kecewa

31.3.2013

sedikit kecewa dengan penulisan seorang motivator yang ai follow kat fb sebab tak puas hati dengan PM makan ngan family kat the curve. baiklah ai bukan fanatik politik wtf pun, tapi tak kan tak boleh sampai spent weekend dengan family. 

marah betul la. bukan ke kuatnya bonding kekeluargaan akan menyebabkan kuatnya semangat dan passion dalam diri.

ingatkan motivator boleh neutral, rupanya sama je. can't stop myself 'unlike' you. 


#apasalsemuaoranggiladenganpilihanraya. dush.

softcover photobook with photobook malaysia

30.3.2013

yup, ai memang fan photobook with pixajoy. tapi oleh kerana voucher ni sis beli dengan photobook malaysia, maka kena la buat photobook dengan software photobook malaysia kan.

tak banyak perbezaan bila guna software photobook n pixajoy editor. sama je. so bila nak design n edit takde la problem sangat. huhuhu

oleh kerana last minute punya photobook, ai guna template yang telah disediakan photobook malaysia. nasib baik ada design yang simple n nice, terus terbekenan. tapi as usual, kalau guna template, design dia a bit simple je la. so as so called designer, kena la pandai2 buat amendment untuk menambahkan keserian pada hasil akhir photobook kan.

okey, enjoy some proofs. 





klinik gigi. oh my dentist!

29.3.2013

klinik gigi adalah antara tempat yang membuatkan ai fobia. haha. kalau boleh tak nak jejak, walaupun pada hakikatnya kita kena pi klinik/ jumpa dentist 2 kali setahun. ni semua pasal dentist yang cabut gigi ai masa zaman sekolah dulu. haish.

alkisahnya..

sejak 2 hari lepas memang dah terasa sakit kat kawasan gigi geraham. kalau tak silap dengar dentist kata no 36. ingatkan nak tumbuh gigi bongsu, rupanya ada lubang besar. haha. i know ada lubang tu, sebab bila ai self checking memang terasa ada kawasan yang berkawah. 

hari ni baru ada niat nak pi jumpa dentist. alang2 amik AL, singgat sat kat klinik gigi. ai p klinik gigi gomen je kat p9. tak larat nak bayar caj kat private clinic. hoho. 

servis kaunter (4/5)

ai sampai around 9.45 am, punya lah ramai orang yang sakit gigi, yang nak buat medical check up, appointment dan lain-lain. setelah amik nombor, ai dipanggil untuk buat pendaftaran. first time tau nak register kat klinik gigi ni. huhu. dah register ai dapat kad klinik yang kena scan untuk dapatkan nombor bilik rawatan. canggih plak rasanya. kat kaunter, nurse dia ok, comel n sweet. tapi masa dok register tu banyak pulak call masuk, kira a bit ganggu la proses. hehe 

menunggu (4/5)

ruang menunggu ai adalah kawasan air cond. lega je rasanya sebab sejuk. nak menunggu pun takde la rasa rimas. orang pun tak bersesak2 macam kat klinik kesihatan. dalam kol 10.30 am ai dipanggil masuk bilik rawatan. seram okey. 

bilik rawatan (4.5/5)

bilik rawatan ni memang selesa. satu ruang untuk satu patient. dalam bilik ada seorang dentist n seorang nurse. ai dapat dentist lelaki. cis malu plak rasanya kan. gigi dah la out of service. dentist plak hensem. huahua. 

rawatan (3.5/5)

oleh kerana ai takde appointment, so rawatan kali ni lebih kepada nak tengok apa masalah gigi ai. bila dentist  mula check2 gigi, dia pun bagitau apa masalah n nurse record. kat ai dentist bagitau ada lubang besar. dia kata kali ni dia buat tampalan sementara. so as dentist memang gigi adalah "permainan" dia. ai ingat habis dia korek2 kawasan lubang tu (kuar kan sisa makanan) n kawasan sekitarnya. masa dia tampal tu lagi la, siap masukkan jari n tekan kuat2 kat kawasan yang dia tampal tu, kira macam nak padatkan. sabar je la, sakit tau dentist. dah abis rawatan, dia bagi date appointment, 2 bulan dari tarikh hari ni 30.5.2013. pergh lama kan? fyi, dia buat appointment untuk tampal kekal n scaling. gigi kuning. phew. 

