Kota Kinabalu #d1 - Hello2 KK!

27.2.2013

masa yang ditunggu2 telah tiba. now masa untuk terbang ke KK. yahoo! ai gerak dari rumah ke lcct naik erl. so masa kat kaunter kena beli tiket erl ke salak tinggi+tiket bas ke lcct. so ai sampai lcct around 8.50am, hmm masih awal kan, jom breakfast dulu kat kfc. hehe :-)

 

around 9.40pm kami dah siap2 nak naik flight untuk terbang. yeah! rupanya nak pi KK ni amik masa 2 jam 30 min. sangap gak lah dok dalam flight. huhu. nak tido macam maru bangun je :-p tapi anis....
dalam kol 12.30pm dah sampai kat airport KK. Alhamdulillah mendarat dengan selamatnya. Amin :-) so sampai2 je ramai giler yang menunggu, maksud ai orang2 yang sewa teksi dll ni la. so kitaorang ignore je la. ada ke patut sewa keta kancil rm350/day? huh. option nak p bandar KK/ke hotel we all ialah dengan menaiki teksi airport dengan harga rm30/taxi. (meet pakcik driver yang sangat informative. superb!)


kami check in hotel at A&J Budget hotel, beli thru Agoda at 72.50/night. ok la kan, bilik untuk 3 orang lengkap dengan bilik air, air cond n kipas. cukup selesa dan bersih :-) 

lepas je fresh kan diri n solat, maka pengembaraan pun bermula. hehehe. oleh kerana kitaorang ni tak pernah pijak kaki kat KK ni, mula2 tu blur gak la. nasib baik ada map yang kitaorang dok collect kat airport. ke mana destinasi kita?

makan
ok, first kena makan dulu baru ada tenaga kan. so kami lunch kat kedai sederet ngan hotel ni. bila dah kenyang, masa untuk berjalan!
 
 

meet Man, taxi driver
kuar dari tempat makan, kami decide nak p Mari-Mari Cultural Village. so approach la taxi driver-Man. dia kata nak p Mari2 skarang rugi sebab dalam sehari showtime cuma 3 kali je, 10am/2pm/6pm. oleh kerana baru kol 3.00pm kami decide nak jalan2 dulu la. 

Terminal Wawasan (stesen bas)
so kami plan nak p muzium. how to go? naik bas dari Terminal Wawasan. kat sini ada banyak sangat bas dengan nama2 tempat so cari bas yang ada tulisan Penampang. kena bayar RM1 untuk p muzium. 
 

Muzium Negeri Sabah
fyi, muzium tutup pukul 5pm, kami sampai pun dah masa2 tesedak kol 4.10pm. apa lagi, cepat2 la explore muzium kan. apa yang menarik? kat sini ada tulang ikan paus yang sangat besar, history Sabah n pengenalan pada kaum2 kat Sabah. fee masuk muzium rm2


bila dah kol 5pm terpaksalah kami keluar, tak sempat nak khatam satu muzium. sobs. tapi takpe, now masa untuk explore Mari2 Cultural Village! 

Mari-Mari Cultural Village (MMCV)
secara jujurnya, ai tak tau option lain untuk ke MMCV selain menggunakan kereta sewa/ teksi/ bas persiaran. tempatnya punya lah jauh, 40 min perjalanan sehala! so, option yang kami ada ke MMCV ialah teksi. kami call Man untuk pick kami kat depan muzium to MMCV. bayaran teksi rm120/return (huhu).
kami sampai kat MMCV dalam kol 6.10pm. nasib baik sempat catch last group so takde la ketinggalan sangat. MMCV adalah sangat menarik! guide kami Felix memang friendly n banyak bagi explaination. kira bayar rm80 berbaloi2 lah. selain dari belajar culture kat Sabah boleh gak cuci mata. hahaha. memang enjoy habis :-) pakej MMCV termasuk dinner, so selamat budget untuk dinner hari ni. hehe :-)

(note: sesi show kol 6pm ni akan habis dalam kol 7.30 pm macam tu. so kat Sabah kol 6pm dah senja so memang gelap la kawasan hutan ni)

dalam pukul 8.30 pm kami bertolak balik ke KK. sampai je KK sempat lagi kami p cuci mata kata kat pasar Filifina. tapi nan ado benda nak beli usha2 je dulu. dalam kol 10.30 pm kami dah naik balik. al maklumlah kena tido awal untuk aktiviti rafting!

thanks of the day
kat KK ni ramai orang yang ramah tamah. so special thanks to:

en teksi airport: sangat informative
man: sebab buli kitaorang naik turun kat muzium. lol
felix MMCV: sebab banyak sangat cakap. hehe :-)
timothy MMCV: sebab comel :-p 
peniup sompoton MMCV: sebab comel kuasa 2. haha     

okey. stori rafting kat next post. stay tune!  

0 comment:

Powered by Blogger.