kemaskini kisah pemulangan photobook ke Pixajoy

18.4.2013


susulan dari entri pulangkan semula photobook ke Pixajoy, ai nak update sikit stori mori customer service Pixajoy ni. kronologinya adalah seperti berikut:

14.4.2013 (ahad)

setelah ai confirm photobook Sara pun ada defect- guna cover photobook Emel, maka ai terus email Siang inform yang sah photobook Sarah dan Emel bertukar cover. 

15.4.2013 (isnin)

Siang call inform yang dia dah pun arrange Skynet untuk collect semula photobook Emel dan Sara. 

16.4.2013 (selasa)

1. good job untuk Skynet Dungun sebab janji ditepati. Skynet collect photobook Sara kat Dungun

2. untuk kes ai pulak, Skynet tak muncul2. Siang email bagitau ada masalah kat Skynet branch. Siang minta ai hantar barang ke Skynet. so ai have no idea kat mana plak Skynet branch yang terdekat. iskh. 

17.4.2013 (rabu)

Siang email dia kata photobook Sara dah sampai. Pixajoy akan start printing semula photobook Sara. wow!

18.4.2013 (khamis)

Aik email ai inform yang photobook Sara expect untuk receive on 24.4.2013

yeah itu sahaja kronologi setakat hari ni. photobook Sarah in progress - bagus juga hantar asing2 kang confius lagi hehehe. photobook emel masih berkepam dalam bilik ai. aisey bila nak hantar ni uols?

secara kesimpulannya, ai berpuas hati dengan customer service Pixajoy ni. walaupun photobook Emel masih tersangkut, tapi ai tahu yang Pixajoy ada effort untuk arrange Skynet untuk collect photobook Emel. unfair la kalau kata service tak bagus sebab photobook Sara tengah reprinting oii. to Siang and Aik, thank you and keep up a good work!

Malaysia boleh! (tiba-tiba :-p)

0 comment:

Powered by Blogger.