #8

subject: slip case cool image wrap 8" x 8"

actually ai just nak share print screen slip case yang dalam proses pembikinan. klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

1. adalah amat  penting untuk follow instruction yang telah diberikan. contohnya garis hijau menunjukkan "fold area". so jangan gatal2 letak gambar kat situ, unless nak buat full page macam back cover pic kat atas ni. 

2. untuk slip case yang comel, di front cover, pastikan tulisan n gambar berada dalam square seperti dalam pic diatas. pastikan korang tinggalkan satu kotak di sisi kiri, kanan, atas dan bawah untuk elakkan gambar tu di fold. 

3. pandai2 la arrange bagi cantik ye.


ini lah slip case yang paling comel daripada 4 slip case yang ai pernah buat sebelum ni. semua gambar n tulisan terletak betul2 atas cover.

so comels k!

yeay. client project arrive! faris is one!

22.7.2013

Alhamdulillah, project yang di submit selasa lepas telah sampai hari ni. ai berpuas hati dengan hasil keja dan harap2 nanie pun puas hati gak. tq nanie kerana memberi kepercayaan kepada ai untuk design photobook :-)





p/s: sekarang tunggu alin hantar cd gambar. hmm, project tak start lagi, payment dah dapat. huhuhu

8th iftar AYSK 2013!

20.7.2013

 credit pic: Izul Zahrin (chanteeq pictures)

sebenarnya susah gak nak kumpulkan geng2 asrama bila we allz semakin meningkat usia. al maklumlah masing-masih dah berkeluarga, dok jauh2 maka agak sukar nak merealisasikan usaha penganjur iftar saban tahun. tapi ada gak la yang hati kering macam tak nak amik tahu bila we all sibuk2 gebang pasal iftar. hmm

8th iftar aysk!

oleh kerana tahun ni masing-masing dah masuk 3 series, we decided to organized iftar in different way. haha. tq to cikgu pinaz for the brilliant idea and of coz to the host azmi & raja untuk tajaan lokasi. kali ni kami buat iftar kat rumah n panggil catering untuk serve food. untuk maniskan lagi perjumpaan we allz, kami adakan sesi bacaan Yasin and solat Maghrib n Isya berjemaah. Alhamdulillah. 

rasanya masing-masing yang datang gembira dengan konsep baru iftar ni. price sorang bayar aysk rm30 n aysk with spouse rm50. kira jimat jugak la compare to makan kat hotel. makan pun kenyang, sampai boleh tapau lagi. hihi. one more, ada balance rm60 which we allz decided untuk sumbang kepada tabung keluarga miskin kat sekolah finaz. Alhamdulillah.

for me, apa yang lebih menggembirakan was, everybody was so closed, especially dengan spouse yang datang. sebelum ni memang berat mulut gak la nak cakap sebab masing2 dok jauh2, but environment rumah changed everything. lagi la dengan kehadiran 8 orang bayi/kanak2, all makcik sibuk jadi baby sitter. 

Alhamdulillah, 8th iftar aysk berlangsung dengan jayanya. yang lebih manis azmi siap offer nak jadi host untuk 9th iftar. hehehe :-) In Shaa Allah, kawan2 semua, panjang umur and murah rezeki pasti kita akan iftar sama2 lagi. marilah kita berdoa supaya persahabatan kita akan dirahmati Allah dan berterusan sampai bila-bila :-)

berkenalan dengan nubex.com

18.7.2013

kalau korang suka google info pasal gold, silver mesti korang ada terserempak dengan website nubex ni. nak tahu maklumat lebih lanjut korang google lah sendiri. hehehe. ai terserempak dengan website ni bila google pasal dirham. tiba2 tahun ni terasa nak bagi duit raya pakai dirham pulak. tapi bukan la untuk semua orang, makcik belum kayo laie. hahaha.

kat public gold memang ada jual dirham tapi cuma ada 10 dirham. tapi ko mampu nak bagi 10 dirham sorang? tak laa kan. so ai google la 1 dirham. rupanya kat nubex ada jual. menarik. so baca2 la info pasal nubex pastu rasa macam boleh dipercayai, so ai sign up la. 

kalau tanya pasal spread ke, price apa ke memang ai tau sikit2 je. tapi bila tengok 1 dirham rm12.21, terus rasa cam why not, jom cuba beli. hahaha. so dah isi semua borang, pilih apa nak beli dan buat payment, status terakhir produk "shipped".

hmm, sekarang mode menunggu, adakah dirham2 akan sampai? jeng,jeng, jeng...

