there is always a reason....

30.4.2013

untuk rekod, akhirnya blog ai berjaya dijejak oleh pixajoy maniac. hehehe. thank you for drop by :-) now lebih excited untuk taip tutorial. yeah!


anak buah baru n it's a girl!

25.4.2013

maghrib tadi lia call. 

lia: kak ko tau kak anis dah bersalin?
me: hah, tak tau. mak tak bagi tau pun
lia: baby girl tau. hehe :-)

maka ai pun cepat-cepat call mak

me: mak kenapa tak bagitau adik dah bersalin?
mak: ntah, mak pun suprise. tiba2 dia call kata dah ada kat bawah rumah. bila turun dah ada baby
me: huh? bila dia bersalin?
mak: semalam kot (24/4/13)
me: hailaa, adikku!

how is it Auni lil sister? mak kata muka macam Auni tapi pipi tak cukup lebar. pastu kecik sket. oh, dah ada 2nd anak buah. both are girl. as long as baby sihat, semuanya pasti ok.

now ada 1 persamaan mak dan adik, their 1st n 2nd baby were girl! hahaha :-) n persamaan atuk mak ngan baby girl they are April baby! untung laaaaa. 

baby pic? takde. jangan la mak ai ni still pantang2 tak bley amik gambar baby. iskh.

off peak data quota=maaduu time!

21.4.2013

phew. lama gak meninggalkan aktiviti layan drama korea kat maaduu.com kan? oleh kerana ada off peak data plan yang 15GB and it's weekend, maka jom layan drama korea!

so maaduu la harapan ku :-) movie yang ai pilih? 16 episod Ido, I do. hehehe :-)


drama ni best la jugak. boleh layan. kan best kalau jumpa dr tu. hahaha.

wassup. kata-kata boleh dimaafkan, tapi tidak mudah dilupakan

20.4.2013


pagi ni dengan berani nya ai menyuarakan perasaan tak puas hati dan rasa terganggu dek kebelakangan ni wassup group penuh dengan kempen politik yang macam-macam. tapi mesej yang ai cuba sampaikan gagal diterima. akhirnya, ai pula terkesan dengan kata-kata sinis, sindiran dan double meaning oleh ahli group wassup.

yeah, kata lah ai emosi atau apa sahaja. tapi jujurnya ai cuma minta, wall group tak dipenuhi dengan isu kempen, sebab pendapat kita berbeza. takut ada yang terasa ke or tersinggung. tapi kata2 korang bukannya memberikan ketenangan tapi menambah gigil tangan tahan marah. tahukah korang, kata-kata boleh dimaafkan, tapi sukar untuk dilupakan?

hari ni ai nak buat catatan kat sini sebagai peringatan. ai nak ingat kata-kata korang satu-satu. biar puas hati. tapi ni baru sebahagian je... 

1. kerja dakwah bukan hanya tanggungjawab ulama, tapi tanggungjawab semua umat Islam. kempen untuk perkuatkan Islam yang sebenar juga bukan tanggungjawab calon sahaja, tapi tanggungjawab semua ummat yang mengaku Islam - A

2. ABC, statement DEF ni bagus gila- buat macam tengok berita tv3, nak dengar tengok, tak nak biarkan je pemberita tu buat keja dia- A

3. rasa2, most of us berpendidikan. so, better amek orang punya pendapat, pandangan dengan otak dari dengan emosi- R

4. aku tak nak keruhkan keadaan tapi xde sape pun yang tak hormat sapa2. benda memang orang tak sama pendapat. tapi collective perbezaan pendapat tu la yang boleh buat kita berfikir- R

5. imam 4 mazhab pun selisih pendapat, mufti 14 negeri kat malaysia pun selisih pendapat setiap jawatankuasa syariah bersidang, selisih pendapat lah yang mencipta fatwa/ hukum menyelesaikan masalah. yang tak tau jadi tau, yang tak faham jadi faham- W

sepanjang hari ai fikir, tak cukup Islam ke bila ai tak kempen atau "dakwah" dan ai takde otak ke sampai korang kata better amik pendapat dengan otak? wtf?

apa yang ai minta cuma, bebaskan wall group kita dari kempen atau dakwah korang tu. dan henti2 kan lah buat orang rasa tersinggung bila tak sependapat dengan korang.

banyak sangat bunyi, pergi jadi calon pilihanraya. jangan propa sangat.

kesimpulan dari isu ni dan setelah dipertimbangkan, dengan suka hati nya ai telah request moderator untuk remove kan ai dari group. rasa tenang dan  lebih bahagia. 

