Kota Kinabalu #d3- KK-Kundasang-Ranau

1.3.2013

yeah, another hari yang mencabar! hari ni kami plan untuk explore Kundasang dan Ranau. cabaran pertama ialah kena bangun awal lagi @ 4.30 am! kegigihan! setelah bergilir2 bersiap dan solat maka kami dah bersedia dengan aktiviti hari ni. hehe :-)

aktiviti hari ni kami pakat untuk sewa keta, as usual anis la orang yang tolong arrange mana nak cari keta sewa kan. keta yang kami dapat saga flx dengan harga rm120/ day. so keta dah sampai a day b4, maka hari ni kena pulangkan tepat jam 11.30 pm. yeah.

kami keluar hotel dalam kol 5.30 am. punya lah bersemangat sampai lupa nak study jalan. sudahnya terpusing2 dalam KK nearly 30 min! nasib la ada smartphone anis n emel yang boleh berfungsi as gps, kalau tak, tak ke mana la kita. so anis pilih jalan tuaran untuk pi Ranau. signboard memang parah la. setelah beberapa minit barulah nampak arah tujuan. keke :-)

 

perjalanan memang agak mencabar, lagi2 bila dah naik jalan bersimpang siur mengarah ke Ranau. lebih seksa kalau keta dok belakang lori/ bas, mau merangkak! tapi apa yang awesome nya boleh nampak mount kinabalu dan kepul2 awan yang gebu, saujana mata memandang. indahnya ciptaan Allah.

Pekan Nabalu
perhentian pertama kami ialah Pekan Nabalu. teringat kata Dave Riverbug, kat Pekan Nabalu ada stage untuk snap pic dengan mount kinabalu. yeah so true, bukan saja ada stage tapi ada menara untuk kita snap pic berlatar belakang mount KK. super awesome! so alang2 da stop kami singgah kat gerai jualan berdekatan. sempat beli buah tampui n beras bukit. oleh kerana masih awal (confident tak jauh lagi kinabalu park) kami pun breakfast dulu kat persinggahan mohamad. 



Kinabalu National Park (KNP)
rupanya perjalanan masih jauh untuk sampai kat sini. angin sejuk menyambut kedatangan kami di KNP! sejuk grrrrr. apa yang menakjubkan mount kk betul2 jelas depan mata. phew. kalau panjat mount kk mesti rasa bangga lebih. huh. satu benda yang ai notice awan kat sini bergerak agak laju dari biasa n ini turut diakui oleh anis n emel. SubhanAllah, kagum2. so, lepas snap pic kami pun bergerak ke kaunter tiket. bayaran masuk rm3/pax. konon2 nak explore trail jalan kaki, tapi harap je la kan. haha. so kami amik masa feeling2 sejuk kat kaki gunung. memang layan.

Sabah Tea Plantation (STP)
ok kami teruskan perjalanan ke Ranau. dari KNP, kita akan lalu pekan Kundasang n sampai ke pekan Ranau. untuk ke STP, kena teruskan perjalanan menghala ke Sandakan. masa dalam perjalanan tu akan nampak simpang kiri ke Poring Hot Spring (kami tak p pun) n jalan terus lagi akan nampak signboard STP. jauh gak la. dah sampai kat STP memang terkesima jap sebab ada aliran sungai. phew best nya! nak naik ke kawasan factory tu jalannya agak berbatu2 n of coz bukit. so bawa keta hati2. kami sampai di STP n kami tak dengar taklimat factory pun sebab masa agak terhad. so, apa kami buat? enjoy view ladang tea n pekena lempeng hijau daun tea. marvellous!


