RESEPI: M&M's cookies (ver 3.0)

4.5.2013

yeah. lama tak baking, oven kena warm up. so, apa nak buat? cookies la sebab senang kan. hehehe :-) this time ai nak operate lagi resepi M&M's cookies.

RESEPI: M&M's cookies (ver 3.0)

Bahan-bahan

250 gm butter
200 gm gula perang 
secubit garam
1 biji telur
1 tea spoon esen vanila
300 gm tepung gandum*
1/2 tea spoon baking powder*
2 table spoon horlicks*
1/2 cawan nestum
1/2 cawan kacang (cashew/almond)
4 tube mini m&m's

*bahan ni campur n gaul sekali hingga sekata

Cara membuatnya

1. wisk butter+gula+garam hingga sebati
2. masukkan telur n esen vanila
3. off wisk. masukkan campuran tepung. kacau sekata
4. masukkan nestum n kacang. kacau sekata
5. masukkan m&m's
6. piping/ scoop guna sudu. susun jarak2
7. bake at 150 deg C for 13 min

Nota

1. adunan ai ni a bit dry n tak lembik. hmm kena csi kenapa? mungkin masa part tepung tu ai lebih2 sikit tak timbang accurate n nestum tu p menggunung plak. mungkin sebab tu la.
2. bila dah bake, cookies nak gigit keras sikit tapi rangup. rasa pun sedap

nanti ai betulkan balik resepi ni. huhuhu :-) 

some pic untuk tatapan.







okey ai sebenarnya terpengaruh dengan citer ainul artis tu. dia kata dia buat cookies ni bila tengok kat youtube. bila ai search, memang banyak kot video nak buat cookies m&m's ni. tapi apa yang ai adore kan, dia jual cookies tu dalam packaging yang agak nice. mana nak cari packaging camtu eh?

0 comment:

Powered by Blogger.