Pulau Kapas short trip. ops candat! (Part 3)

5.5.2013

bersambung lagi kisah short trip ke Pulau Kapas, Terengganu

28.4.2013

masa untuk pulang! akibat keletihan masing2 liat nak bangun pagi. kena plak tido dalam air cond, bertambah keliatan nya. haha. nasib baik bas kol 10 am. kalau tak mau ada yang terlajak tido. dalam kol 9 am kami cari kereta sewa untuk angkut kami ke Marang. kena caj rm50 untuk 2 kali angkut. okey la kot. so, sementara menunggu, anis n arina pi shopping keropok kat pasar Marang. ai pulak jadi penunggu beg.

menunggu bas

shopping kopok

situasi panik tercetus bila jam 10.30 am bas tak muncul2. anis la yang create panik. ada ke dia kata bas yang baru lalu bas kami nak balik KL? memang gelabah la kan. habis sume Mara liner dia call, yang kat KT, Dungun dan tidak terkecuali pakcik driver. rupa2nya pakcik driver dok isi minyak bas, patut la lambat. aisey, panik tak pasal2.

tiket bas

dalam bas pun tak ramai orang kami bertujuh + 3 orang. ini menyebabkan kami merayu kepada pakcik driver supaya stop kat kedai kopok leko. nasib baik pakcik driver layan. hehe :-) perjalanan diteruskan dan hanya stop kat kedai makan kat Kuantan (kot). perjalanan memang panjang, maka ai mengambil peluang untuk tido dan tido. qada tido. hahaha. sha cakap apa pun da tak dengar dah sebab ngantuk. kepala pun dah pening sangat-sangat. mabuk darat?

kopok leko plop

dalam kol 5 pm kami sampai di hentian putra. Alhamdulillah. operasi membahagi sotong pun bermula. ai tak amik bahagian ai sebab takde fridge kat umah. nak masak terus? tak mungkin. halal la hasil tangkapan ku untuk siapa yang merasa.

 dah sampai!
 pose muka letih

so masa untuk pulang ke sarang. hehe. letih dan pening. anyway guys, tq join n being together for this trip. sha tambah 5 orang kawan baru dan geng2 lain pun tambah sorang kawan baru. hehe. happy! happy!

Pulau Kapas short trip. ops candat! (Part 1)

Pulau Kapas short trip. ops candat! (Part 2)

0 comment:

Powered by Blogger.