'Tagal' Spa Ikan Kampung Luanti
ini pun port wajib p. memang syok habis. lokasi nya betul2 sebelah STP. bayaran masuk rm5/pax n rm3/group untuk kamera. kat kaunter dibahagian dalam, kita boleh beli palet ikan 20sen/pek. kami beli 4 pek, haha tamak. aktiviti ni emel jadi photog. awal2 surrender sebab geli. memang betul. first time masuk kaki n dikelilingi ikan kelah besar tahap lengan memang geli. gila geli. tapi bila dah sebati ngan ikan2 dan boleh plak ber lambada ngan ikan, boleh naik syeikh dibuatnya. best woo. hilang stress. ai plak boleh terduduk dalam sungai (yang nampak masa kat STP) habis basah seluar. note: nak p sini bawa la extra seluar n towel. keke :-) dah habis sesi dengan ikan, kami panjat jambatan gantung berdekatan. yeah!


Pekan Kundasang
habis aktiviti kat Ranau, kami patah balik ke Kundasang. masa tu around 2.30 pm. sempat lagi singgah pekan nak beli madu. pergh besar mata kami tengok kesegaran sayur2 Kundasang ni. stress je sebab tak boleh nak bawa balik.aisey.


Desa Dairy Farm (DDF) 
untuk ke DDF ni dah tak jauh dari pekan Kundasang. tapi kena naik bukit la sebab lembu2 ni high class dok tempat sejuk. bayaran masuk rm3/pax. masuk kat kawasan factory ni takde la bau busuk. ok je. masa yang paling sesuai datang DDF around 3pm sebab wakti ni milking time. tapi tengok dari kaca bangunan je la. tapi still boleh nampak lembu2 beratur, makan n perah susu. yang best nya kat sini boleh beli susu segar! ai beli perisa coklat n rasanya sedap. satu2 susu yang ai minum tak sakit perut. huhu. benda wajib buat kat sini pose berlatar belakang rumput hijau n kalau bertuah nampak mount kk!


Kundasang War Memorial Park (KWMP)
nak ke sini satu laluan dengan DDF. in fact turun2 je dari DDF sebelum jalan besar dah nampak KWMP. so tempat ni ada sejarah tersendiri. tempat ni dibina bagi memperingati perjuangan askar2 Australia dan British masa penjajahan Jepun. memang tragis la kisah ni. bayaran masuk rm3/pax.

so semua tempat2 ni worth to visit. nasib baik naik keta sewa, boleh la nak p semua tempat2 ni hehe. around 5pm, kami bergerak untuk pulang. kalau lambat gelap plak nanti. masa ni memang susah nak spot mount kk sebab kabus tebal.

Jambatan Tamparuli
dalam perjalanan balik sempat gak kami singgah kat Jambatan Tamparuli. takde pe pun kat sini. huhu. kami snap pic n teruskan perjalanan

Rumah Terbalik
one of famous spot yang kena p. terletak betul2 kat tepi jalan tapi terlindung sket. bayaran masuk rm10. oleh kerana waktu kami jejak kaki agak lewat, so kawasan sekitar dah gelap. tapi takpe, masih boleh jalan2 kat kawasan sekitar n dalam rumah. rumah ni sebijik je dan terbalik! hiasan dalam rumah pun terbalik. unik la tapi tour sekejap sangat.

hmm, perut pun dah lapar, maka kami teruskan perjalanan balik ke KK. teringat plak kata Dayah ada musical fountain kat Tanjung Aru. so ai suggest to emel n anis untuk tengok musical fountain. mana tau ada spot makan menarik ke?

Musical Fountain, Tanjung Aru
enjoy gak walaupun kami singgah sekejap je dek mendahulukan panggilan perut. hehe :-p

Pasar Filifina
yup, kami kembali ke sini. takde spot best nak makan2. kali ni kami order ikan, udang n sotong. ai discover sesuatu yang lebih sedap! fresh mango juice! pergh sedap okayyy. pure juice from mango philiphines. sedap, a must try drink!

shopping
dah makan, ada tenaga mau shopping. kali ni shopping keropok2 untuk dibawa pulang. sekotak gak ai borong. nasib baik ada service bungkus keropok2 dalam kotak. lega. ok kaki dah penat. flat betul. masa untuk balik bilik!

thanks of the day

untuk semua sabahan yang kami jumpa sepanjang trip bila kami tercari2 jalan

note: ada pic2 kat emel punya camera. tunggu..


0 comment:

Powered by Blogger.