PT by Asilah #7: E-flip Album Pixajoy

28.5.2013

salah satu sebab kenapa ai suka guna Pixajoy ialah Pixajoy ada e-flip album. apa tu e-flip album? kalau korang teringin nak tengok hasil photobook korang secara online, dan nak share dengan kaum keluarga, sahabat handai, peminat dan haters, e-flip album la jawapannya :-)

hari ni ada orang cari tentang e-flip album. tak tahu nak cari kat mana? it's okay, ai tunjuk step by step. btw, korang boleh gak view e-flip ai kat sebelah kiri blog ni. klik mana-mana link e-flip album yang korang suka :-)

tq cari keyword ni n drop by kat blog ai. next time say hi k! hehe :-)

PT by Asilah #7

subject: e-flip album by Pixajoy

1. sign in account Pixajoy

2. untuk dapatkan e-flip album pastikan korang dah submit order dan file korang telah complete upload. 

3. untuk e-flip album muncul di tab ALBUM, sila bersabar selama 24-36 jam working hours selepas korang upload file photobook. hehehe. tapi don't worry, lately cepat je Pixajoy crew upload e-flip album

4. untuk view pergi ke tab ALBUM. klik kat e-flip album yang korang nak view


5. pastu e-flip album akan open di new window. now, boleh lah view e-flip album dengan jayanya. 


6. kalau korang nak share album tu kat fb/blog/etc, just klik kat copy link pastu korang paste la mana-mana korang suka. simple kan.

okay. happy viewing e-flip album.

PT by Asilah #6: Menulis di Tetulang Photobook

27.5.2013

baik lah mari kita bersambung dengan tutorial yang telah dilupakan sekian lama. huhu. untuk korang yang menggunakan produk hardcover Pixajoy, seperti Cool Image Wrap (ni yang ai sure sebab fan no 1 CIW) dan Stylish Layflat Hardcover JANGAN LUPA catatkan sesuatu pada tetulang photobook korang :-)

PT by Asilah #6

subject: Jom menulis ditetulang photobook (Cool Image Wrap 8"x8")

1. seperti biasa open Pixajoy Editor dan project file

2. di ruang yang berlorek merah itu ialah yang ai namakan tetulang. tak sure apa term yang betul :-p

3. untuk menulis di kawasan tetulang, sila insert text box. double klik untuk masukkan perkataan yang diingini. korang boleh pilih untuk tulis secara 

a) menegak iaitu dengan masukkan satu huruf, enter, masuk lagi huruf; atau
b) mendatar iaitu dengan taip seperti biasa, klik dot (di bulatan hijau tu) dan pusingkan mengikut arah jam/ lawan jam. ikut suka laa.

4. adjust text box; resize supaya text box berada di tengah2 tetulang. lokasi mana nak letak text box terpulang kepada korang :-)


5. okay, sepatutnya korang akan dapat hasil begini. jika dapat hasil lain, sila cuba lagi :-)


contoh visual dari koleksi photobook ai


6. method yang sama boleh diaplikasi kepada tetulang photobook pelbagai saiz Cool Image Wrap atau Stylish  Layflat Hardcover

7. selamat mencuba :-)

tiba-tiba rasa glamer. siapakah yang mencari blog ku? say hi, ya!

27.5.2013

terima kasih kerana melawat, mencari dan men men lain. say hi lah! ada kegilaan photobook yang sama? like, like n like!

cookies: mix of recipes. hailaaa.

25.5.2013

pernah tak korang nak buat cookies guna resepi baru, pastu rasa cam tak ok je, pastu korang berbalik semula ke resepi yang korang selalu pakai dan campur je ngan adunan resepi baru tadi?

tup-tup, cookies tu jadi rasa yang paling best yang korang cari-cari? dalam dilema dibuatnya, adakah kena create resepi extra baru dengan menggabungkan resepi baru+resepi sedia ada atau lupakan sahaja? 

iskh cookies tu memang rasa sedap. hmm. 






buktinya ai bawa 1 bekas tu p office dan ajak2 orang makan dan hasilnya tinggal beberapa keping boleh dikira. sedap la tu kot. tapi camne nak repeat resepi ni? haish!