keseluruhan (4/5)

ai agak kagum dengan servis kat klinik gigi gomen p9 ni. walaupun banyak ai baca komen negatif pasal klinik gigi gomen p9 ni, tapi ai berpuas hati. ok la untuk consultation n tampal sementara zero charge. kalau kat private dah tentu kena rm95 n above. 

gigi sakit lagi

walaupun ada tampal sementara, hakikatnya gigi masih sakit lagi. lubang tu dah ditutup tapi masih rasa ngilu. oh my dentist, lamanya lagi appointment kita!

hot air baloon fiesta, putrajaya

27.3.2013

tahun ini ialah kali kelima penganjuran International Hot Air Baloon Fiesta. so setiap tahun pun pegi sebab nak tengok belon panas dan show2 nya. tahun ini? In shaa Allah.. 

apa lagi, moh kita?

pb project#2 KK Trip: final stage. yeah

26.3.2013

yeah, finally pb KK dah siap. yahoo yahoo. enjoy proofs. tak sabar nak submit. tapi kena tunggu 2 project lagi siap. dush.









pb project #2 KK Trip (in progress part 2)

25.3.2013

yeah, still in progress. muahaha :-) ayoyo why so lems ni. 


p/s: can u spot the difference? part 1 vs part 2. hehe :-p

pb project #2 KK Trip (in progress part 1)

24.3.2013

ages nak siapkan photobook KK ni oiiii. fyi, stage sekarang ialah "siap picture arrangement". phew 5 hari? lambat betul progress sejak dari hari pertama start. hahahah. tahap serius ni. pic KK memang banyak sangat n nak pilih punya la rambang mata. nak masukkan satu2 ikut plot cerita memang masak hangus la kan. 


ni dah habis bagus fikir cover nak buat camne. kering idea. hahaha. photobook masih mengekalkan "gaya nmk"- cover depan putih, cover belakang whole pic. "gaya" sangat kan, padahal ai tak jumpa2 template bckground yang cun with high resolution. 

okey, will update progress later. daaa :-)

tutorpb#2: tambah background @software Pixajoy!

21.3.2013

dengan menggunakan software Pixajoy untuk buat photobook (pb) uols sebenarnya dah ada banyak pilihan dengan background sedia ada. tapi, mesti boring asik2 nampak background sama je kan. hehehe :-)

so, teringin nak guna background lain? so, follow simple step ni :-)

tutor#2: tambah background @software Pixajoy!

1. google "free designer templates"/ "pattern"/ "background"/ etc. uols akan ada banyak pilihan untuk background photobook. contohnya ai dapatkan background dari http://harperfinch.deviantart.com.


2. pastu cari button download file


3. seperti biasa unzip/ extract file


4. pastu cer intai dalam folder tu ada apa? fantastic n superb nice layout kan, kan? 


5. untuk add background dalam software Pixajoy uols, kat tab "Backgrounds" kat hujung tab (pic below) pilih Add. pastu browse folder layout (step no 4) pilih dan add dengan jayanya. nak tau sucsess ke tak, uols boleh check kat ruang background. ada pertambahan? yup, uols berjaya!


as simple as that! okay, have fun berphotobook. yang belum jangan lupa intai2 n sign up kat Pixajoy website!

tutorpb#1:camne nak tambah/guna designer font untuk photobook?

21.3.2013

masa kita design photobook (pb), sure kita teringin nak pakai font ala2 designer kan? baru la up satu level pb kita. hehe :-) so, simple tutorial untuk tambah n guna designer font untuk project pb uols.

tutor#1 - camne nak tambah/guna designer font?