PT by Asilah #5: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 3)

19.4.2013

hai uols. mari kita sambung tutorial photobook. hehe. hari ni kita belajar sikit tentang scrapbook, background, dan text box.

untuk tutorial Pixajoy Editor yang terdahulu sila refer link berikut Part 1 (intro) dan Part 2 (picture box)

PT by Asilah #5

subject: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 3)

1. seperti biasa open Pixajoy Editor dan project file

2. hari ni kita akan habiskan belajar menu2 yang berada dibawah papan kerja. dalam post PT by Asilah #4, kita dah tau cara-cara untuk apply Page Styles, Mask dan Frame. next kita belajar menu Scrapbook dan Background

3. Background ni bagi ai penting untuk cantikkan page photobook kita. ye la kalau plain putih je mesti tak ceria unless kalau kita buat photobook korporat la kan. di Pixajoy Editor dah ada pelbagai background yang menarik korang boleh guna.

4. kat menu Background, pilih background yang berkenan dan drag background ke page yang berkenaan. untuk remove background click kanan (mouse) dan pilih "remove background"


5. bagi yang lebih advance, korang boleh add background dari website yang offer free background for scrapbook. untuk cara-cara, klik post tutorial designer background :-)

6. Scrapbook ni adalah additional item yang kita boleh add di page photobook kita supaya page kita tak boring. hehehe. nak apply senang je. just drag scrapbook item yang kita suka ke page photobook.


7. tadaa, dah pandai guna semua menu di baah papan kerja kan. syabas!

8. now, move to text box. haaa, page tanpa coretan pasti tak menarik. so, korang boleh add text box untuk catat nama tempat, aktiviti dll. caranya, klik pada Add text box.


9. bila dah appear text box, double klik pada text box untuk taip perkataan yang korang nak, pilih saiz, jenis font dan set alignment. 


10. text box ni boleh resize dan relocate mengikut kreativiti masing-masing.


11. untuk yang lebih advance, korang boleh google "designer font" untuk add jenis font baru dalam pc korang. kalau korang google memang rambang mata nak pilih font. hehe. untuk cara-cara boleh klik post tutorial designer font :-)

ok, dah faham semua. bagus. hah, apa lagi, mulakan photobooking!

beli rumah=financial ketat

19.4.2013

sampai-sampai opis, atas meja ada borang perumahan penjawat awam 1 malaysia. hailaaa. apakah? oleh kerana ai a bit tercicir hal ni maka ai google. oooooh, pasal beli rumah untuk kakitangan awam kerajaan rupanya. 

pastu nak buat apa dengan borang? nak isi? jika isi mungkin ada rezeki dapat masa undian nanti, untung laaa. tapi bersediakah daku dengan hutang piutang yang melampau? haish. sekarang pun dah cukup2 makan je kak ton. nak bayar rumah? tersedak ai ols!

ada 3 pilihan saiz rumah. semua rumah atas angin. ok la kan.

1000 kaki persegi
1200 kaki persegi
1500 kaki persegi

harga? tak la murah mana. yang 1000 kaki persegi range from rm150k to rm220k. haaa, ada duit banyak tu. nan ado. nak buat loan gomen, kalau esok nak beli banglo (cita-cita) rugi plak tak bley loan gomen. nak buat loan di institusi perbankan di negaraku terchenta? mari kita amik satu contoh:


cukup satu sahaja contoh. mampu nak tersenyum tengok hutang macam ni. hahaha. pening-pening daku dibuatnya. hutang oh hutang!

so apa nak buat dengan borang tu? angkat tinggi2 dan senyum kepada borang. hailaaaa

PT by Asilah #4: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 2)

18.4.2013

hari rajin untuk update blog. syabas! hehehe. so mari kita sambung tutorial kita, okey? kali ni kita akan belajar cara-cara nak masukkan gambar, buat picture box dan guna menu-menu yang berkaitan.