little kepochi chef in action. love

25.5.2013

hari untuk baking cookies. yeah! tapi hari ni cik kecik dah jadi little kepochi chef. hailaa, pening kepala mak long :-) sejak-sejak pandai jadi "parrot" ni lagi la mak long pening. ada je dia nak membebel. sekejap-sekejap dia datang kat mak long, sambil buat-buat sibuk kacau adunan cookies dan berkata (pelat) mak yong, ni yom macak kan?" (mak long, ini belum masak kan?). walapun obviously mak long angguk, auni still repeat soalan sama sehinggalah mak long sedar, rupanya auni tengah sibuk mencungkil keluar m&m's keluar dari adunan cookies untuk di ngap. haish, bertuah punya anak!





yeah klimaks cerita ni ialah auni makan adunan cookies yang belum bake tu. sambil berkata "mak yong, ni cedap laa" (mak long, ini sedap la). mak long tepuk dahi. iskh jangan la sakit perut little kepochi chef mak long ni. huhu :-)

complaint to Pixajoy: L.A.S.T

26.5.2013

maintaining a good customer service is a key to a sucsessful business. so, complaint adalah perkara yang sangat dialu-alukan. so berbalik kepada complaint ai dalam post ni, so ai nak share L.A.S.T experience with Pixajoy.

L.A.S.T adalah cara untuk solving customer complaint yang ai belajar masa zaman keja kfc dulu. so, prinsip ni amat praktikal untuk di guna pakai dalam kehidupan seharian terutama untuk orang yang keja tak habis berdepan dengan ragam manusia. yeah!

L - Listen
A - Apologize
S - Satisfy
T - Thank

21.5.2013, 9.50 pm

ai telah complaint kepada Pixajoy. details complaint dalam post ni

22.5.2013, 12.10 pm

Siang telah reply email ai. rupanya lupa nak attach pic. iskh


23.5.2013, 4.40 pm

selepas ada missed call dari Pixajoy ai terus return call. unfortunately yang angkat bukan Siang, so memang panjang lebar la nak terangkan. last2 dia surrender n pass line to Siang. bila Siang tahu ai call cepat2 dia kata sorry n aware yang photobook ai n arina tertukar cover n content. ai pun tanya la Siang, tak kan takde quality check sebelum produk hantar kepada customer. Siang kata ada quality control, tapi mungkin sebab overlook atau confused maka terjadi lah masalah. hmm

Siang offer untuk reprint photobook ai n Arina semula. tapi ai reject sebab ai n Arina boleh exchange je photobook kitaorang. so in return ai tanya Siang, so apa yang u offer ai? hahaha. customer kan.

Siang kata, nanti dia check dengan management. mungkin boleh bagi special offer ke apa. so call ended

24.5.2013, 4.00 pm

Siang call lagi! dia kata management setuju untuk offer RM 15.00 photobook credit. yeay! Siang tanya, OK ke? so ai pun agree je la, lagipun yang penting service Pixajoy akan lebih baik n quality system will be improve. 

so itulah dia pengalaman L.A.S.T dengan Pixajoy! ok :-)

dalam diam-diam tersiapkan satu lagi draf photobook: candat 2.0

25.5.2013

baik lah sebenarnya sha yang nak siapkan photobook candat 2.0 ni. ye, ye ai tahu, dek kerana takde aktiviti maka ai telah create new photobook project candat 2.0. ni gara-gara sha nak tengok macam mana rupa photobook ruff&tuff debossed hardcover 11 x 8.5 landscape. rasa-rasa sha macam tak sempat nak buat pb ni sebab dia tengah bz nak kawin, maka ai buat untuk dia. kalau ai nak print sendiri, ai kena susun balik n ubah to size 8 x 8 cool image wrap.

as usual, gambar sikit, so project ni amik masa 2 and 1/2 day.

pb proof seperti berikut













complaint to Pixajoy 2/2013

21.5.2013

iskh, patut la pb (photobook) ni sampai lambat dari tarikh sepatutnya dihantar delayed 2 hari. rupa-rupanya ada defect. ni la akibatnya kalau submit pb tapi 7 orang ada design sama. haish. kalau sampai hari jumaat hari tu mesti lagi bengang. choyyy je.

