klinik gigi. oh my dentist!

29.3.2013

klinik gigi adalah antara tempat yang membuatkan ai fobia. haha. kalau boleh tak nak jejak, walaupun pada hakikatnya kita kena pi klinik/ jumpa dentist 2 kali setahun. ni semua pasal dentist yang cabut gigi ai masa zaman sekolah dulu. haish.

alkisahnya..

sejak 2 hari lepas memang dah terasa sakit kat kawasan gigi geraham. kalau tak silap dengar dentist kata no 36. ingatkan nak tumbuh gigi bongsu, rupanya ada lubang besar. haha. i know ada lubang tu, sebab bila ai self checking memang terasa ada kawasan yang berkawah. 

hari ni baru ada niat nak pi jumpa dentist. alang2 amik AL, singgat sat kat klinik gigi. ai p klinik gigi gomen je kat p9. tak larat nak bayar caj kat private clinic. hoho. 

servis kaunter (4/5)

ai sampai around 9.45 am, punya lah ramai orang yang sakit gigi, yang nak buat medical check up, appointment dan lain-lain. setelah amik nombor, ai dipanggil untuk buat pendaftaran. first time tau nak register kat klinik gigi ni. huhu. dah register ai dapat kad klinik yang kena scan untuk dapatkan nombor bilik rawatan. canggih plak rasanya. kat kaunter, nurse dia ok, comel n sweet. tapi masa dok register tu banyak pulak call masuk, kira a bit ganggu la proses. hehe 

menunggu (4/5)

ruang menunggu ai adalah kawasan air cond. lega je rasanya sebab sejuk. nak menunggu pun takde la rasa rimas. orang pun tak bersesak2 macam kat klinik kesihatan. dalam kol 10.30 am ai dipanggil masuk bilik rawatan. seram okey. 

bilik rawatan (4.5/5)

bilik rawatan ni memang selesa. satu ruang untuk satu patient. dalam bilik ada seorang dentist n seorang nurse. ai dapat dentist lelaki. cis malu plak rasanya kan. gigi dah la out of service. dentist plak hensem. huahua. 

rawatan (3.5/5)

oleh kerana ai takde appointment, so rawatan kali ni lebih kepada nak tengok apa masalah gigi ai. bila dentist  mula check2 gigi, dia pun bagitau apa masalah n nurse record. kat ai dentist bagitau ada lubang besar. dia kata kali ni dia buat tampalan sementara. so as dentist memang gigi adalah "permainan" dia. ai ingat habis dia korek2 kawasan lubang tu (kuar kan sisa makanan) n kawasan sekitarnya. masa dia tampal tu lagi la, siap masukkan jari n tekan kuat2 kat kawasan yang dia tampal tu, kira macam nak padatkan. sabar je la, sakit tau dentist. dah abis rawatan, dia bagi date appointment, 2 bulan dari tarikh hari ni 30.5.2013. pergh lama kan? fyi, dia buat appointment untuk tampal kekal n scaling. gigi kuning. phew. 

keseluruhan (4/5)

ai agak kagum dengan servis kat klinik gigi gomen p9 ni. walaupun banyak ai baca komen negatif pasal klinik gigi gomen p9 ni, tapi ai berpuas hati. ok la untuk consultation n tampal sementara zero charge. kalau kat private dah tentu kena rm95 n above. 

gigi sakit lagi

walaupun ada tampal sementara, hakikatnya gigi masih sakit lagi. lubang tu dah ditutup tapi masih rasa ngilu. oh my dentist, lamanya lagi appointment kita!

0 comment:

Powered by Blogger.