PT by Asilah #4

subject: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 2)

baiklah untuk refresh ingatan kita pada tutorial lepas sila rujuk entri Part 1 okey!

tips: sebelum nak photobooking kita kena buat sedikit preparation. jangan malas. especially untuk gambar2 yang banyak, event berbeza2, rajin2 kan diri untuk buat folder, susun gambar ikut event/ lokasi. this really help you tau!

1. klik to Pixajoy Editor > Open an existing project > klik folder > Open

2. yeah! kembali kepada papan kerja kita. so, let's start! di bahagian atas ialah page2 photobook kita. start dengan cover sehingga page terakhir. kalau nak add page boleh pergi ke menu Page > Add atau cara yang lebih mudah click (serentak) key Ctrl+Shift+I. jangan lupa check maximum page yang boleh di add di website Pixajoy, kang over plak.


3. bila nak buat photobook, kita perlukan gambar. so kita add gambar ke Pixajoy Editor. Click simbol + di sebelah kiri korang dan cari folder gambar berkenaan. gambar yang korang pilih akan tersenarai dengan jayanya di bawah simbol + tu (Arahan: click + > browse folder gambar > select> senarai gambar 


4. nak arrange gambar kena buat picture box. nak buat picture box pun senang je. korang boleh pilih 2 cara

a) menu Page Styles> pilih styles> drag styles ke page photobook

b) menu Add Picture Box> klik> ada picture box dalam page photobook, boleh resize n ubah tempat




5. next, korang boleh drag gambar dari senarai gambar masuk ke picture box. now gambar yang dipilih dah ada dalam box kan? bagus. hehehe

6. kalau korang nak crop atau adjust posisi gambar dalam picture box tu, just click pada picture box dan akan appear satu box lain "crop picture". 


7. korang perlu inject sedikit kreativiti masa nak susun gambar. pandai2 la korang macam mana nak design dll. hehehe :-)

8. ok now, bersambung dengan menu di bawah iaitu "Mask". so dalam bahasa mask ialah topeng. so dalam Pixajoy Editor, kita boleh "topeng" gambar dalam picture box kita. cuma pilih mana mask yang berkenan dan drag ke picture box. 



9. apply same technique untuk menu "Frame". dalam bahasa frame ialah bingkai. so dalam Pixajoy Editor, kita boleh "bingkai" gambar dalam picture box kita. cuma pilih mana frame yang berkenaan dan drag ke picture box.



phew. berpeluh nak tulis post kali ni. panas nya Malaysiaku ni. hehehe. okay, itu sahaja untuk tutorial kali ni. sila photobooking. hehehe :-)

kemaskini kisah pemulangan photobook ke Pixajoy

18.4.2013


susulan dari entri pulangkan semula photobook ke Pixajoy, ai nak update sikit stori mori customer service Pixajoy ni. kronologinya adalah seperti berikut:

14.4.2013 (ahad)

setelah ai confirm photobook Sara pun ada defect- guna cover photobook Emel, maka ai terus email Siang inform yang sah photobook Sarah dan Emel bertukar cover. 

15.4.2013 (isnin)

Siang call inform yang dia dah pun arrange Skynet untuk collect semula photobook Emel dan Sara. 

16.4.2013 (selasa)

1. good job untuk Skynet Dungun sebab janji ditepati. Skynet collect photobook Sara kat Dungun

2. untuk kes ai pulak, Skynet tak muncul2. Siang email bagitau ada masalah kat Skynet branch. Siang minta ai hantar barang ke Skynet. so ai have no idea kat mana plak Skynet branch yang terdekat. iskh. 

17.4.2013 (rabu)

Siang email dia kata photobook Sara dah sampai. Pixajoy akan start printing semula photobook Sara. wow!

18.4.2013 (khamis)

Aik email ai inform yang photobook Sara expect untuk receive on 24.4.2013

yeah itu sahaja kronologi setakat hari ni. photobook Sarah in progress - bagus juga hantar asing2 kang confius lagi hehehe. photobook emel masih berkepam dalam bilik ai. aisey bila nak hantar ni uols?

secara kesimpulannya, ai berpuas hati dengan customer service Pixajoy ni. walaupun photobook Emel masih tersangkut, tapi ai tahu yang Pixajoy ada effort untuk arrange Skynet untuk collect photobook Emel. unfair la kalau kata service tak bagus sebab photobook Sara tengah reprinting oii. to Siang and Aik, thank you and keep up a good work!