tapi ai dah amik precautions action apa! setiap pb yang nampak "look a like" tu semua ada different header and footer kat cover, plus semua pb submit guna account masing-masing. so memang tak boleh nak accept la kesalahan yang sama berulang. nasib baik pb ai n arina je yang hadapi masalah ni. iskh.

masalah yang ai hadapi ialah pb kapas ai sampai dengan cover design yang ai pilih, tapi contect pb arina plak. memang la rasa nak marah. as usual ai tulis la email complaint. oleh kerana ai dah experienced problem ni sebanyak 2 kali, i really nak tau apa yang Pixajoy buat to ensure customer receive accurate order (serpihan dari complaint email):

1. Is there any quality check before end product sent to customer? 
2. How you guys ensure customer receive their order correctly?
3. How exactly you guys can prevent same problem to reoccur in future? 

haaa, mantan QA katanya kan. kadang-kadang annoyed jugak la dengan benda2 macam ni. sebab dah excited tunggu pb alih2 sampai pb yang ada defect lak. so macam mana agaknya, Pixajoy tackle my issue ni? what i expect ya? hmmm.  

bear in mind, i choose to complaint because i love Pixajoy printing and photobook quality. so complaint is always an opportunity for improvement :-)

chef atau tester?

20.5.2013

susah gak nak explain kat orang food technologist/ahli teknologi makanan tu buat keja apa. bila ai across pic ni, baru la faham, kenapa orang asik kata "ooohhh, mesti pandai masak ni" lebih haru bila ai bersikap teliti tentang rasa makanan ramai yang akan kata "takpe percaya je la kat dia, dia kan tester?"

untuk ai label chef tu lagi berat daripada tester. chef? erk. huhuhu. patut la ada orang tu buat muka terkejut bila ai kata:

dia: amik la ni, boleh masak kat umah
ai: eh ai masak kat kedai la, mana masak kat umah. 
dia: (dengan muka baik) tapi kan food tech,tak kan tak masak? kan terror.
ai: lol. huhu


5.00 by RR

20.5.2013


hari ni rasa tersuka nak dengar lagu ni. pastu mata terlekat pada satu quote pada minit 4.44 :-) berusahalah!

"kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian dan keberanian untuk berusaha menjadikannya kenyataan"

candat ver 2.0, within 2 minggu. hahaha

18.5.2013

call me sutun madness! hahaha. yeah, ai pergi mencandat lagi kat tempat sama. hoho. kali ni sha ajak join family trip dia untuk mancandat. so semuanya sha yang uruskan, ai hanya sediakan diri nak p :-)

kronologinya, lepas balik kerja hari jumaat (yang hiba) ai cepat2 ke rumah adik sha kat sentul. kami dah pakat nak gather dengan semua family n geng sha kat sini. mula-mula plan nak p lepas subuh, so setelah macam-macam masalah teknikal kami mula gerak at 8.00 am. hahaha. layan je la kan. 

so geng candat kali ni consist of 5 lelaki n 4 perempuan

geng lelaki - busu, iwan, ijam (family sha) + roy (kawan sha) + wan (kawan busu)
geng perempuan- sha, shikin (adik sha), mas (cousin) n ai

kami gerak 2 kereta. so ai, sha n wan naik kereta myvi yang dipandu oleh Busu (tq Busu) yang lain2 naik kereta lagi satu. perjalanan yang agak panjang dan meletihkan walaupun buka ai drive. nasib la asik berenti2 so boleh la stretching mana-mana patut. memang time kami sampai kat LKIM Chendering tu ngam2 kol 4pm. so just on time!


