Pulau Kapas short trip. ops candat! (Part 2)

5.5.2013

entri bersambung trip Pulau Kapas. kali ni stori candat sotong!

27.4.2013

setelah bergegas balik ke chalet (tq Pak Ya!) kami amik turn mandi. Pak Ya dah remind jangan lambat, sebab nak bertolak ke laut lepas asar. tapi namanya perempuan kan, pastu 7 orang bergilir mandi memang lambat la kan. betul2 siap pun kol 4.45 pm. dalam kol 5.00 pm baru lah kami sampai di LKIM Chendering. hailaaa, dah la jauh kan nak menapak. dari jauh dah nampak Pak Ya tunggu. hehe :-) jangan marah ye Pak Ya. walaupun Pak Ya bukan tekong kami, tapi Pak Ya tunggu jugak. hehehe :-)

rumah tumpangan kami
persediaan mencandat

sampai2 je kat jeti LKIM Chendering, memang jadi tumpuan la kan. satu sebab lambat dan satu lagi sebab semua perempuan. Pak Ya pun kata, kami 1st group semua perempuan pi mencandat ni. hahaha :-) pastu dengar gak la suara2 nakal yang cakap kami ni pi main2 je, belum separuh jalan mesti dah mabuk laut. cehhh. underestimate betul la abang2 nelayan ni kat we all. tak baik tau! takpe kami positif, yakin boleh!

pemandangan di jeti

1st challenge mula kat LKIM Chendering. ada ke nak turun ke bot, takde tangga! kena turun guna tayar yang disusun macam tangga. hailaa, silap langkah masuk laut la. tapi cabaran ni mudah je nak harung. hehe :-) naik je atas bot rasa excited nak mencandat dah membuak. lagi2 arina, yan, finaz n sha as first timer.

pose dulu
bot kami naik

perjalanan ke kandang sotong mengambil masa hampir 1 jam dari jeti LKIM Chendering. bila Pak Nasir confirm dengan lokasi bot untuk candat, kami pun mula persiapkan diri untuk mencandat. masa tu dah nak senja, tekong bro Kamal n Pak Nasir mula ajar kami macam mana nak operate gear candat dan cara mencandat yang betul.

gear candat

mencandat ni ada setengah orang kata macam kaut sampah. for me, mencandat bukan mudah. kena sabar, sabar, sabar dan yakin dengan rezeki Allah. kat tengah laut ni macam2 ada, kat bawah laut tu ada alam lain yang kita tak tau luas nya macam mana. tawakal je la, kalau ada rezeki adalah!

tunjuk skill

tapi rezeki Allah siapa yang boleh menduga. masing2 mula dapat sotong satu persatu. excited? Ya! memang excited la uols. ai n sha lambat sikit nak panaskan enjin. sha mendahului ai dapat sotong. ai pulak lama dah enjut baru nak merasa dapat sotong pertama. Alhamdulillah! agak tricky jugak sebenarnya nak tau sotong tersangkut kat umpan. kena feel beberapa kali baru yakin, ada sotong atau takde. huhuhu. 

sha in action
my first catch 
my best catch
                                          
bila dah ada sotong, pastu rasa lapar apa lagi yang patut kita buat eh? masak dan makan! wow wow, tahu tak macam mana rasa sotong fresh? manis dan rangup. ahahaha! nyum! nyum!

masak sotong!
sebelum masak
megi kari with sutun!
arina makan megi. slurrrp.

around 10 pm masing dah letih dan ngantuk (or mabuk laut?) semua orang tido except me! hahaha. memang ai takut la nak tido kan. dah la tengah laut, suasana suram je, bot plak teroleng2 bila kena hempas dengan ombak. ngeri nak tido. so ai berjaga selama 2 jam sementara semua orang tido. keadaan memang sepi dan suram je. nak mencandat dah letih n sotong pun tak mau timbul. hailaaaa. sudahnya ai menghayati je kesepian malam kat tengah2 laut. layan.

sunyi.kelam.suram

dalam kol 12 am, masing2 dah recharge. tapi dah sibuk nak balik plak. Pak Nasir tanya ai nak balik ke nak tukar lokasi? ai terus la kata nak tukar lokasi kan, takde maknanya nak balik awal. hahaha. lokasi baru pun syok gak. bro Kamal kata kalau dah tengah malam ni selalu dah takde sotong. tapi bila ai insist dan dapat sangkut seekor sotong maka dia pun mula pasang gear. hahaha.

champion candat sutun!

puas mencandat, dalam kol 3 am, kitaorang setuju nak balik chalet. ngantuk oiii. dalam kol 4 am kami sampai di LKIM Chendering. pastu yang parah nya kena panjat balik tayar aka tangga tu. memang buruk la rupanya memanjat tu. turun senang, naik... iskh.iskh.iskh. memang letih dibuatnya! nasib baik Pak Nasir n bro Kamal tumpangkan kami balik chalet. kalau tak lagi letih la menapak ke chalet.

sutun-sutun tangkapan kami

ok sampai chalet, masing2 beratur nak mandi sebab masing2 busuk bau sotong. pastu berebut plak nak tido. hailaaa sutun-sutun ni.

okey. mencandat was awesome, u guys should try. boleh visit Pak Ya blog's or just give a call/ sms Pak Ya 0199170708


tips dari bro Kamal: kalau nak mencandat pilih tarikh 1hb hingga 14hb bulan Islam, pilih tarikh ganjil dan bulan ganjil. contohnya bulan 5, tarikh 7hb bulan Islam

0 comment:

Powered by Blogger.