saya rindu untuk membuli



30.1.2013

laa rupanya kerajinan mengupdate blog merudum bila kat kampung halaman. of coz la kan asik giat membuli cil kecik auni. hahaha. best nya kalau dapat selalu membuli auni. hehehe :-)

dah 1 tahun 4 bulan, belum cakap berbutir tapi kepoh. ada je pot pet dalam bahasa dia. tapi bukan main fast learner sibuk sangat sampai atuk nak buat kuih karipap pun tak senang.

dear Allah, please protect my lil angel please give her good health!

Posted with my Huawei Ideos S7

pay day.... err shopping?



payday mean shopping day bila kat kampung ni. haha. so let's go to Tesco, kakak belanja. err..

so bila shopping hari gaji ni nafsu membeli belah luar biasa, ada pulak fulus lebih 2 kali ganda gak la spending nya. semua nak semua beli. takpe la mana lagi nak leburkan rm kalau bukan untuk family kan kan. always family first selagi berkemampuan :-)

so seperti biasa, cik kecik lebih diutamakan. dah la dia asik nak accident sepanjang hari ni, langgar itu ini. so nak bodek belikan lah "drawing pad ni". so jangan nak tertipu plak, lukisan yang kurang cantik tu bukan hasil tangan cik kecik, itu mak long punya kerja. kalau cik kecik punya hasil kerja... hmm. hehe. 

ok. habis shopping untuk bulan ni. sekian. 

aish nak wat apa ngan menda ni sume?



masa kat kampung hari tu ai bersemangat nak kemaskan bawah katil *tempat persembunyian harta-harta lama*. maklum lah balik sekali sekala kan, rajin bukan selalu. huahuahua

so mission untuk recycle bergabung dengan mission cari harta2 lama yang berguna. so banyak2 harta terjumpa harta zaman kfc ni. macam2 ada badge, tie pin, jam, keychain.. etc. 

what to do? simpan? malasnya nak simpan lagi, bukan buat apa pun. memori? hahaha. so ai cari2 blogger/ collector yang berminat. u know ada orang yang fan terhadap sesuatu so mungkin ada orang kat luar sana yang berminat untuk tambah koleksi? of coz melibatkan rm *nak menjayakan mission recycle for 1 dinar*. hahaha. 

anyone interested email me okey - asie_07@yahoo.com  

5S kat rumah ku syurgaku :-)



24.1.2013

cuti kali ni agak bermanfaat jugak lah. kenapa? kali ni operasi 5S kat bilik sendiri. tau2 je la bila kat umah kampung ni segala buku/ kertas zaman tok nenek pun masih ada lagi. yes so true. jangan kata kertas macam2 khazanah jumpa, sampai ai sendiri pun tak percaya kewujudan khazanah2 tersebut. phew

mengemas ni memang letih. lagi2 bila part nak koyakkan kertas pada cebisan2 halus. nak recycle punya pasal dan aim bila recycle nak dapat harga tinggi. tangan pun lenguh tau.

so kerja2 recycle ni baru je start. tapi aim usaha recycle ni tak boleh blah la kan. apa aimnya?

1 dinar emas :-) 

berjaya atau tidak berjaya? tunggu hasilnya! 

she is 1 year 4 month, my angel :-)



22.1.2013
 
yeay! finally looooong holiday. yippie :-) oleh kerana opening cuti kita 40+ day kan, so memang patut la ai p cuti uols. what to do, when my soul dah takde kat tempat keja lagi? cuti la! huhuhu.  

hari ni sempat singgah kat maybank hq near pudu tu. tujuan nak tanya pasal asb loan alih-alih lain yang terjadi. jeng jeng jeng. that will be in other post (maybe)

so sampai umah around 9pm, n the best thing bila sampai kat umah selain meet d parents is... meeting my "apple"!  

hai, hai meet my lil angel at 1 year 4 month. yes, growing up so fast. soon to be kak long. semakin bijak, a bit naughty n cheeky. hai lah.. sometimes a bit pot pet dan kepoh. oh, demanding too! siapa la yang ajar semua ni.

so, a week to go with lil angel. yeay yeay.