Malaysia boleh! (tiba-tiba :-p)

i hate you

18.4.2013

iskh rasanya ai ni medium user tapi asik la nak kena "oops! you've reached your monthly data limit". ai hate you la maxis bb. iskh iskh. dah la nak top up byte punya la mahal. 1GB = RM18. adoi adoi. buat masa ni ai langgan 4GB peak and 4GB off peak for rm68. tapi buat saat ni ai dah terrrr upgrade to 5GB peak and 15GB off peak for rm88. off peak punya la banyak GB kan, yo la dah off peak kol 2am siap la nak layan internet sampai lebam. tapi takpe sebab 15GB, ai berazam untuk layan korean drama kat maaduu. hahahaha. 

okey, i hate u maxis bb. cis kek betul.

emak is 55!

18.4.2013

Alhamdulillah, sehingga hari ini emak dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa ada, sentiasa sederhana dan sentiasa sabar dan tenang. hari ini, mak cukup 55 tahun! selama 30 tahun ai hidup banyak jatuh bangun emak, suka duka emak yang ai tengok depan mata. 

selamat hari lahir emak. semoga emak akan terus diberi kesihatan yang baik, sentiasa sabar dan tenang dan semoga cita-cita emak yang satu itu akan dimakbulkan Allah. In shaa Allah.

Ya Allah, perkenankanlah!

lagi-lagi sakit gigi

15.4.2013

happy birthday emel!!

ok, ai nak rekod kat sini. hari ni ai sakit gigi lagi. kali ni kat sebelah kanan atas. aisey. stress je ai ols. nak jumpa dentist kena tunggu appointment 30.5.2013.

hailaaaa.

gojes day out: emel & anis birthday celebration!

13.4.2013

yeah. susah jugak nak gather all untuk lepak dan makan. oleh kerana birthday anis n emel fall in April, we have soooo much reason to celebrate it together. yeah

kami jumpa dan makan dan lepak sampai lebam di d' italianes (betul ke ai eja) sunway giza. where is sunway giza, ask google map. tapi tempat ni in between shop lots dan tiba2 eh ada tempat macam ala2 shoping complex kecik. tempat dia nice je.

the best part, norelle and hasya join and make all the aunties happy! love #babies #cute #norelle #hasya. hehehe :-) 

so kalau dah jumpa tu tak lain tak bukan, buka kisah zaman aysk, (heran part ni sebab setiap kali jumpa asik kuar citer baru je) biar laa dah bertahun, ada je citer nak gelak n gosip. hahaha.

lepak macam kat umah sendiri
cake by nard. superb. delicious.
dessert yummy by finaz
#gadis gojes #norelle #hasya

pulangkan semula kepada Pixajoy. huhu.

11.4.2013

hari ni ai dah terima photobook (pb) emel. unfortunately, ada sedikit defect. cer teka yang mana satu? masih ingat entri sama tak serupa? pb emel vs pb sarah? hahaha. pb sarah direct hantar to sarah kat dungun, pb emel pulak ai yang terima. 

see? ai sepatutnya ai dapat pb emel kan. tapi cover pb ni terang2 nama sara. haish. tapi, tapi content dia adalah hak milik pb emel. haaa, camne tuh? ai suspect masa production pb2 ni, dek sama sangat cover maka kekeliruan telah berlaku. iskh iskh iskh. 


so ai pun email Pixajoy at hello@pixajoy.com. cerita sikit2 pasal defect, pasal pb emel pakai cover pb sarah dan sebaliknya. agak2 nya depa tak jelas dengan masalah ai, terus je call (cepat service ni). so ai pun terangkan masalah pada pb pastu Siang (crew yang handle complaint ai) pun kata dia akan call ai semula. after 10 min, Siang call semula dan inform, esok ada orang Skynet datang nak amik balik pb emel, Pixajoy nak rework semula pb emel. oooohhh. 


