tahniah sha&zahid. selamat pengantin baru

21-24/6/2013

weekend ni terasa agak panjang. mana taknya ini ialah weekend untuk ops xpdc cinta sha & zahid! hehe :-) personally, ai pada umur ni dah mula mengelak2 nak pi awal kenduri kawin kawan2. ye la, nak menangani masalah post kenduri tu agak susah. huhu. tapi sebab sha, kena gigihkan jugak. after all, sha banyak tolong masa zaman keja kfc dulu dan ai banyak kan buat salah kat sha sebab asik buli dia je. hehehe :-)

21/6/2013

hari ni sampai seremban agak lewat dalam kol 11 pm. nasib baik sha n yana amik. lebiu guys! sesudah sampai kat umah, ingat nak relax2 la kan, tapi dah ada task menunggu. inai session. sha dah info yang sebelum dia kuar mak ngah dah tumbuk daun inai. so sampai umah, terus amik tugas pakai inai. lawak memang lawak la. kaki tangan sha ni dah la halus, tempek daun2 inai ni dah macam padang ragut pun ada. jangan marah sha. so operasi malam tu habis dalam kol 2 am. sha ai tinggalkan tido kat ruang blakang, ai tido bilik pengantin. yeay!



22/6/2013

hari ni bangun awal. banyak operasi hari ni. malam ni ikut iternary ada kenduri doa selamat. so ada masak2 dan makan2. tapi task ai hari ni melepak dalam bilik pengantin jer. task hari ni isi beg door gift. gigih la hampir 700 beg nak isi. memang sampai petang tak habis. siap boleh curi-curi tido lagi. hahaha. operasi beg door gift ni bersambung sampai malam sebab nak masukkan dodol sekaligus susun n identify untuk edaran kepada tetamu. oleh kerana banyak pertolongan ops habis dalam kol 11pm - 12 am. 


tapi keja belom habis oii, kena inai session kali ke 2. phew, memang merah la jari tukang pakaikan inai kan. huhuhu :-) dalam masa yang sama ikin buka kedai jahit. memang gigih la ikin jahit manik, masa ai dah tertido2 pun dia still menjahit. tak silap kol 5 baru habis. kekeke. memang tak cukup tido la pagi ni. pengantin pun bersengkang mata. 



22/6/2013 : event date

Alhamdulillah sha selamat menjadi isteri zahid dengan sekali lafaz. good job zahid, tahniah sha. seriously masa dok sebelah sha masa akad nikah tu terasa gak la tekanan nya. bila imam baca khutbah tu boleh telan air liur dibuatnya. berat tanggung jawab nak jadi isteri/suami ni. hmm. 

hari ni memang sibuk la kan. macam runner pun ada gak. especially part door gift. nasib baik ramai assistant yang tolong angkatkan kotak tapi ada gak la yang bikin hati panas masa tengah panas terik kan. iskh nasib baik la dia. hmm. 

part yang paling best sepanjang event tu karaoke session. bengkek je tengok sorang2 pass mic, hahaha. tapi kalau ada kosong pun segan gak la nak karaoke kan. cakap je lebih. tapi memang ada perspektif yang berubah time ni. hahaha. tapi ada satu lagu gak yang dok berlegar2 dalam kepala tak sudah2. iskh.

event habis lewat petang. oleh kerana keletihan (chewah) so malas la nak balik dulu. kacau daun orang baru kawin ni. hahaha. amik berkat katanya. ramai family member dah beransur2 pulang. hmm, sob sob. tak sempat nak borak (*_*) 

malam tu ada lagi tetamu datang, tapi yang layan nya session borak kat dapur. macam2 topik ada. kalau lah.... 

satu benda yang paling frust hari ni, tak ingat nak amik gambar ngan sha n zahid. dah la gorgeous gila kot sha (yang perasan yuna tu) n baju hijau dia tu. haish, kecewa, kecewa. 


23/6/2013

bila dah kepenatan memang bangun lambat la. satu hari rasa malas je. nasib baik kat umah orang kan. kalau tak bila la nak bangunnya. hari ni sha n zahid buka hadiah kawin. untung la macam2 ada tapi part hadiah paling best buku tu. huahuahua. gelak sakan kot kalah buku resepi ai. hahaha. lewat petang kami pun mula beransur2 balik. yang bestnya pengantin baru sempat belanja makan sate tulang. hailaa layan je la. tqvm ye.

sampai kat komuter dah agak lewat, terkejar masa nak solat maghrib. punya lah cuai ai boleh tinggal purse kat washroom. yang paling confident nya boleh sedar purse takde 15 min lepas solat. nasib baik la rezeki masih ada, purse tu masih kekal kat tempat yang sama. Alhamdulillah. sindrom 3 series la ni. hahaha.

okay, cukup catatan weekend xpdc cinta sha n zahid. ai doakan korang akan bahagia, semoga sentiasa disulami rasa cinta hingga ke jannah. semoga dikurniakan jr dalam masa terdekat. usaha tangga kejayaan. hehehe :-) doakan next turn ai plak. Amin. 

0 comment:

Powered by Blogger.