RESEPI: M&M's choc chip cookies (ver 4.0)

16.6.2013


resepi /(o-o)/

Resepi: M&M's choc a chip cookies (ver 4.0)
Masa Penyediaan: 1 1/2 hr-2 hr
Masa bake: 10 min

Bahan-bahan

Tepung Rose 650 gm (tepung gandum/ superfine pun ok)
Baking powder 1 1/4 teaspoon
Soda bikarbonat 1/2 teaspoon
Garam 1/2 teaspoon
Brown sugar 300 gm
Castor sugar 200 gm
Butter 500 gm
Vanilla essence 1 tablespoon
Telur 3 biji
Choc chip 1 1/2 cup
Nestum 1 cup
Cashew 1 cup (atau kekacang lain)- hancurkan 
Mini M&M's 4 tube

Cara membuatnya

1. Campur dan ayak tepung rose, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan
2. Dalam bowl mixer, masukkan butter, brown sugar, castor sugar dan garam. Beat sehingga sebati. 
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Beat sehingga sebati.
4. Off mixer. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dalam bowl. Mix adunan sehingga sekata menggunakan spatula
5. Masukkan choc chip, cashew, nestum dan 2 tube m&m's dalam adunan. Mix adunan hingga sekata
6. Ciri-ciri adunan yang baik: bila pegang adunan, ia akan melekat2 kat jari (hmm, susah nak explain :-p)
7. Dengan menggunakan sudu/ piping beg scoop/pipe adunan atas loyang. buat kecil2 je sebab adunan akan mengembang dan leper. hehe :-)
8. Hiaskan dengan mini m&m's


9. Bake pada suhu 160 deg C, api atas bawah, approx 10 min.

hasil approx 500 pcs (small size) or 1.5 kg yield. selamat mencuba :-)

0 comment:

Powered by Blogger.