little kepochi chef in action. love

25.5.2013

hari untuk baking cookies. yeah! tapi hari ni cik kecik dah jadi little kepochi chef. hailaa, pening kepala mak long :-) sejak-sejak pandai jadi "parrot" ni lagi la mak long pening. ada je dia nak membebel. sekejap-sekejap dia datang kat mak long, sambil buat-buat sibuk kacau adunan cookies dan berkata (pelat) mak yong, ni yom macak kan?" (mak long, ini belum masak kan?). walapun obviously mak long angguk, auni still repeat soalan sama sehinggalah mak long sedar, rupanya auni tengah sibuk mencungkil keluar m&m's keluar dari adunan cookies untuk di ngap. haish, bertuah punya anak!





yeah klimaks cerita ni ialah auni makan adunan cookies yang belum bake tu. sambil berkata "mak yong, ni cedap laa" (mak long, ini sedap la). mak long tepuk dahi. iskh jangan la sakit perut little kepochi chef mak long ni. huhu :-)

0 comment:

Powered by Blogger.