frust jugak la mula2, ingatkan dah boleh pass kat emel this coming saturday, rupanya kena hold lagi. tapi dek kerana customer service yang cepat dan amat membantu, so ai okay je la. kesilapan berlaku lagi2 bila sama sangat cover tapi content pb lain2. so ai pack pb emel untuk dihantar semula ke Pixajoy nun jauh di Sungai Petani, Kedah :-)



dear Pixajoy, please rework nicely ya! hehehe :-) 

nota awal pagi

10.4.2013

setiap kali lepas kita dah terima order kita dari Pixajoy, diaorang akan send thank you email. yeah, selalu ai baca and ok. tapi hari ni rasa nak reply kan. mood baik. hahaha. ai tulis thank you for your prompt service and book are fantastic! like ai bagitau dalam post lepas, ai suka sangat dengan photobook2 yang ai dapat.

tak sangka pulak diaorang reply email ai tau :-)



"Hi Asilah,


On behalf of the Pixajoy Crew , thank you very much for your kind compliments and for appreciating our sincere efforts. It means a lot to us.

We look forward to continue helping you preserve your priceless memories and your friend's too.

Once again, many thanks and joy to you!"


hahaha. tak tahan baca part "your priceless memories and your friend's too". nampak sangat kan ai dok print photobook sama sampai 2-3 buku. ahahaha :-)

finally dah boleh merancang - mencandat sotong!

10.4.2013

terlebih dahulu ai nak wish my fren, Aida Anissa Tohid, Happy Birthday, yo! you're turning 30! hahaha :-) semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dot dot dot.

today is the day! hari yang ditunggu dah tiba- the election annoucemnet day! hahaha :-) excited nya ai ols kan. bukan pe, ni semua pasal ops mencandat sotong la. dah siap plan A dan plan B bagai, nasib baik election day fall on 5th May 2013. maka, ops sotong on 27th April is ON! Alhamdulillah!! Terima kasih Allah :-)

ai dah deal dengan Pak Ya sebelum ni pasal bot, pastu bila kecoh2 nak election terus dengan yakin tangguh nak buat confirmation bot. sudahnya masa sms Pak Ya petang tadi, dia inform, bot hari tu dah bagi kat orang lain. hahaha. mau nak nangis dibuatnya! nasib baik Pak Ya banyak contact, menjelang Maghrib Pak Ya inform bot ada. finally, rezeki katanya :-)

next is to plan trip. anis incharge bab bas. lain2 okey je la. hehehe :-)

sesiapa yang berminat nak mencandat sotong boleh intai blog Pak Ya. kami amik Pakej 1, bot untuk 8 orang. 

Presenting lima beradik Cool Image Wrap with Pixajoy!

9.4.2013

weehooo. officially ai dah ada 5 photobook Cool Image Wrap with Pixajoy! getting more excited, yo!

 cover depan
 cover belakang
yeah. sila jeles

PT by Asilah #3: Jom kenali Pixajoy Editor! (Part 1)

9.4.2013

yeah, hari ni mood baik sebab photobook yang dinanti-nanti dah tiba. good job Pixajoy n Skynet. yeah! mood baik kan, maka jom kita buat sambungan tutorial.

PT by Asilah #3

subject: Jom kenali Pixajoy Editor (Part 1)

okey, dah siap download mestilah dah tak sabar-sabar nak start photobooking kan. good, kekalkan semangat tu guys! so, here we go!

1. dekat dekstop ada icon Pixajoy Editor kan, klik to open Pixajoy Editor


2. kat sini ada 2 menu utama:

Create a new project : Klik sini untuk start project photobook. 
Open an existing project: Klik sini untuk sambung projek photobook. make sure korang save project korang kalau tak nan ado la existing project kat sini


3. Assume korang adalah first timer, kita klik Create. 

4. To start a project, mula2 kena pilih photobook jenis apa yang kita nak buat. Pixajoy ada banyak product, make sure pilih betul2.  So ai pilih Cool Image Wrap 8'x8' (my favourite book style n size so far). dah pilih, klik Next


5. Untuk step ni ai selalu skip je. hehehe. klik Skip Wizard


6. Step ni, korang kena bagi nama untuk project photobook. Now klik Create.


7. haa, ini lah "papan kerja photobook" korang. excited tak?


8. okey, mari berkenalan dulu dengan command menu 2 yang ada. so sepanjang tutorial kita akan guna menu2 yang ada. so expain later lah eh. hehe :-)

 
 
okey, end of part 1. bersambung di post seterusnya. have fun photobooking!

yahoo. photobook Pixajoy dah sampai. love! love!

