#floria putrajaya 2013: for orchid maniac! haha

30.6.2013

hari terakhir untuk bulan jun. habis setengah tahun tanpa pencapaian yang membanggakan. hailaaa. need something to boost internal n external spirit. helppppp. pastu ni adalah entri ke-26 untuk bulan ni. masih mengekalkan jumlah post sama untuk 4 bulan berturut2. kihkihkih.

#floriaputrajaya2013

baiklah, tahun ni ai jejak kaki dua kali ke floria. kali pertama masa remang2 senja, kali kedua masa awal2 pagi. it's so so excited sebab ai suka orkid. n lepas pegi floria ai bertambah2 suka orkid. pengsan sebab orkid cantik2! nasib baik mom tak jadi datang floria sebab kalau tak mom pengsan dulu sebab mom orchids maniac! banyak nya sebab! hahaha.

ok picture take charge!

awal2, ai usha bunga2 lain. ni pun cantik. sangat gadis bunga kan.






pastu orkid. ada banyak pic orkid, ai tempek mana yang berkenan je la eh.











kesimpulannya, siapa yang nak hadiahkan bunga orkid dialu2 kan. hehe :-)

makanan eksotik? mentarang? jom pekena!

30.6.2013

sambil breakfast di pagi yang hening tu, mata tertangkap pada rencana dalam paper bh bertarikh 29 jun 13 ni. hmm, "segala-galanya mentarang, makanan eksotik istimewa". perghhh. lokasi kejadian ialah di tali air 7, sungai leman, sekinchan (bangga).


tak penah tengok rupa mentarang? kesian. hehe. ai sebenarnya pernah menulis beberapa post mengenai mentarang. nak tahu rupa mentarang lidah terjelir? close up mentarang? rendang mentarang? sila klik link untuk baca post2 tersebut. sebenarnya tak ramai yang minat nak makan haiwan cengkerang ni. al maklumlah ada lumpur kan. geli. but who cares? tahu tak yang rasa mentarang ni rare n kalau jadi rendang is so tempting. 


berbalik kepada rencana tadi. kat sekinchan ni ada banyak tempat yang jual mentarang mentah, especially kalau korang lalu on weekend. tapi sebab mentarang ni rare aka eksotik kan, maka ikut tuah juga la kalau nak jumpa. tapi sekarang dah banyak kedai2 yang jual mentarang bakar dan buat dish2 seperti mentarang tumis, rebus, tom yam. macam kedai pakcik din ni (sure kedai beliau glamer selepas ni)



harga memang berdesup mahal. sebab yang mentah pun boleh cecah puluh2/kg. susah nak dapat pe. what u expect? bayar dan makan je la. pastu fyi, cara nak "uruskan" mentarang ni pun bukan senang. so price tu kena tolak tepi la. rasa memang sedap dan liat2 sikit. kalau korang penggeli please jangan tengok rupa mentarang ni sebab korang sure tak lalu nak makan. kata penggeli, banyak la imaginasi kan. 

personally, my favorite dish ialah rendang mentarang. selalunya masa raya la kan nak merasa. beli sampai 4-5kg pun isinya takde la banyak sangat. kulit je dah berapa kg. tapi rasanya memang berbaloi. sedap hingga menjilat jari. 1st timer pun boleh terkenang2 rasanya. hehe :-)

ok sesiapa yang singgah kat area sekinchan tu jangan lupa singgah rasa mentarang. rugi tak cuba makanan eksotik ni. haha.

sinar masih ada.

27.6.2013


Alhamdulillah, managed to get look a like shot same from my previous post. see nampak masjid kan. jerebu tak ada? bacaan IPU still kat 70+ tahap sederhana. tapi memang dah nampak matahari la. seronok sangat :-) hmm, untuk ai masa menunggu tamat lepas satu mesej telepati dihantar dan diterima. hahaha. so like propa kan. hahaha. 

thank you Allah. anyway it's just make my day :-)

pencarian kek coklat sedap ikut tekak. hehe

27.6.2013

tak paham kenapa week ni, teringin sangat nak makan kek coklat dalam bekas yang sedap. ai mean yang really sedap. macam nak crack kepala ai (propa) cari. hehehe  :-) yang best nya hari ni pencarian berakhir. haha. actually dah lama usha kek emcc ni. kat bawah blok ni memang ada kedai distributor emcc ni. malangnya time operation dia adalah waktu keja. tak berkesempatan la nak beli.