Net's E day photobook!



21.1.2013

first of all, tq kepada cik net sebab dia malas n takde mood nak buat photobook (pb) beliau maka ai dapat buat pb orang lain. yeah. oleh kerana voucher soon to expire on 26th jan dan ai pulak nak long leave start 22nd jan maka agak suntuk masa untuk berphotobook!

kronologinya pada 20th jan net suarakan yang voucher pixajoy dah nak expired. dia nak buat pb tunang. tapi dia a bit stress n takde mood nak buat pb. so ai offer nak tolong tapi oleh kerana masa suntuk tak tau sempat ke tak siap. malam tu bergegas la we all asingkan gambar. so malam tu jugak setelah hampir 4 jam siap half pb. klik sini --> #siri 1 net pb 

pada 21st jan balik keja n berehat sambung operasi pb. net mula nak buat tapi ai insist nak siapkan sebab net tak familiar lg ngan software pixajoy so agak terkial2 gak (jangan marah net). masa suntuk daripada tak siap baik ai gedik2 nak buat. so malam ni agak gigih la, siapkan whole pb, edit, tambah mask, tambah scrapbook item, edit tulisan. lepas dikomen berulang2 oleh net akhirnya net setuju nak submit terus. malas tunggu takut tak terhantar plak. adalah dalam 6 jam gak operasi pb malam ni. bila nak submit dalam kol 2.40am, ai x bley enter account pixajoy net. maka operasi tergendala.

22nd jan masa time net siap2 nak p keja ai pun minta net enter password pixajoy account. pastu operasi submit order pun bermula. ai tell u eh kalau internet slow upload hasil kerja memang lama! untuk pb net ni upload je took 2.5 hour! huhu. haru tunggu. apapun dah sucsessfully upload, skang tunggu hasilnya. berdebar2 nak tengok hasil kerja.

untuk pb net dia beli voucher hardcover pb 40pg with slipcase rm80. ada 3 choice pb boleh pilih n net pilih ruff tuff debossed hardcover pb. so first time ai buat pb jenis ni n memang blur sikit la. kalau uols nak pb jenis ni cover boleh pilih masa nak buat payment so xyah tercari2 kat mana nak pilih cover. hehe.

ok till then. more info pasal pixajoy klik banner sebelah kiri blog ni, jangan lupa sign up tau! daaa.

Posted with my Huawei Ideos S7

mimpi n telepati


20.1.2013

kes 1

ntah macam mana ai boleh mimpi pasal si poyo ni. yang lagi pelik mimpi tu mesra semacam. haha. sampai bila bangun tido boleh plak ai termenung dan kata apasal mimpi si poyo ni. menyibuk.

kes 2

masa tengah bersenang lenang selepas bangun tido hari yang sama, tiba2 si poyo whatsapp. haaa. si poyo tanya adakah ai marah atau merajuk atau apa2 sampai lari dari kumpulan. hoi. tak kuasa ok. si poyo kata nanti dia add semula. ai setuju dengan statement dipaksa. drama sangat kan.

persoalannya

tak kan ai p mimpi si poyo ni maka mesej telepati sampai kepada si poyo dan si poyo whatsapps? haaa. tak kan kembar sangat! lol. amit-amit.

confius. telephaty message? hahaha.

Posted with my Huawei Ideos S7

cik net Eday photobook with pixajoy



20.1.2013

yeah, malam ni excited pulak nak buat pb E-day cik net. lagi a week voucher nak expired oii baru terkedek2 nak buatkan. nasib baik housemate ekau ni teringin nak lepas gian berphotobook. siap 25 pg in 4 hour. aisey masih lambat lagi. so another 15pg to go. wah wah wah.

okay nantikan hasilnya. tunggu...