1. google "free designer font". sure korang akan jumpa banyak website yang offer free designer fonts. nak beli pun ok gak. my fav n ai guna so far sepanjang berjinak2 dengan dunia pb adalah http://www.fontsquirrel.com/


2. contohnya uols nak download font 'source san pro' - refer pic above. okay nampak tak perkataan "download"? klik sana n download zip file.


3. extract all zip file. 


4.  cari folder Fonts dalam PC/laptop uols

 

5. transfer font (dari folder yang download tadi) ke folder Fonts


6. ok, sekarang operasi dah berjaya. untuk pastikan fonts yang uols transfer ada. cer try buka document word/ etc, pastu browse kat jenis tulisan. dapat spot tak jenis font baru tadi?


ok, itu sahaja. selamat download n selamat berphotobook!

update 22.9.13

ada website font yang lebih cool. banyak pilihan. rambang mata. okey sila terjah http://www.dafont.com/

pb project #2 KK Trip

21.3.2013

yeah. move to next project. haiyaaaa. voucher dah nak expired ma. kena struggle siapkan photobook2 ni. huhuhu :-)

start: 20/3/2012, 10.00pm - 12.30am (2.5 hour) - progress 6 pg only? huhu

ok sneak peak proofs.

 

pb project#1: Padas WWR

20.3.2012

yeah KK fever still not meet the end line. hahaha. yup, ai just so in love with the trip so ai just don't bother to repeat it all over again. muahaha. sorry guys!

so, dengan adanya laptop baru, maka photobook (pb) project  with pixajoy pun bermula. yeah. love it? so, ai mulakan dengan pb project 1/13: Padas White Water Rafting. 

kali ni with more cool fonts and background. yahooooo! ok do enjoy some of my pb proofs!

untuk rekod:

start design: 17/3/2013 9.00pm-12am (3 hr)
continue on: 18/3/2013 9.00pm-1.00am (4 hr)
continue/end: 19/3/2013 7.00pm-12.00am (5 hr)

oh within 12 hour? ini gigih. hahaha







berjaya berhubung secara wireless. tahniah

18.3.2013

setelah pening-pening lalat memikirkan, why? why? modem maxis ni tak mau connect secara wireless akhirnya ai nekad berusaha untuk wujudkan hubungan wireless tu. nampak bersungguhkan ayat ni. hahaha.

akibat blur dengan kecanggihan windows 8 ni, merata-rata la cari cara macam mana nak connect. akhirnya, akhirnya berjaya. how? entah laaa, godek2 je la uols.

yeah, kini ai sudah boleh berhubung secara wireless. tahniah.

yahoo. sijil rafting@Padas WWR dah sampai!

18.3.2013

wah wah mentang-mentang ai dah mulakan project photobook, sijil bukti rafting pun sampai. alangkah gembiranya. yeah.

maka dengan ini ai isytiharkan, ai telah berjaya mengharungi cabaran Sungai Padas, Sabah :-) we're survivor. jeng jeng jeng


tahniah to anis n emel :-) great job guys!!!

photobook project 1/13: Padas WWR

17.3.2013

agak lama menyepi dalam bidang photobooking ni. sekali nak seru mood punya lah payah. idea takde. phew. apapun kena start jugak project ni, kalau tak expired sume voucher.

so dalam list ada 4 main photobook nak buat + 2 photobook anak. hehehe

photobook project (mak)

1/13 - Padas WWR
2/13 - KKB WWR
3/13 - Legoland
4/13 - Kota Kinabalu

photobook project (anak): guna template sama dengan photobook mak tapi ada tukar sikit2

3/13-1 - Singapore/Legoland Emel's
4/13-1 - Kota Kinabalu Emel's

total ada 6 photobook project. phew. 

sebagai permulaan, ai dah mulakan project 1st tahun ni Padas WWR. so selama 2 jam 30 min ai hanya berjaya buat 26 page sahaja. sungguh amatur. itu pun cuma buat kotak2 n masukkan gambar je. hehe :-) 

mula2 nak panggil mood kita design cover dulu...