9.4.2013

wah, wah, wah. nampaknya ai semakin impress dengan kecepatan service Pixajoy. see? photobook yang expected delivery hari ni, sampai hari ni. yang sepatut sampai 10&12 apr pun sampai hari ni gak. excellent. this is why i love Pixajoy. hehe :-)


wonder adakah i like photobook yang sampai hari ni? yeah. suka sangat! pergh sakan kan nak photobooking. untuk catatan, hari ni ai dah terima ketiga2 pb ai untuk trip kk, legoland n rafting sg. padas. no more yang akan sampai. cuma waiting mode on untuk pb singapore-legoland untuk sara n emel.



haaaa. banyak tak pb kak ton? hahahaha :-)

sesiapa yang nak buat photobook tu meh la join kami2 yang syok sangat photobooking with Pixajoy! klik and sign up as member! 

Jom badminton!


6.4.2013

banyak2 sports, badminton adalah antara yang ai prefer untuk main. tapi last time la kan. hahaha. so bila nard kata nak join boys team untuk main badminton, i was like... ahhh nak join ke? agree nak turun tapi as supporters je k.

konon2 supporters. pada hari kejadian, siap pack tshirt lebih, stokin, kasut sukan nak p main badminton. ages weiii tak pegang racket badminton tu. ala skill pun tahap2 keluar gelanggang kan, tak yah la poyo sangat. racket pun pinjam.

so, kami- emel, pnaz n ai tumpang satu2 hero bujang aka salleh (anis baca mesti muntah hijau). nasib baik salleh ok je nak tumpangkan we allz kan. so, oleh kerana kami tumpang salleh maka awal lah kami sampai kat court area subang ni.

fuyoo, masuk2 je kat area court ni, kagum sekejap. besar ok! ada banyak court, tak silap salleh kata ada 26 court. sewa court ialah rm15/hour dan kami sewa for 2 jam. hehe :-) so sementara tunggu geng lain sampai kami gosip dulu!

i did told you yang ai lama sangat tak main badminton kan. so bila game memang tunggang langgang. malas nak lari sambut shuttle cock ok , nak berdiri statik je. sorang pun tak nak main regu dengan ai ols la sebab diaorang yang akan keletihan nanti. hehe. sorry guys!

abes game, kami menuju ke kedai mamak berdekatan. lapar dan dahaga sangat! hehe :-) yang tak best nya adik sasa tak ikut! hehehe :-) hmm, bila dah berkumpul ni kena plak duduk semeja ngan redza, rahim, anis memang banyak la stori kan. macam2 ada. yang anis ngan salleh ni tak abes2 nak berdrama. habis makan we all pun gerak balik. dah lambat gak la around 1.00 am, nasib baik salleh agree nak hantar kami balik. kalau tak, scary! hahaha. tq salleh.

some pic hari kejadian. where am i? tengah berehat. hahaha. main tak seberapa rehat je lebih uols.

adik sasa baju kelabu tu. haha

update 8.4.2013

walaupun dah 2 hari berlalu, tapi tangan kanan masih sakit akibat gigih bermain badminton. arghhh.

PT by Asilah #2: Download & Install Pixajoy Editor

6.4.2013

baiklah dah bersedia untuk photobooking? yeah. once upon a time, nak buat buku2 ni hanya orang2 profesional je mampu buat. sekarang amatur macam ai pun boleh buat photobook sendiri. dengan adanya Pixajoy Editor, design photobook sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil. hehe :-)

PT by Asilah #2

Subject: Download & Install Pixajoy Editor

macam mana caranya nak download Pixajoy Editor ni? mudah je :-)

1. pergi ke website Pixajoy. di bahagian header akan nampak "DOWNLOAD". klik situ dan korang akan di direct ke page ni


2.  so ada Download for PC and Download for MAC. so pilih mana berkenaan. 

3. dah complete download, cari la folder (zip folder) Pixajoy Editor Setup


4. next is to install Pixajoy Editor. klik kat folder tu and klik Run untuk install. klik Next, Next sampai Finish. 

5. bila berjaya korang akan nampak icon Pixajoy Editor kat Dekstop!

6. tahniah korang dah berjaya download & install Pixajoy Editor. jom photobooking!

p/s: more tutorial? stay tuned and intai2 kat sebelah kiri blog ni :-)
Powered by Blogger.