candat ver 2.0, within 2 minggu. hahaha

18.5.2013

call me sutun madness! hahaha. yeah, ai pergi mencandat lagi kat tempat sama. hoho. kali ni sha ajak join family trip dia untuk mancandat. so semuanya sha yang uruskan, ai hanya sediakan diri nak p :-)

kronologinya, lepas balik kerja hari jumaat (yang hiba) ai cepat2 ke rumah adik sha kat sentul. kami dah pakat nak gather dengan semua family n geng sha kat sini. mula-mula plan nak p lepas subuh, so setelah macam-macam masalah teknikal kami mula gerak at 8.00 am. hahaha. layan je la kan. 

so geng candat kali ni consist of 5 lelaki n 4 perempuan

geng lelaki - busu, iwan, ijam (family sha) + roy (kawan sha) + wan (kawan busu)
geng perempuan- sha, shikin (adik sha), mas (cousin) n ai

kami gerak 2 kereta. so ai, sha n wan naik kereta myvi yang dipandu oleh Busu (tq Busu) yang lain2 naik kereta lagi satu. perjalanan yang agak panjang dan meletihkan walaupun buka ai drive. nasib la asik berenti2 so boleh la stretching mana-mana patut. memang time kami sampai kat LKIM Chendering tu ngam2 kol 4pm. so just on time!


LKIM Chendering

kali ni ai jumpa Pak Nasir n Pak Ya. lucky, diaorang masih ingat lagi kat kami. hahaha :-) memang happening la. Pak Ya pun tak sangka kami nak repeat candat dalam masa terdekat! kami deal bot dengan Pok Awang, sepatutnya kami naik bot lain, tapi Pok Awang berjaya buat internal changes so kami naik bot yang dipandu Pok Nasir. yeay!




bot to kandang sotong

masing-masing excited sebab first time nak p mencandat ka laut. zero experience kecuali sha n ai. hehehe :-)



kandang sotong

kami sampai agak awal kat kandang sotong around 5.30 pm. tapi arus memang deras, luar biasa tak sama macam experience lepas. nak mencandat pun agak susah sebab tali umpan menjauh dari target asal iaitu dasar laut. haish. sutun? nan ado yang berjaya ditangkap.

memang frust, tapi teringat kata sorang kawan, dia kata dapat tangkap hasil kat laut ni semua rezeki, kalau ada rezeki Allah nak bagi, maka adalah! so buang jauh2 perasaan frust dan teruskan mencandat. dalam kol 8.00pm masing dah terkena mabuk laut. dah terbaring semua orang. iwan n busu still lepaskan candat tapi dah berbaring! hahaha. lawak ke der la korang ni. tinggal ai dengan pok nasir je. 

ai teruskan mencandat, dan Alhamdulillah dapat tangkap sotong walaupun arus deras. memang confius nak bezakan berat umpan with sotong dan berat umpan lawan arus. selalu instinct salah. dalam kol 10 pm Pok Nasir pun tido ikut jadual, yang lain2 still baring. kadang2 wan bangun gak tapi tak lama masing2 tak tahan ngan bot teroleng2.

ai masih setia mencandat. bukan sebab madness, ai takut tak bersebab. selalu nak imagine yang lebih2 kan, macam nanti lanun datang or ikan besar kuar dari laut? lol la kan. hahaha. sudahnya ai melawan rasa ngantuk dan mencandat sambil layan perasaan ditemani bintang-bintang. layan jiwa beb. air masa tu dah agak tenang so masa ni ai berjaya angkat naik 5 sotong! puas hati :-) 

around kol 1 am, Pok Nasir dah bangun. as usual geng lain masih layan mabuk laut. busu, iwan, ijam n wan ada bangun secara tak konsisten nak tengok umpan diaorang. Pok Nasir memang hebat la, lepas dia bangun je sotong2 berebut2 naik, besar2 lak tu. ai plak sibuk nak goreng sotong (mission candat 2.0 - masak sotong goreng tepung atas bot) so ai rajin2 p gunting sotong n gaul dengan tepung, pastu minta sha goreng. hwwt katanya.


dalam kol 3.30 am, ai pun ajak Pok Nasir balik. hehehe dari layan orang mabuk laut kan. Pok Nasir pun kata cuaca macam nak ribut so cepat2 kami kemas barang. dalam kol 4.30 kami sampai kat jeti. Alhamdulillah. oleh kerana hasil sotong ala-ala, Pok Nasir telah hadiahkan sotong yang dia candat kepada geng kami. Alhamdulillah! ni rezeki namanya!

memang masing2 muka penat n ngantuk, tapi herannya lepas je balik darat, segar bugar je semua. hahaha. sah la korang memang mabuk laut. siap camping lagi atas jalan sebelah surau makan sotong goreng tepung tadi, masing2 lapar. tau takpe kan. sape soh tido atas bot tadi.

19.5.2013

hari untuk pulang, tapi sempat lagi kami nak menyinggah Pasar Payang kat KT. memang rambang mata kalau datang sini. ngeri je tengok harga2 kain. hahaha. habis cuci mata around 12pm, kami pun mulakan perjalanan nak balik. as usual, banyak stop kali ni. hahaha. sekali sekala kan lagipun bukan ai yang drive :-)




ai sampai rumah betul2 jam 11.30 pm. tq wan sebab tumpangkan balik. nasib ada jiran berdekatan. 

Alhamdulillah, trip kali ni berbeza dengan cara yang lain. walaupun pada mulanya ai hanya kenal sha, now ai add 8 orang dalam kamus hidup :-)

so guys, thank you so much!

0 comment:

Powered by Blogger.