pastu agak2 dah boley move mula merangka page2 lain. yeah. sehingga lah page penutup malam ni.


kalau ikut rajin rasa macam nak sambung je. tapi esok n whole week ada meeting yang agak tough maka, wrap untuk malam ni. 

okay, till then

p/s: rasa nak buat tutorial nak guna software ni, boleh tolong anis buat photobook dia (anis baikkan aku?)

jalan kaki ungu, putrajaya

17.3.2013

yeah hari ni ai n da geng bersama2 telah memeriahkan aktiviti jalan kaki ungu atau nama officialnya 1 million women purple walk di Putrajaya. event ni adalah sempena sambutan hari wanita :-)

so awal pagi dah bergerak.. 


nasib baik jumpa geng bila dah sampai lokasi jalan kaki. so sampai2 kita makan dulu! organizer prepare nasi lemak. haha, so Malaysian kan, kan? so bila dah kenyang pose dulu :-) semangat. hehehe :-)

depan poster
depan MOF
 saya gemok. haha

bila dah berkumpul, aktiviti pun dah nak mula kan. so kena warm up dulu. walaupun kami jauh dari stage utama tapi tetap jua warm up. belasah je la step apa pun, janji happy.

boss pun semangat jugak!

jalan kaki ungu ni memang santai la. jalan pun tak letih sebab dekat sangat. plus bukan tak biasa menapak dari opis ke pasar malam. lagipun ramai orang memang bersesak2. hehehe

bila pm bagi ucapan memang gamat la. ramai dok kerumun. hehe :-) 



apapun, enjoy jalan kaki ungu. yeah!

maxis wireless modem

17.3.2013

dah ada lenovo pastilah ada broadband right. kalau tak apa ertinya laptop ku? maka untuk itu ai dah sign up satu pelan maxis wireless broadband yang baru. oh, sebelum ni ai dah ada simcard maxis broadband, tapi sebab tak boleh beli modem secara berasingan maka terminate pelan adalah jawapannya!

tapi ai terminate pelan yang ai amik sebelum ni iaitu 3GB for RM68 ke pelan 8GB for RM68. harga sama kan GB je yang beza. wah wah wah. manyak syok. 


orang maxis kata, nanti bila dah activate modem ai akan tunjuk signal warna hijau. so ai pun asik on off modem tengok dah hijau ke belum, rupa2 nya kena install n setting dulu daa. baru boleh guna. tak pasal2 je ai call hotline maxis broadband 1800822000 beberapa kali tanya pasal bb ni. aisey

so atas tunjuk ajar nuurul, ai pun berjaya online. yahoo. oh oh yang paling penting nak upload software pixajoy! lalala :-)

ok till then. ai nak bergembira dengan device2 baru ni.

Terima Kasih Allah atas rezeki ini. Amin 

hello lenovo g480 in d house!



16.3.2013

akhirnya ai beli lappy baru. fine. ini semua sebab bosan tahap dewa.

perform baik-baik

p/s: aisey windows 8 la pulak. tercangak2 ai. huhu

Posted with my Huawei Ideos S7

complicated


9.3.2013

had a conversation, a friend of mine, not so close. thanks to wasup we had long chat! kadang2 bila kita tengok seseorang dengan mata dan hati, lain cara intrpretasi sesuatu perkara atau keadaan.

bila dah chat lama tu, some perception hapus macam tu saja. to you, have a great life. you know sometimes life is so hard n complicated. yeah. u can face it! cuma, kurangkan sarcastic tu. it's really annoying haha.

Posted with my Huawei Ideos S7

10 sebab kenapa PADI, Presint 3, Putrajaya BEST!


9.3.2013

hari ni memang weekend yang all out. tujuan kuar nak transfer gambar sudahnya ke laut. lepak punya lah lama kat PADI. hehe. nasib tak nampak manager hari ni. hehe :-)

10 sebab kenapa PADI, P3 BEST (sangat)!