LKIM Chendering

kali ni ai jumpa Pak Nasir n Pak Ya. lucky, diaorang masih ingat lagi kat kami. hahaha :-) memang happening la. Pak Ya pun tak sangka kami nak repeat candat dalam masa terdekat! kami deal bot dengan Pok Awang, sepatutnya kami naik bot lain, tapi Pok Awang berjaya buat internal changes so kami naik bot yang dipandu Pok Nasir. yeay!




bot to kandang sotong

masing-masing excited sebab first time nak p mencandat ka laut. zero experience kecuali sha n ai. hehehe :-)



kandang sotong

kami sampai agak awal kat kandang sotong around 5.30 pm. tapi arus memang deras, luar biasa tak sama macam experience lepas. nak mencandat pun agak susah sebab tali umpan menjauh dari target asal iaitu dasar laut. haish. sutun? nan ado yang berjaya ditangkap.

memang frust, tapi teringat kata sorang kawan, dia kata dapat tangkap hasil kat laut ni semua rezeki, kalau ada rezeki Allah nak bagi, maka adalah! so buang jauh2 perasaan frust dan teruskan mencandat. dalam kol 8.00pm masing dah terkena mabuk laut. dah terbaring semua orang. iwan n busu still lepaskan candat tapi dah berbaring! hahaha. lawak ke der la korang ni. tinggal ai dengan pok nasir je. 

ai teruskan mencandat, dan Alhamdulillah dapat tangkap sotong walaupun arus deras. memang confius nak bezakan berat umpan with sotong dan berat umpan lawan arus. selalu instinct salah. dalam kol 10 pm Pok Nasir pun tido ikut jadual, yang lain2 still baring. kadang2 wan bangun gak tapi tak lama masing2 tak tahan ngan bot teroleng2.

ai masih setia mencandat. bukan sebab madness, ai takut tak bersebab. selalu nak imagine yang lebih2 kan, macam nanti lanun datang or ikan besar kuar dari laut? lol la kan. hahaha. sudahnya ai melawan rasa ngantuk dan mencandat sambil layan perasaan ditemani bintang-bintang. layan jiwa beb. air masa tu dah agak tenang so masa ni ai berjaya angkat naik 5 sotong! puas hati :-) 

around kol 1 am, Pok Nasir dah bangun. as usual geng lain masih layan mabuk laut. busu, iwan, ijam n wan ada bangun secara tak konsisten nak tengok umpan diaorang. Pok Nasir memang hebat la, lepas dia bangun je sotong2 berebut2 naik, besar2 lak tu. ai plak sibuk nak goreng sotong (mission candat 2.0 - masak sotong goreng tepung atas bot) so ai rajin2 p gunting sotong n gaul dengan tepung, pastu minta sha goreng. hwwt katanya.


dalam kol 3.30 am, ai pun ajak Pok Nasir balik. hehehe dari layan orang mabuk laut kan. Pok Nasir pun kata cuaca macam nak ribut so cepat2 kami kemas barang. dalam kol 4.30 kami sampai kat jeti. Alhamdulillah. oleh kerana hasil sotong ala-ala, Pok Nasir telah hadiahkan sotong yang dia candat kepada geng kami. Alhamdulillah! ni rezeki namanya!

memang masing2 muka penat n ngantuk, tapi herannya lepas je balik darat, segar bugar je semua. hahaha. sah la korang memang mabuk laut. siap camping lagi atas jalan sebelah surau makan sotong goreng tepung tadi, masing2 lapar. tau takpe kan. sape soh tido atas bot tadi.

19.5.2013

hari untuk pulang, tapi sempat lagi kami nak menyinggah Pasar Payang kat KT. memang rambang mata kalau datang sini. ngeri je tengok harga2 kain. hahaha. habis cuci mata around 12pm, kami pun mulakan perjalanan nak balik. as usual, banyak stop kali ni. hahaha. sekali sekala kan lagipun bukan ai yang drive :-)




ai sampai rumah betul2 jam 11.30 pm. tq wan sebab tumpangkan balik. nasib ada jiran berdekatan. 

Alhamdulillah, trip kali ni berbeza dengan cara yang lain. walaupun pada mulanya ai hanya kenal sha, now ai add 8 orang dalam kamus hidup :-)

so guys, thank you so much!

(work) rejection. cancelled. annoyed.