apapun service nubex memang cepat, bila kita ada keraguan, hantar email kat nubex, pastu soalan2/ keraguan akan dijawab secepat mungkin. dasyat. ok. nampaknya ai dah de website baru yang syok nak intai. huhu.




kemaskini 19.7.2013

nampaknya rombongan dirham tak sampai laie. takdo rezeki la nak bagi anak-anak masa iftar sok. sorry sesayangs semua, next year k :-(

kemaskini 23.7.2013

haaaa, finally dirham sampai. Alhamdulillah, cuak gak la dibuatnya mana tau kot-kot tak sampai kan. so, sambung niat tergendala jumaat lepas, ai bagi advance duit raya kat geng. sampai la niat kan. 


kemaskini 4.8.2013

stok dah habis. Alhamdulillah :-)

apam johol

18.7.2013

terkejut ai ols apam johol ni ada kat putrajaya ni. dah la masa jumpa tengah terfikir2, kan bagus kalau ada apam johol. tup-tup, nampak apam johol kat tempat food display. Alhamdulillah


p/s: sejak bila pulak makan apam johol ni. hahaha.

pb candat 2.0 dah sampai. comel tau.

18.7.2013

finally PB Candat 2.0 dah sampai. yahoo. exactly on expected date delivery! kali ni ai buat 2 cubaan (i) cubaan membuat slip case yang tidak cacat dan (ii) print menggunakan glossy paper. 

masa pb sampai tu berdebar2 gak la nak tengok hasil, bila dah unwrap packaging, phew terkagum pulak dengan hasil kerja sendiri. hahaha. ye lah (i) slip case comel kot, eh paling comel dari 3 slip case sebelum ni dan (ii) paper glossy not bad la. cantik gak!

untuk tutorial slip case kita buat later. just stay tuned :-)

untuk hasil dan hasilan pb, tadaaa, dipersembahkan.

slip case front
slip case back
phewit
tetulang
glossy paper
the photobook
 slip case comel sangat

cantik tak kak ton?

C-Project: PB Faris is One!

18.7.2013

job baru masuk! kali ni nanie approach untuk buat pb faris 1st year book. oleh kerana weekend memang sangap kalau takde activity maka ai minta nani pass gambar cepat2. draft untuk 40pg siap dalam masa 2 hari. cepat tak. hahaha. memang pulun la nak buat, stay up bagai. 

pb kali ni sebab untuk baby, banyak main2 dengan frame dan scrapbook item. barulah ceria. so 1st draft submit pagi isnin. beberapa pindaan dibuat sehingga ibu faris satisfied. so total ada 3 draft. huhu. layan, customer is always right kan. best part ibu faris siap karang 1 pesanan penuh satu muka surat, berbakat gak nanie, ai baca pun tersentuh dibuatnya. hehehe.

setelah beberapa kali pinda, final draft submit sucsessfully on hari selasa malam. hopefully, hasil kerja memuaskan hati ai dan client. In Shaa Allah :-)

semua gambar ada dalam ni. yeah

storyboard paper ai? hmm, dah lunyai. kekeke

lama pulak tak update belog. iskh

18.7.2013

hmm, lama pula ai ols meninggalkan dunia penulisan di belog. haish. hari ni pun dah puasa ke 9. cepatnya masa berlalu kan. macam mana puasa korang setakat ni. semoga puasa dan ibadat kita diterima Allah dan tidak menjadi perkara yang sia-sia. In Shaa Allah

pose bujang ni, makan berbuka bungkus, makan sahur cukup la air nestum+kurma. kekeke :-) jeles tau ai ols dengan korang yang rajin bangun masak pagi-pagi. tapi life must go on kan, layan je lah.

oh, ingat lagi tak pasal pembelian kat bukuonline2u yang ai janji nak update? tadaa, ai beli Quran baru, lebih besar dan colourful. Alhamdulillah. sesiapa yang berminat boleh beli buku kat website ni. tapi untuk sebarang communication dengan company baiklah guna wassup instead email. 


lagi apa yang menarik eh?

tahu tak apa yang boleh buat ai stress? ya, promo Pixajoy.