1. homemade butter cake sedap

2. kek2 yang lain pun worth to try. my fav any variety of cheese cake

3. environment dia warm, welcoming n selesa

4. food sedap, try je la mana-mana. my fav seafood fried rice

5. air pun sedap gak! my fav hot honey lemon

6. ada free wife n laju. tak rasa macam guna internet menumpang

7. walaupun dok lama (sangat) takde sape nak pandang cam nak halau. haha

8. harga food n drinks affordable. tapi kalau dah melantak banyak bayar la ratus-ratus. sobs

9. dekat dengan surau and toilet yang besar n bersih

10. paling penting dekat ngan ATM- CIMB n RHB. hehe :-)

okey. sampai sini. setakat hari ni, heart PADI :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

Kota Kinabalu #d4- Pulau & Good bye KK!

2.3.2013

another day begins! plan hari ni sempoi je nak pi jalan2 kat pulau n balik. weehoo! dalam kol 8 am kami keluar dari bilik. objektif ialah Jesselton Point. menapak dr hotel ke Jesselton Point ni jauh gak la tapi ok lagi kalau nak berjalan :-) oleh kerana masih awal, kami decide untuk breakfast dulu kat tingkat atas Pasar Besar Kota Kinabalu.


habis breakfast kami teruskan perjalanan ke Jesselton Point. masa on d way tu ramai gak orang approach kami untuk naik bot diaorang pi pulau2. walaupun murah tapi kami ignore je atas sebab keselamatan. hmm. ai pun suggest korang direct je Jesselton Point nak beli tiket ke pulau Taman Tunku Abdul Rahman, ok? so samapai2 memang banyak la kaunter tiket yang panggil2 so bolehlah buat pilihan nak pilih mana satu. kami approach kaunter green holiday untuk perkhidmatan ke pulau2 berdekatan.lepas decide nak amik aktiviti apa kami punterus gerak ke jeti.

kat jeti kena tunggu jap la sebab bot masih kosong. sementara menunggu buat la photoshoot kan. haha. view kat sini pun dah cantik okay!


masa untuk menjelajah pulau! kami pilih 2 pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. first stop kami Pulau Manukan. oleh kerana anis n emel nak buat parasailing kami bantutkan hajat nak terjun dalam air biru kehijauan Pulau Manukan. walaupun sebenarnya kami dah tak sabar-sabar!


anis n emel parasailing kat Pulau Manukan


dalam kol 12.30 pm kami bertolak plak ke Pulau Sapi. pergh indah2 saujana mata memandang kebiruan air laut :-)


memang kebiruan air laut ni memukau pandangan. hahaha.kagum dengan ciptaan Allah. secantik-cantik pemandangan! tapi frust gak la, sepatutnya ke pulau2 ni nak snorkeling, tapi ikan2 tak nampak pun kat tepi2 ni, ada ikan tapi jauh ke tengah. jangan harap la kan ai nak pi berenang-renang ke tengah walaupun ada life jacket. hehe. 


dalam kol 2.30 pm bot datang pick kami untuk balik ke Jesselton  Point. dengan baju basah2 ni kami menapak balik ke hotel. memang cara! lepas dah rehat masa untuk cari makan! kami decide untuk makan kfc! hahaha. macam takde benda lain nak makan kan. 

around 7.00pm kami dah bersedia untuk balik kl! yeah. sampai2 airport rupanya system down! aisey. beratur punya beratur sampai terlepas waktu nak terbang 8.45pm. tiba je giliran kami kat kaunter, orang air asia tu terkejut yang ada lagi orang belum masuk. apa lagi kelam kabut la we all. naya beb kalau kena tinggal flight. apapun nasib baik terselamat walaupun semua orang macam bengkek je bila tengok muka kami naik atas flight. kekeke. malu besar beb.

kami selamat sampai kat lcct around 12.00 am. Alhamdulillah. so, it's wrap! percutian ke KK, memang awesome dan membuatkan kami fall in love dengan Sabah! yeah!

thanks of the day

sabahan yang asyik wish kami "hati-hati"

en kaunter air asia yang selamatkan kami dari kena tinggal flight.  



Powered by Blogger.