Posted with my Huawei Ideos S7

kek coklat for potluck



20.1.2013

potluck kat opis. oleh kerana semua dah ada menu malas mau berlebih2. so ai kena buat moist choc cake. as usual resepi yang menjadi ikutan ku resepi nani aka mrs dayat death by chocolate cake.

senang je nak buat kek ni, tapi remeh sikit laa. but resepi ni worth to try kalau nak makan kek buatan tangan sendiri n sedap plak tu. kali ni ai tambah 1 table spoon chocolate emulco sebab nak taste pahit2 coklat. boleh la kan.

tadaa siap untuk dimakan n dibawa ke opis. yeah



Posted with my Huawei Ideos S7

CNY deco at pavilion



19.1.2013

first of all happy birthday liya! hav a great year n semoga gembira selalu.

so ke mana kita? yeah, jom pavilion! errr. tujuan utama nak temankan cik net buat treatment, tebus voucher beli kat groupon. so sementara menunggu marilah kita berjalan di sekitar aras 6 pavillion ni.

apa yang menarik kat sini. ntah la. but CNY just around the corner huh. spot best view CNY deco dari aras 6. have fun ya!

Posted with my Huawei Ideos S7

fuyoo. ramainya peminat pixajoy!




15.1.2013

kenapa mata ni tak mau lelap haa? mengantuk tapi tak boleh tido. pls la mataku mari tido. huhu. tengah dok buka mata ni ai intai2 promo pixajoy kat groupon. klik link bawah ni :-)

pixajoy promo @ groupon

promo ni start from 14.1.2013 hari tu. surprisingly dah 439 orang beli! (statistik sehingga 15.1.2013, 1.15am). wow, hebat penangan pixajoy. u guys should have prepare for incoming orders. hehe!

untuk korang yang masih belum tersedar ada promo ni u guys still ada 3 days, 22 hrs, 38 mins left to buy! (pada waktu post ini ditulis). dan apa offer yang menarik sangat tu. baca kat bawah ni.

[56% Off] Personalised High Quality Hardcover Photo Book for RM55 instead Off] Personalised High Quality Hardcover Photo Book for RM55 instead of RM125. Choose Image Wrap (11" x 8" OR 8" x 8" OR 6" x 8") OR Debossed 8.5” x of RM125. Choose Image Wrap (11" x 8" OR 8" x 8" OR 6" x 8") OR Debossed 8.5” x 11”. Delivery to Malaysia and Singapore Available1”.

so apa lagi, beli beli. huhuhu

nota kaki: menunggu living social buka promo pixajoy kalau de voucher hard cover with slip case lagi cun. harap2 ada :-)

update 16.1.2013 12.15am, 724 orang dah beli. waaa dasyatnya pixajoy. huhu

Posted with my Huawei Ideos S7

154: Aku Bercerita



12.1.2013

finally, novel RAM dalam genggaman itu pun beli kat mph, sacc mall. walaupun ai tau bukan dalam masa terdekat ni pun dapat baca tapi lega bila dah dapatkan satu. haha, penantian ai telah berakhir :-)

apa yang terfikir itu......... ada!

Posted with my Huawei Ideos S7

kebebasan atau apa yang kau tuntut?



12.1.2013

mual dengan rally yang tak sudah2. apa sebenarnya yang korang nak? himpunan kuning? himpunan hijau? himpunan apa lagi derr! aku memang benci semua ni, aku takut dengan semua ni, aku bimbang dengan semua ni. kenapa? yeah kau dah dapat kebebasan berhimpun kau, so apa yang kau perjuangkan? demokrasi?

demokrasi kah yang kau perjuangkan bila:

1. hari sabtu sepatutnya hari hujung minggu bersama anak, tapi kau sibuk rally. kau biarkan polis askar berkawal siang dan malam. hei mana hak anak mereka? fikiran anak penuh dan sarat dengan soalan. di mana bapaku? mungkinkah bapa akan cedera?