8.7.2013

tak tahu la sebab apa, bila promo Pixajoy je rasa stress. gatal je tangan nak beli. iskh, iskh. yang dalam simpanan pun berbaki 2 lagi. 


promo kali ni- promosi ramadhan untuk abadikan kenangan lebaran. chewah, chewah. pose pun belum laie dah nak berlebaran plak kan. tapi sementara ada promo ni kena grab la. EH?

detail promo

promo berlangsung dari 8/7/2013 hingga 18/7/2013
expiry: 18/1/2014 (lama lagi tuuuuuu)
produk: boleh pilih antara Cool Image Wrap 8.5 x 11 potrait or landscape (40 pg) atau Ruff n Tuff Debossed Hardcover 11 x 15 (20 pg)


kira budget

ini namanya kegigihan. kalau dah tamak tu nak membeli je lah kan. hahaha. kalau ikut budget baik simpan untuk belanja posa n raya. tapi sebab nak jugak beli, ai cari cara lain nak bayar. ini lah masanya nak cash duit affliate, guna duit design pb suha, guna baki photobook credit n tambah rm2 dari maybank. so duit gaji bulan ni yang diguna hanya rm2. yes!

beli

haaaa. kan dah terbeli. nak dijadikan cerita beli 2 voucher untuk dapat free personalized calendar. hahahaha.  takpe tak rasa ralat sangat sebab guna rm2 je dari duit gaji bulan lepas. sedapkan hati sendiri.

nasihat

kalau nak beli, beli la sekarang. boleh buat album masa raya nanti. EH?

so nak beli dah kan? sila klik link ini. nampak je promo ramadhan tu klik lagi. sampai jumpa perkataan BUY NOW. eh, eh sebelum tu sign up dulu, kalau tak macam mana pixajoy nak bagi no voucher.


ok. bai. xoxo.

lagi-lagi draf photobook Pixajoy!

7.7.2013

memandangkan ada 3 voucher photobook Pixajoy yang masih ada dalam simpanan, maka ai telah rajin untuk submit 1 project baru. photobook ni buat within 6 hour je, memang cekap dan pantas kan. huhu.

masih ingat tak ai pernah draf photobook candat-ruff &tuff debossed hardcover 8.5 x 11? yup, tapi oleh kerana ai ni fan Cool Image Wrap Pixajoy 8 x8, maka ai kena create new project. kali ni lebih senang sebab ai template je susunan gambar dari draf pb yang ai dah buat. tapi ada some pic yang kena compress kecik2 n combine. maklumlah saiz berubah kan. kalaulah Pixajoy ada buat special button untuk tukar saiz photobook tak yah la susah2 nak create new project. huhu

okay, kali ni ai cuba bermain2 dengan mask, black & white n border. pastu sengaja bagi level gambar sama je setiap page. tapi tak berapa berani nak pakai backgroud solid black tapi still main2 dengan dark background- template sedia ada Pixajoy.

yup, submitted project. tak sabar nak tunggu hasilnya. kali ni gak ai guna glossy paper. excited!

some proofs. e-flip album (klik link to view)


 




 


benci lelaki di koc wanita. tak paham bahasa ke bang?

7.7.2013


mesej ai jelas:

jika dirimu adalah lelaki tulen
jangan masuk dalam koc wanita (ktm komuter)
sebab dikau hanya melabelkan dirimu sebagai
lelaki tidak tulen
lelaki selfish
lelaki no brain
lelaki yang tak boleh diharap
dan lain-lain

untuk rekod: ada 5 orang lelaki dalam koc ni semasa pemerhatian dibuat. jahat la korang ni. perlu ke nak sound sorang-sorang. bahasa apa lagi yang korang nak?! iskh.


tolong respect sikit ya!

aqilah awadah dengan rambut cacak-cacak. ouchhh.

7.7.2013

selalu bila mak long balik kampung, susah benor nak jumpa qila berjaga. asik2 tido, tido n tido. balik kali ni, mak long jumpa qila, kepala qila botak! hehehe. tapi qila maintain comel, lebih comel rupanya.

pastu yang paling amazing, qila dah start communicate dengan orang. yup, memang bahasa tu qila je faham, tapi mak long tau qila memang beria-ia sangat nak cerita, tak berenti2 pulak tu. mula-mula mak long ingat qila nak menangis, tapi mama kata, tak lah qila tengah ajak borak. hahaha. comel sangat okay.

pastu qila dah pandai senyum dan cair hati mak long :-p

 tengah cakap
 senyum 
 tak ready lagi la mak long!
 comel la tu
 ok cukup2 mak long!

