Kota Kinabalu#d2- Padas White Water Rafting

28.2.2013

tujuan utama percutian ke KK adalah untuk rafting di Sungai Padas. kami dah book awal2 dengan Riverbug untuk aktiviti WWR di Sg Padas. perasaan? of coz excited dan gerun! sebelum ni ai dah pernah rafting kat KKB White Water Rafting dengan Khersonese, tapi kali ni challenge dia agak berbeza sikit. Sungai Padas memang sangat2 lebar, air dia teh tarik kaw dan tak dilupakan sungai ni ada buaya. kekeke :-)

jam 5.30 pagi Azrul n Dave dari Riverbug jemput kami betul2 depan hotel. dalam van yang sama ada lagi 2 orang rafter dari England. kami bertolak menuju ke stesen keretapi Beaufort yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari KK! jauh kan? tapi tak terasa sangat coz kami boleh borak2 dengan Azrul n Dave and enjoy view tempat2 yang kami lalu (tapi anis tido lagi). selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di stesen keretapi Beaufort. so sebelum mulakan aktiviti, marilah kita bersarapan dahulu :-)

 t

kat stesen ni, kami diperkenalkan pula dengan seorang lagi guide, edward. tepat jam 7.50 am, keretapi dah bersiap sedia untuk mulakan perjalanan. tiket keretapi Riverbug dah include dalam harga, so tak payah risau2 k.


keretapi ni adalah transportation yang digunakan oleh local people. so feeling2 local lah kan. kami jumpa dengan lebih ramai local yang ringan mulut dan friendly. memang tak rasa alien langsung. hehe :-) untuk ke start point (Pangi) tren ni mengambil masa 2 jam! haha. another 2 jam? tren ni memang kategori antik dan lama tapi masih boleh digunakan. nak explain feeling susah sket, korang kena enjoy sendiri baru tau macam mana syoknya. hehehe


untuk ke Pangi kami kena tukar tren (transit) di stesen Halogilat. stesen ni agak besar dan canggih sket la dari stesen2 yang ada sepanjang perjalanan. kena tunggu beberapa minit untuk ketibaan tren dari Tenom.


perjalanan diteruskan bila tren dah sampai. kali ni betul2 enjoy view Sungai Padas. haha. ngeri weh. pastu sampai kat stesen Rayoh (end point) semua rafter diminta turun dan tukar pakaian. barang2 pun tinggal kat stesen ni. masa ni debaran memang maha dasyat la kan. dalam 10 minit lepas tu kami teruskan perjalanan ke stesen Pangi (start point).

kat stesen Pangi, kami dibawa ke tempat Riverbug untuk taklimat paddling, cara2 untuk selamatkan diri dan dapatkan kelengkapan untuk rafting. masa ni Allah je la tau perasaan ai, dah la seminggu dua ni asik termimpi2 nak tenggelam dalam Sungai Padas ni. iskh. masa yang ditunggu2 telah tiba. jeng jeng jeng. team Riverbug ada 2 bot, satu bot untuk kami+2 rafter England n lagi satu bot untuk team dari Hong Kong/ China. bot kami di guide oleh Marau dan Emon. 

perjalanan atas air bermula

masa nak mulakan perjalanan dah terasa ngeri, air yang nampak tenang rupanya berombak2. phew. ada beberapa rapid kecil kami lalu as warm up session :-) rapid terakhir untuk warm up Mickey Mouse pun dah terasa ngeri weh. haha. 

perjalanan diteruskan dengan rapid2 yang lebih dan sangat mencabar. patut la rapid2 ni dinamakan dengan nama yang pelik2 sesuai untuk describe keadaan rapid tu such as Head Hunter, Lambada, Cobra, Scooby Doo, Washing Machine, Merry Go Round, Snake House n BBQ Rapids. air dia memang berombak deras. keadaan bot jangan cakap la, ternaik ikut current, kadang2 tenggelam dengan air, hilang dalam air dan macam2 la. paddling tetap paddling. agak2 ngeri tahap nak jatuh cepat2 la pegang tali. memang tak sanggup nak jatuh dalam rapid deras ni. silap2 hari bulan boleh tak timbul. huhu :-)

nasib baik Marau memang cekap so takde la incident jautuh dalam air berulang2. tapi emel kesian asik kena buli dengan si Emon tu, sekejap2 si Emon tarik dia masuk dalam air. nasib baik emel tak panik dalam air, kalau ai memang nak kena sumpah la si Emon tu. huh.

kalau ikutkan rapid Cobra, Washing Machine n Merry Go Round memang antara rapid yang mencabar. macam mana nak explain eh? nasib baik kami tak dijatuhkan dalam rapid2 tu kalau tak... tak dapat nak bayangkan wei! ada sekali je kat rapid Snake House, Marau kasi can la nak feeling2 terbalik, memang tak ready tup2 emel+2 rafter England tu dah masuk air. owh ai ngan anis selamat dalam bot. sori Emel. hahaha :-) teringat kata2 si Emon, "kasihan si Emel, sudah jatuh dalam sungai"

enjoy pic yang photog snap. yeah!

setelah bersusah payah mengharungi cabaran Sungai Padas, akhirnya kami sampai di end point, Rayoh. phew nasib baik hidup lagi. keke :-) kat Rayoh kami berkumpul di tempat rehat Riverbug. so kami mandi, tukar pakaian n makan kat sini. 
ok, lega semua mimpi ngeri dah berakhir, now masa untuk pulang! kami naik tren dari Rayoh ke Halogilat. tukar tren dan kembali ke Beaufort. Dave dah sedia menunggu kami di Beaufort untuk angkut kami balik ke KK. sepanjang perjalanan balik ke KK hujan lebat. emel, anis n azrul masing2 dah melayan tido dalam van. terpaksalah ai temankan Dave sepanjang perjalanan sambil cungkil2 tips nak ke Ranau esok. huhu :-)
 with Marau. tqvm!

sampai je kat hotel memang dah sangap. letih gila. rehat2 dulu sebelum teruskan aktiviti makan kat Pasar Filifina and shopping di Kampung Air. yeah!

thanks of the day

special big thanks to

Dave, Azrul, Edward, Marau, Emon n team2 Riverbug yang lain

3 comment:

norinaomar said...

ko ambik pakej ke asie?siap makan ke?

asilahkassim said...

Noi

Yup kira pakej la dr amik dpn hotel smpi balik hntr dpn hotel. Harga kat website rm235, kami nego dapat rm220. Ok la. Ko nk contact no ke.

nurulainyahya said...

ASSALAM, BOLE SY DPT CONTACT NO DR RIVERBUG TUH?

:) MY EMEL nurulainyahya@gmail.com

Powered by Blogger.