Pulau Kapas short trip. ops candat! (Part 1)

4.5.2013

entri ni adalah entri hutang, cerita back date eh. hahaha :-)

masih ingat kekepohan ai pasal nak pi mencandat sotong? yeah, finally trip tersebut menjadi kenyataan. hehe :-) first of all tq gadis candat yang p bersama2 meriahkan trip ni especially muka rare yan n arina dan tak dilupakan sha geng kfc ai. TQVM guys!

26.4.2013

okey. perjalanan pergi adalah pada hari bekerja, jumaat plak tu. a bit rushed la nak lari2 p kejar bas, erl n komuter. janji kol 9.00 pm nak jumpa sha n yan kat kl sentral, tapi ai delayed lagi 30 min. iskh, janji tak ditepati kan. dah jumpa kami bergegas pulak ke hentian putra. punya lah ramai manusia, kaji punya kaji rupanya pesta buku dah start kat pwtc. patut lah crowded semacam.

kami sampai kat hentian putra around 10.00 pm. tak lama lepas tu emel, finaz n arina muncul. orang yang pegang tiket iaitu cik anis kita sampai paling lambat. cehhhh. 

dalam kol 11 pm, kami naik bas transnasional ke kuala terengganu. Alhamdulillah perjalanan smooth je, semua geng tido dengan lena, kecuali ai. hehe :-) dalam kol 5.30 am kami stopped di Kelulut. why? sebab makcik n pakcik finaz ada kat sini. so kami tumpang rehat n subuh kat umah makcik n pakcik finaz. Alhamdulillah!

 kat hentian putra
 dalam bas. weehooo!
 terdampar di kelulut

27.4.2013

memang superb la hospitality makcik n pakcik finaz. dah la tumpangkan rumah siap beli breakfast lagi untuk kami. rezeki. pastu sedapnya la kuih2 n food yang tersedia ni. untunglaa kalau dok terengganu. hahaha. 

best hospitality!

dalam kol 9.00 am kami decide untuk mulakan aktiviti. makcik n pakcik finaz hantar kami ke rumah tumpangan mak teh. chalet ni dah termasuk dalam pakej candat, bilik kecik je tapi boleh la nak muat 7 orang ni. dah letak semua barang, kami bergerak menuju ke jeti Pulau Kapas. kat Makcik Gemok kami beli pakej snorkeling+gear+return trip for rm 65. phew.

dalam kol 10.00 am kami bertujuh mula bergerak ke Pulau Kapas. bot kami di pandu oleh sorang mamat poyo yang claim belajar biokimia (whatever). terpesona ai dengan biru air laut Pulau Kapas :-) dalam 15 min kami sampai di chalet Makcik Gemok. kat sini kami amik snorkeling gear dan tunggu next bot untuk bawa kami ke port snorkeling!

kat port snorkeling, adik offshore (tak tau nama) brief kami tentang cara2 penggunaan gear dll. adik offshore gak follow kami meneroka taman laut Pulau Kapas. ai tak berani ikut p tengah2 laut tu, seram plak. hahaha. so ai main air kat tepi2 je, nasib ada ikan gak, boleh main geli2 ngan ikan. hahaha.

bila hari dah mula panas, kami berkumpul kat tempat redup tapi still dalam air! apa yang kami buat? hahaha. gossip girl time! memang expert kan. dalam air pun boleh bergosip. around 2 pm kami bergerak balik ke chalet Makcik Gemok. masa ni memang dah hangit kan. berlagak tak nak pakai sun block. dalam kol 2.30 pm bot amik kami untuk balik ke jeti Pulau Kapas. yeah!

bila dah sampai jeti masing2 kebulur. yang peliknya, kat kawasan jeti ni tak banyak kedai makan yang bukak. mungkin sebab hari sabtu kot? so, kami cuba cari kedai berdekatan untuk makan tengah hari. ada satu kedai yang tersorok sikit, tapi food berlauk memang nan ado. nasi goreng ada, tapi tinggal untuk 4 orang makan. kami decide untuk bagi sama rata nasi goreng tu kepada 7 pinggan. sadis. hahaha. plus order 4 pinggan kopok leko. hailaaa layan. dalam kol 4 pm kami roger pak ya untuk pick kami kat kedai makan. now kena ready untuk mencandat!

enjoy our pic at Pulau Kapas!

 perjalanan bermula
 sampai kat makcik gemok
 birunyaaaaa....
 pose
 jom snorkel
 next stop. port snorkeling
 gosip makanan kami
 balik
jeti

okey. more pis tunggu e-flip trip Pulau Kapas. cerita ops candat, di post akan datang. stay tuned.

0 comment:

Powered by Blogger.