oleh kerana pic ni capture masa baru bangun2 masing-masing buat muka takde mood sebab tak mandi lagi. apapun sayang kakak auni n adik qila. sayang anak buah mak long ketat-ketat. love :-)

merah jambu vs ungu untuk adik-kakak. love

5.6.2013

dah lama tak shopping baju untuk anak2 buah mak long yang semakin comel, baik, nakal, mulut pot pet dll. kebetulan auntie lia pun nak share sponsor kan, maka niat untuk shopping menjadi kenyataan. so, mak long shopping kat Anakku! muahahaha, memang tersangkut nearly 1++ hour sebab nak imagine tinggi dua orang anak buah ni. tak sure muat ke tak. mak memang mangsa la, sekejap2 ai call tanya saiz, warna etc. phew, susah gak nak shopping baju budak2 ni.

hasil tangkapan mak long tersasar dari plan asal. ni semua sebab baju2 dalam Anakku comel. huhu :-p


sampai je kat kampung terus paksa kakak auni pose dengan baju. ye lah kena update tukang sponsor kan. malangnya muka dia macam kena paksa, padahal suka. cet


tapi kakak auni paling tak sabar2 nak pakai baju dora purple ni hah. baru nak tunjuk muka suka kan. huhu.  


okay, kalau duit auntie lia terlebih lagi kita shopping lagi. yeay :-)

a big ERK?!

5.7.2013

sejak2 use to say no to tv, memang banyak miss semanis kurma. memandangkan dah start episod baru kan ai pun teruja la nak tau content sebab tajuknya bukan tajuk biasa, ini tajuk sensasi tau - menantu pilihan. hahaha

hari ni ustazah share content surat yang dibaca masa dalam semanis kurma tu. hmm, tercekik gak la dibuatnya bila baca sebab kriteria tu semakin dahsyat. memang ERK?! hahaha. anyway tq ustazah for reminder :-)



surat untuk calon menantu perempuan

"Duhai gadis yang baru ku kenal,tahukah kau,dia putraku,lahir dari rahim suciku,kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya,anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.Duhai gadis pilihan putraku,ibu harap kau memiliki TANGAN yang lebih lembut dariku..kerana ibu tak mahu kau melukai putraku.Ibu harap kau mempunyai SENYUM yg lebih sejuk dariku..kerana putraku akan datang padamu untuk mencari ketenangan.Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUN kerana ibu tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.Duhai gadis pilihan putraku,jadilah anakku,agar ibu tak pernah merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu".

erk, mampu ke tidak? ada ke tidak kriteria2 ni? kalau tak, memang strong reason la. hahaha. apapun semoga berjaya :-) 

- tangan yang lebih lembut
- senyuman yang lebih sejuk
- tutur kata seindah embun

keywords yang mendorong korang ke sini #Q&A

3.7.2013


sejak akhir2 ni ai rajin gak nak tengok keywords yang mendorong search engine membawa korang ke blog ai. 

keyword:

"how to add background photo on pixajoy photobook"

jawapan ai:

kalau nak add background photo, korang boleh add kat tab background. tapi pastikan saiz background tu besar supaya ia tak jadi low quality. maybe this post will help. klik SINI

alternative

korang boleh buat picture box sebesar2 page photobook, pastu drag je picture kat dalam box tu. 

tak paham boleh comment. jangan malu2. FOC

panggilan temuduga spa pegawai sains? hmm

3.7.2013

confius sekejap. kenapa ada panggilan temuduga pegawai sains ni? nak kena tukar skim ke? hmm. pelik bin ajaib. al kisahnya, tengah check email yahoo ni, pastu ternampak email dari SPA. ingatkan spam ke apa, ai pegi check la kat website SPA. memang sah ai dapat panggilan temuduga pegawai sains tu. 

hmm. 

hmm.

hmm.

ini petanda kena tukar skim kah? huhuhu

membeli buku di #belibukuonline2u.com

2.7.2013

dah nak ramadhan ni masing-masing dah sibuk nak tempah kuih raya online, beli baju raya online dan tidak ketinggalan beli buku online. begitu juga dengan diriku. memandangkan ramadhan makin hampir ni ai nak equipped diri dengan qalam yang baru. Alhamdulillah, google punya google terbekenan kat qalam yang diterbitkan oleh telaga biru. memandangkan time ni masa tak sesuai untuk beli secara walk in kat kedai buku maka ai telah pilih cara untuk shop online.

google punya google, terjumpa website ni http://bukuonline2u.com/ Alhamdulillah ada pun qalam yang dicari, memudahkan kerja. so, mula lah create akaun dan buat order. oleh kerana website ni tak link terus dengan bank, maka ai buat payment secara berasingan. mudah kan. 

malam ni status dah processed, agak2 bila sampai eh? katanya proses penghantaran mengambil masa 1-3 hari selepas pembayaran diterima. excited pula ai kan.

tunggu update ya!

Powered by Blogger.