ntah macam mana, tersinggah kedai runcit auntie kat bawah blok. pastu mata terlekat kat kek coklat dalam bekas emcc! whoaaaaaa! terus beli la kan. tapi skeptikal gak la masa buka bekas tu, nampak macam ala-ala je. sekali bila dah masuk mulut, pergh nikmat. sedap ok. ai really mean sedap. kek n topping memang combination yang superb.

bila upload kat fb, ada plak orang yang teruja nak makan. cis rasa berdosa plak tayang. hahahaha. so ai turun bawah kedai auntie nak p beli,malangnya ada 4 bekas je. so 1st jumaat untuk 4 orang je berkongsi kemanisan dan kasih sayang Allah. hehehe. ye la, kalau Allah tak gerakkan hati nak turun mesti tak beli. semuanya kena niat kerana Allah :-)

okey sayangs dj, asah,nuurul n kak ani, hopefully korang pun akan enjoy makan. nyum! 




#C-Project: dah sampai, i'm getting excited. haha

26.6.2013

Alhamdulillah. ai excited betul hari ni! #pilotproject dah sampai and i like!! hahaha, so comels and sweet. best part Suha pun suka tambah2 lagi hari ni anniversary ke-3 dia. kira refresh la cinta zaman-zaman baru kawin. i'm so jeles. huhu :-(

TQ Pixajoy untuk service yang extra cepat. expect terima photobook 1st july, tup2 sampai lewat petang tadi. memang kalau tunggu lambat je sampai, kalau tak tunggu berdesup sampai. iskh

so, product baru ni quite nice la. Suha guna product Single Window Die Cut by Pixajoy. hasilnya memang memuaskan hati. kemas je finishing dia :-)

unfortunately, ai tak dapat nak share whole photobook kena minta izin dulu dari tuan punya. huhu. for me, ai gain some confident in photobook designing. kena rajin2 practise. at least ai dah jumpa one way to release stress n cara sibukkan diri. hahaha. so simptom 3 series kan. 

okay! lot's of love. 



design by: NMK design
service provider: Pixajoy
product details: Single Window Die Cut/ Glossy Paper/ Cover- Tinsel Shine Bronze Brown/ 40 pages

tadi masa usha website Pixajoy ai notice promo Single Window Die Cut masih on walaupun info kata promo sampai 16/6/13. apa lagi ai pun terbeli satu. huhu. so, kalau korang nak terbeli gak sila klik link ni :-)

untuk ke website Pixajoy, klik banner ni. korang mesti berkenan punya dengan product2 yang ada. so jangan lupa sign up sekali!

marilah berkongsi kasih sayang Allah :-)

25.6.2013

hari gaji, yeay! jom kita berkongsi kasih sayang sambil beramal. In Shaa Allah. peluang ada ruang pun ada, lalu nikmat Allah yang mana mahu didustakan?

sumbangan boleh disalurkan terus ke

Program: Tajaan Berbuka Puasa di Kemboja
Nama Akaun: DMK Raudhah
No Akaun: 562405604423
Bank: Maybank



p/s: dah ada pengalaman berurusan dengan team infaqkemboja ni. so ai memang yakin sumbangan tu diterima oleh saudara kita di sana :-)

haze dihatiku

24.6.2013

pergh jerebu kali ni memang teruk la. dah berasap2 kat jalan, kedai makan dan opis. phew. sesak nafas dibuatnya. masjid putra pun tak kelihatan dalam pic ni kecuali kalau korang perhati betul2. ini semua ujian kan. bersyukur, bersyukur. soft reminder pada diri sendiri.


hmm, haze dihatiku macam mana plak. too much think lead me tu blunt end. hailaa. kalau lah senang nak kupas satu2 benda macam kupas kulit bawang, tak perlu la susah2 jerebu kat dalam hati. hahaha. propa sangat kan. hari ni pun da buat benda tak sepatut buat tapi terrr. haish. tapi bila menunggu ni tersiksa jiwa raga ai ols okay. baiklah, ruang ada, tapi peluang macam takde. kadang2 rasa macam loser pun ada. 

okay masa untuk tido. letih update post banyak-banyak hari ni. jerebu akan hilangkah hari esok?   

Auni yang semakin kuat pot pet. haish!

23.6.2013

my little baby is growing up! hailaaa, mak yong will miss u badly. lagi-lagi masa tak nakal dulu. hahaha :-) sekarang ni dah kepochi sangat asik nak bercakap je pastu propa nak cakap kat hp. hmm, mak yong la jadi mangsa. asik2 atok call. pastu awak cuma cakap:

"mak yong!"