17.5.2013

hari yang sepatutnya kena rasa marah tapi macam takde perasaan nak marah. kadang2 ai rasa ai ni hati dah kering, kena marah bertubi-tubi pun masih nak pretend cool. hah

kisahnya, work mode on!

tinggal lagi 4 hari nak event, termasuk weekend, tiba2 katerer cancel nak bagi service on day event. alasannya we request too much dan last minute? sebab nya sangat mudah dan rasanya telah disalah tafsir oleh encik katerer

1. some of pekerja takde sijil pengendali makanan
2. some of pekerja takde typhoid injection

to be in business, small scope in food business, please guys put some effort. ai pernah ada dalam line fast food n food industry. 2 benda ni simple je nak dapat tapi kenapa tak boleh provide? pastu sebab encik katerer bengang, senang2 hantar sms nak cancel perkhidmatan on day event!

marah

encik katerer bukan sahaja telah marah ai selama 20 min secara bertubi2. tapi setelah disiasat encik katerer juga telah marah officer yang bertanggungjawab untuk buat inspection. apakah? 

rejection

dah la marah2 pastu asik ugut. setakat event 200 orang nak mintak macam2 baik cancel je. so?

cancelled

encik katerer telah kirimkan sms lewat petang jumaat. walaupun sms ada "salam" tapi inputnya memang menyakitkan hati

annoyed

yup, easily senang je nak rasa annoying dengan orang-orang macam ni

sudahnya, ai terima sms tanpa balas. nak cancel sangat kan. tapi keadaan sebenar memang membuat ajk penyediaan makanan macam nak pengsan n speechless. hoi dah weekend! sapa nak buat katering kalau masa dah suntuk!

18.5.2013

hari ni sepatutnya bertolak ke terengganu dengan perasaan yang tenang. tapi risau plak bertubi2 mengenangkan katerer untuk day event masih belum dapat. puan n kak piza cuba call macam2 katerer tapi semua bagi alasan sama. 

1. last minute!
2. tak sempat!

agaknya ramai yang berdoa dan Allah telah makbulkan. DIA telah gerakkan hati salah seorang katerer untu bantu kami. Alhamdulillah. 

masalah katerer selesai betul2 sebelum ai reach jeti LKIM Chendering buat kali kedua. Alhamdulillah! TQVM puan n kak piza :-)

kesimpulan

kalau buat bisnes makanan tu pastikan staff ada sijil pengendali makanan n typhoid. i know kedai mamak, gerai tepi jalan bukan ada pun semua tu kan? tapi business korang bukan low class kan, so bertanggungjawab sikit. i bet kedai mamak n gerai tepi jalan tu lagi ada benda2 tu semua!

e-flip album pulau kapas. candat 1.0

15.5.2013

tadaa. presenting e-flip pulau kapas :-) klik link to browse whole photobook!


auni & qila. happy sisterhood!

13.5.2013

rindu lak kat budak2 ni. hehe :-) hugs n kisses from mak long. love u both! happy sisterhood n jangan gaduh2 k!

yes! berjaya memunculkan keyword "pixajoy"

13.5.2013

hari ini dalam sejarah untuk negara (13.5.1969) peringatan untuk menghargai keamanan, kedamaian dan persaudaraan.

hari ini juga dalam sejarah bila buka nuffnang n intai keyword. YES! dah ada orang buka blog ai untuk carian Pixajoy. hehe :-) syabas!

Pixajoy photobook

photobook Malaysia vs Pixajoy


thank you to u guys n silent reader too! hahaha :-)

p/s: baru siap submit pb kapas untuk anis, pnaz, yan, arina & ai. pb emel belum lagi sebab takde voucher. sha pulak waktu ni la dia lupa password n id account pixajoy dia. haish.

ok! done with proof photobook Pulau Kapas

12.5.2013

ai mula draft pb since 6.5.13 tapi oleh kerana pic dari arina tak hanya sampai on last week, maka pb ni baru menunjukkan bayang-bayang nak siap. tapi malangnya trip kapas lepas kami tak gila bergambar maka agak susah gak la nak memenuhkan photobook 50 pg ni. haish. 

tapi takpe. pb dah hampir siap 90%. enjoy some proofs.









Powered by Blogger.