Kota Kinabalu #d4- Pulau & Good bye KK!

2.3.2013

another day begins! plan hari ni sempoi je nak pi jalan2 kat pulau n balik. weehoo! dalam kol 8 am kami keluar dari bilik. objektif ialah Jesselton Point. menapak dr hotel ke Jesselton Point ni jauh gak la tapi ok lagi kalau nak berjalan :-) oleh kerana masih awal, kami decide untuk breakfast dulu kat tingkat atas Pasar Besar Kota Kinabalu.


habis breakfast kami teruskan perjalanan ke Jesselton Point. masa on d way tu ramai gak orang approach kami untuk naik bot diaorang pi pulau2. walaupun murah tapi kami ignore je atas sebab keselamatan. hmm. ai pun suggest korang direct je Jesselton Point nak beli tiket ke pulau Taman Tunku Abdul Rahman, ok? so samapai2 memang banyak la kaunter tiket yang panggil2 so bolehlah buat pilihan nak pilih mana satu. kami approach kaunter green holiday untuk perkhidmatan ke pulau2 berdekatan.lepas decide nak amik aktiviti apa kami punterus gerak ke jeti.

kat jeti kena tunggu jap la sebab bot masih kosong. sementara menunggu buat la photoshoot kan. haha. view kat sini pun dah cantik okay!


masa untuk menjelajah pulau! kami pilih 2 pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. first stop kami Pulau Manukan. oleh kerana anis n emel nak buat parasailing kami bantutkan hajat nak terjun dalam air biru kehijauan Pulau Manukan. walaupun sebenarnya kami dah tak sabar-sabar!


anis n emel parasailing kat Pulau Manukan


dalam kol 12.30 pm kami bertolak plak ke Pulau Sapi. pergh indah2 saujana mata memandang kebiruan air laut :-)


memang kebiruan air laut ni memukau pandangan. hahaha.kagum dengan ciptaan Allah. secantik-cantik pemandangan! tapi frust gak la, sepatutnya ke pulau2 ni nak snorkeling, tapi ikan2 tak nampak pun kat tepi2 ni, ada ikan tapi jauh ke tengah. jangan harap la kan ai nak pi berenang-renang ke tengah walaupun ada life jacket. hehe. 


dalam kol 2.30 pm bot datang pick kami untuk balik ke Jesselton  Point. dengan baju basah2 ni kami menapak balik ke hotel. memang cara! lepas dah rehat masa untuk cari makan! kami decide untuk makan kfc! hahaha. macam takde benda lain nak makan kan. 

around 7.00pm kami dah bersedia untuk balik kl! yeah. sampai2 airport rupanya system down! aisey. beratur punya beratur sampai terlepas waktu nak terbang 8.45pm. tiba je giliran kami kat kaunter, orang air asia tu terkejut yang ada lagi orang belum masuk. apa lagi kelam kabut la we all. naya beb kalau kena tinggal flight. apapun nasib baik terselamat walaupun semua orang macam bengkek je bila tengok muka kami naik atas flight. kekeke. malu besar beb.

kami selamat sampai kat lcct around 12.00 am. Alhamdulillah. so, it's wrap! percutian ke KK, memang awesome dan membuatkan kami fall in love dengan Sabah! yeah!

thanks of the day

sabahan yang asyik wish kami "hati-hati"

en kaunter air asia yang selamatkan kami dari kena tinggal flight.  



2 comment:

norinaomar said...

best kan asie..aku nak sangat ke sana lagi tapi tak mengizinkan..

masa aku pergi island hopping tu aku tapau food siap2 sebab kitorang tahu main air akan jadi sangat lapar..tambahan pulak kat pulau tu makanannya tak sedap + mahal

asilahkassim said...

Noi best sangat kk n tempat2 n kitaorg p. Tp sebenarnya waktu ni zon bhy sukati je kami p jalan2.

Powered by Blogger.