PT by Asilah #5: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 3)

19.4.2013

hai uols. mari kita sambung tutorial photobook. hehe. hari ni kita belajar sikit tentang scrapbook, background, dan text box.

untuk tutorial Pixajoy Editor yang terdahulu sila refer link berikut Part 1 (intro) dan Part 2 (picture box)

PT by Asilah #5

subject: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 3)

1. seperti biasa open Pixajoy Editor dan project file

2. hari ni kita akan habiskan belajar menu2 yang berada dibawah papan kerja. dalam post PT by Asilah #4, kita dah tau cara-cara untuk apply Page Styles, Mask dan Frame. next kita belajar menu Scrapbook dan Background

3. Background ni bagi ai penting untuk cantikkan page photobook kita. ye la kalau plain putih je mesti tak ceria unless kalau kita buat photobook korporat la kan. di Pixajoy Editor dah ada pelbagai background yang menarik korang boleh guna.

4. kat menu Background, pilih background yang berkenan dan drag background ke page yang berkenaan. untuk remove background click kanan (mouse) dan pilih "remove background"


5. bagi yang lebih advance, korang boleh add background dari website yang offer free background for scrapbook. untuk cara-cara, klik post tutorial designer background :-)

6. Scrapbook ni adalah additional item yang kita boleh add di page photobook kita supaya page kita tak boring. hehehe. nak apply senang je. just drag scrapbook item yang kita suka ke page photobook.


7. tadaa, dah pandai guna semua menu di baah papan kerja kan. syabas!

8. now, move to text box. haaa, page tanpa coretan pasti tak menarik. so, korang boleh add text box untuk catat nama tempat, aktiviti dll. caranya, klik pada Add text box.


9. bila dah appear text box, double klik pada text box untuk taip perkataan yang korang nak, pilih saiz, jenis font dan set alignment. 


10. text box ni boleh resize dan relocate mengikut kreativiti masing-masing.


11. untuk yang lebih advance, korang boleh google "designer font" untuk add jenis font baru dalam pc korang. kalau korang google memang rambang mata nak pilih font. hehe. untuk cara-cara boleh klik post tutorial designer font :-)

ok, dah faham semua. bagus. hah, apa lagi, mulakan photobooking!

0 comment:

Powered by Blogger.