"hmm, waalaikumsalam"

"mak yong buat apa"

"mak yong dah makan"

"mak yong, nak duit, masuk tabung"

"ok, bye"

hahaha. my little angle. kadang2 memang boleh stress layan awak ni tapi awak jugak la gula-gula dalam hati mak yong. sayang awak. 



nur kasih. motif nak berlegar-legar dalam kepala?

23.6.2013 

kenapa la lagu ni berlegar2 dalam kepala sejak dengar petang semalam. high spec ni? tak tercapai la kpi macam ni. huhu :-p

  

Nur Kasih

Bagaikan permata di celahan kaca 
Kedipnya sukar untuk dibezakan 
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan 
Moga tak tersalah pilihan 

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu 
Jernih setulus tadahan doaku 
Rahmati daku dan permintaanku 
Untuk bertemu di dalam restu 

Kurniakan daku serikandi 
Penyejuk di mata penawar di hati 
Di dunia dialah penyeri 
Di syurga menanti… dia bidadari 

Kekasih sejati teman yang berbudi 
Kasihnya bukan keterpaksaan 
Bukan jua kerana keduniaan 
Mekar hidup disiram Nur Kasih 

Ya Allah… Kurniakanlah kami 
Isteri dan zuriat yang soleh 
Sebagai penyejuk mata 

Kurniakan daku serikandi 
Penyejuk di mata penawar di hati 
Di dunia dialah penyeri 
Di syuga menanti… dia bidadari 

Kekasih sejati teman yang berbudi 
Kasihnya bukan keterpaksaan 
Bukan jua kerana dunia 
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih 

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian 
Penentu jodoh pertemuan 
Seandai dirinya tercipta untukku 
Relaku menjadi miliknya

tahniah sha&zahid. selamat pengantin baru

21-24/6/2013

weekend ni terasa agak panjang. mana taknya ini ialah weekend untuk ops xpdc cinta sha & zahid! hehe :-) personally, ai pada umur ni dah mula mengelak2 nak pi awal kenduri kawin kawan2. ye la, nak menangani masalah post kenduri tu agak susah. huhu. tapi sebab sha, kena gigihkan jugak. after all, sha banyak tolong masa zaman keja kfc dulu dan ai banyak kan buat salah kat sha sebab asik buli dia je. hehehe :-)

21/6/2013

hari ni sampai seremban agak lewat dalam kol 11 pm. nasib baik sha n yana amik. lebiu guys! sesudah sampai kat umah, ingat nak relax2 la kan, tapi dah ada task menunggu. inai session. sha dah info yang sebelum dia kuar mak ngah dah tumbuk daun inai. so sampai umah, terus amik tugas pakai inai. lawak memang lawak la. kaki tangan sha ni dah la halus, tempek daun2 inai ni dah macam padang ragut pun ada. jangan marah sha. so operasi malam tu habis dalam kol 2 am. sha ai tinggalkan tido kat ruang blakang, ai tido bilik pengantin. yeay!



22/6/2013

hari ni bangun awal. banyak operasi hari ni. malam ni ikut iternary ada kenduri doa selamat. so ada masak2 dan makan2. tapi task ai hari ni melepak dalam bilik pengantin jer. task hari ni isi beg door gift. gigih la hampir 700 beg nak isi. memang sampai petang tak habis. siap boleh curi-curi tido lagi. hahaha. operasi beg door gift ni bersambung sampai malam sebab nak masukkan dodol sekaligus susun n identify untuk edaran kepada tetamu. oleh kerana banyak pertolongan ops habis dalam kol 11pm - 12 am. 


tapi keja belom habis oii, kena inai session kali ke 2. phew, memang merah la jari tukang pakaikan inai kan. huhuhu :-) dalam masa yang sama ikin buka kedai jahit. memang gigih la ikin jahit manik, masa ai dah tertido2 pun dia still menjahit. tak silap kol 5 baru habis. kekeke. memang tak cukup tido la pagi ni. pengantin pun bersengkang mata. 



