wassup. kata-kata boleh dimaafkan, tapi tidak mudah dilupakan

20.4.2013


pagi ni dengan berani nya ai menyuarakan perasaan tak puas hati dan rasa terganggu dek kebelakangan ni wassup group penuh dengan kempen politik yang macam-macam. tapi mesej yang ai cuba sampaikan gagal diterima. akhirnya, ai pula terkesan dengan kata-kata sinis, sindiran dan double meaning oleh ahli group wassup.

yeah, kata lah ai emosi atau apa sahaja. tapi jujurnya ai cuma minta, wall group tak dipenuhi dengan isu kempen, sebab pendapat kita berbeza. takut ada yang terasa ke or tersinggung. tapi kata2 korang bukannya memberikan ketenangan tapi menambah gigil tangan tahan marah. tahukah korang, kata-kata boleh dimaafkan, tapi sukar untuk dilupakan?

hari ni ai nak buat catatan kat sini sebagai peringatan. ai nak ingat kata-kata korang satu-satu. biar puas hati. tapi ni baru sebahagian je... 

1. kerja dakwah bukan hanya tanggungjawab ulama, tapi tanggungjawab semua umat Islam. kempen untuk perkuatkan Islam yang sebenar juga bukan tanggungjawab calon sahaja, tapi tanggungjawab semua ummat yang mengaku Islam - A

2. ABC, statement DEF ni bagus gila- buat macam tengok berita tv3, nak dengar tengok, tak nak biarkan je pemberita tu buat keja dia- A

3. rasa2, most of us berpendidikan. so, better amek orang punya pendapat, pandangan dengan otak dari dengan emosi- R

4. aku tak nak keruhkan keadaan tapi xde sape pun yang tak hormat sapa2. benda memang orang tak sama pendapat. tapi collective perbezaan pendapat tu la yang boleh buat kita berfikir- R

5. imam 4 mazhab pun selisih pendapat, mufti 14 negeri kat malaysia pun selisih pendapat setiap jawatankuasa syariah bersidang, selisih pendapat lah yang mencipta fatwa/ hukum menyelesaikan masalah. yang tak tau jadi tau, yang tak faham jadi faham- W

sepanjang hari ai fikir, tak cukup Islam ke bila ai tak kempen atau "dakwah" dan ai takde otak ke sampai korang kata better amik pendapat dengan otak? wtf?

apa yang ai minta cuma, bebaskan wall group kita dari kempen atau dakwah korang tu. dan henti2 kan lah buat orang rasa tersinggung bila tak sependapat dengan korang.

banyak sangat bunyi, pergi jadi calon pilihanraya. jangan propa sangat.

kesimpulan dari isu ni dan setelah dipertimbangkan, dengan suka hati nya ai telah request moderator untuk remove kan ai dari group. rasa tenang dan  lebih bahagia. 

0 comment:

Powered by Blogger.