kebebasan atau apa yang kau tuntut?



12.1.2013

mual dengan rally yang tak sudah2. apa sebenarnya yang korang nak? himpunan kuning? himpunan hijau? himpunan apa lagi derr! aku memang benci semua ni, aku takut dengan semua ni, aku bimbang dengan semua ni. kenapa? yeah kau dah dapat kebebasan berhimpun kau, so apa yang kau perjuangkan? demokrasi?

demokrasi kah yang kau perjuangkan bila:

1. hari sabtu sepatutnya hari hujung minggu bersama anak, tapi kau sibuk rally. kau biarkan polis askar berkawal siang dan malam. hei mana hak anak mereka? fikiran anak penuh dan sarat dengan soalan. di mana bapaku? mungkinkah bapa akan cedera?

2. hari sabtu hari penjaja penjual cari rezeki lebih tapi kau sibuk dengan laungan perjuangan. kau telah 'curi' hasil perniagaan mereka. mak ayah pulak sibuk halang anak2 keluar dari rumah sebab ada rally? haha. negara ku aman. kenapa perlu halangan untuk keluar? mak kata, ada rally anakku. mak mungkin akan kehilangan kau.

3. integriti kau dihujung tanduk? kau penjawat awam? makan gaji dengan kerajaan. bagi anak bini makan dengan duit ko kerja dengan kerajaan. kau menentang kerajaan. mana setia kau? loya dan muntah hijau dengan kesengalan otak kau. kau patut tinggalkan je posisi kau dalam kerajaan bagi kat orang yang lebih memerlukan. yang ni memang aku malu. aku lagi malu bila kau tak sedar apa kau buat.

aku penat dengan semua ni. aku tak faham kenapa semua ni berlaku. bukan kah kita mendokong rukun negara yang sama. kita sepatutnya aman. tanpa rally pun kita bebas bersuara. tanpa rally pun kita bebas menegakkan kebenaran? apa sebenarnya yang kau mahu?

kenapa?

adakah kau mudah lupa?

bangunlah usaha perjuangan kau kalau disalurkan pada channel yang lebih tepat akan lebih bermakna. berjuanglah kerana-NYA dan bukan untuk kepuasan diri. aku doakan kau bahagia.

#my2centthoughts

Posted with my Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.