22/6/2013 : event date

Alhamdulillah sha selamat menjadi isteri zahid dengan sekali lafaz. good job zahid, tahniah sha. seriously masa dok sebelah sha masa akad nikah tu terasa gak la tekanan nya. bila imam baca khutbah tu boleh telan air liur dibuatnya. berat tanggung jawab nak jadi isteri/suami ni. hmm. 

hari ni memang sibuk la kan. macam runner pun ada gak. especially part door gift. nasib baik ramai assistant yang tolong angkatkan kotak tapi ada gak la yang bikin hati panas masa tengah panas terik kan. iskh nasib baik la dia. hmm. 

part yang paling best sepanjang event tu karaoke session. bengkek je tengok sorang2 pass mic, hahaha. tapi kalau ada kosong pun segan gak la nak karaoke kan. cakap je lebih. tapi memang ada perspektif yang berubah time ni. hahaha. tapi ada satu lagu gak yang dok berlegar2 dalam kepala tak sudah2. iskh.

event habis lewat petang. oleh kerana keletihan (chewah) so malas la nak balik dulu. kacau daun orang baru kawin ni. hahaha. amik berkat katanya. ramai family member dah beransur2 pulang. hmm, sob sob. tak sempat nak borak (*_*) 

malam tu ada lagi tetamu datang, tapi yang layan nya session borak kat dapur. macam2 topik ada. kalau lah.... 

satu benda yang paling frust hari ni, tak ingat nak amik gambar ngan sha n zahid. dah la gorgeous gila kot sha (yang perasan yuna tu) n baju hijau dia tu. haish, kecewa, kecewa. 


23/6/2013

bila dah kepenatan memang bangun lambat la. satu hari rasa malas je. nasib baik kat umah orang kan. kalau tak bila la nak bangunnya. hari ni sha n zahid buka hadiah kawin. untung la macam2 ada tapi part hadiah paling best buku tu. huahuahua. gelak sakan kot kalah buku resepi ai. hahaha. lewat petang kami pun mula beransur2 balik. yang bestnya pengantin baru sempat belanja makan sate tulang. hailaa layan je la. tqvm ye.

sampai kat komuter dah agak lewat, terkejar masa nak solat maghrib. punya lah cuai ai boleh tinggal purse kat washroom. yang paling confident nya boleh sedar purse takde 15 min lepas solat. nasib baik la rezeki masih ada, purse tu masih kekal kat tempat yang sama. Alhamdulillah. sindrom 3 series la ni. hahaha.

okay, cukup catatan weekend xpdc cinta sha n zahid. ai doakan korang akan bahagia, semoga sentiasa disulami rasa cinta hingga ke jannah. semoga dikurniakan jr dalam masa terdekat. usaha tangga kejayaan. hehehe :-) doakan next turn ai plak. Amin. 

photobook progress with Pixajoy #C-Project

20.6.2013

finally my very 1st #C-Project dah submit! 

kronologi

13-14/6 dan 17-18/6

untuk project ni ai amik masa 21 jam, 4 hari untuk siapkan 1 st draft. fuyoo, memang mencabar gak la nak memahami cerita outdoor ni. hahaha. cobaan. 


bila draft da siap, kena la touch up sana sini. untungnya pic dari photographer suha ni dah cantik. so takde la over sangat ai nak edit2 bagai kan. 



so, lepas confirmation dengan suha, ai pun submit dengan jaya nya. Alhamdulillah


now kena tunggu hasilnya. mendebarkan betul lah! sedikit (sangat) preview. hehe :-)





update 24/6/13 e-flip album dah boleh view! tapi sorry tak dapat share link :-)

hadiah kawin sha n zahid ;-)

20.6.2013

boring bagi hadiah kawin sama je kan. so, untuk sha, ai plan nak bagi buku resepi. eh, bukan sha tak tau masak ni nak encourage jadi isteri yang lebih rajin masak. so complete cook book dari hari isnin hingga ahad, tapi malangnya hari rabu kehabisan stok kat mph. so hari rabu makan kedai la.

hopefully sha suka :-) enjoy cooking with love ya! 





the best of bahulu Masri. oh ikan!

16.6.2013

sesiapa yang nak dapatkan stok bahulu boleh dapatkan di M.H.P Enterprise, Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan. kedai ni tepi jalan je, senang nak cari.

untuk tempahan/ pertanyaan boleh hubungi tokey bahulu.


untuk majlis sha, dia order bahulu ikan (sepasang) 1000 paket. harga sepeket dalam rm 0.40. bahulu ni boleh tahan at least 3 week. 



haaa, tu dia 2000 ikan terperangkap dalam plastik. hehe :-)
Powered by Blogger.