2. hari sabtu hari penjaja penjual cari rezeki lebih tapi kau sibuk dengan laungan perjuangan. kau telah 'curi' hasil perniagaan mereka. mak ayah pulak sibuk halang anak2 keluar dari rumah sebab ada rally? haha. negara ku aman. kenapa perlu halangan untuk keluar? mak kata, ada rally anakku. mak mungkin akan kehilangan kau.

3. integriti kau dihujung tanduk? kau penjawat awam? makan gaji dengan kerajaan. bagi anak bini makan dengan duit ko kerja dengan kerajaan. kau menentang kerajaan. mana setia kau? loya dan muntah hijau dengan kesengalan otak kau. kau patut tinggalkan je posisi kau dalam kerajaan bagi kat orang yang lebih memerlukan. yang ni memang aku malu. aku lagi malu bila kau tak sedar apa kau buat.

aku penat dengan semua ni. aku tak faham kenapa semua ni berlaku. bukan kah kita mendokong rukun negara yang sama. kita sepatutnya aman. tanpa rally pun kita bebas bersuara. tanpa rally pun kita bebas menegakkan kebenaran? apa sebenarnya yang kau mahu?

kenapa?

adakah kau mudah lupa?

bangunlah usaha perjuangan kau kalau disalurkan pada channel yang lebih tepat akan lebih bermakna. berjuanglah kerana-NYA dan bukan untuk kepuasan diri. aku doakan kau bahagia.

#my2centthoughts

Posted with my Huawei Ideos S7

ABC special seksyen 2 shah alam



12.1.2013

waaa, balik dari visit baby hasya yang comel n mom nana yang struggle for breast feeding, kami p menyinggah ke seksyen 2 shah alam, tempat makan student2 uitm. ni semua gara2 nana, nard n raja yang dok post pasal abc kat seksyen 2. alang2 dah sampai shah alam moh kita ke seksyen 2 for abc n makan!

abc ni sedap tapi a bit manis. ada macam2 ingredients dan rugi kalau tak cuba. jom kita.

Posted with my Huawei Ideos S7

start d day with :-)



12.1.2013

today's plan nak p jumpa nana n baby hasya, lain2 ada homework menunggu tapi liat nak buat. hmm, boriiiing! eh eh, apa kata start baca novel aleya aneesa tu? sounds great! let's hav breakfast first. yeah!

love saturday morning :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

another trip to Padi :-)



11.1.2013

akibat promo berlebihan, jumaat ni ramai pulak nak p makan kat padi. seperti biasa jumaat memang full house. nasib baik kami yang jalan kaki ni sempat grab tempat duduk for 6! huhuhu.

kali ni ai makan lunch set sphagetti bolognase+soup with ice lemon tea n piece of red velvet cake. waa seperti biasa food sedap! geng makan kali ni pun enjoy food2 yang ada.

next trip to padi? next month la pulok!

Posted with my Huawei Ideos S7

nana&apis bundle of joy. hi baby H!



11.1.2013

nana telah selamat melahirkan secara operate. baby H tak mau kuar lagi tapi dia dah poo poo dalam perut mom dia. so cepat2 doc suruh operate.

to nana, oh my u dah jadi mom! lepas ni kita akan nantikan nana jr beraksi. kuat merajukkah? hehe :-) anyway nana n apis hav a nice trip to parenthood world, take care each other n baby H.

Posted with my Huawei Ideos S7

novel ke 153. hehe :-)



9.1.2013

tahun baru, series baru n novel baru. so, ni collection pembukaan 2013, novel ke 153 by alaf 21. waaa, banyak dah! sila jeles :-p

sebenarnya frust ai x habis lagi. tujuan masuk MPH hari ni, tak lain tak bukan nak beli karya RAM yang terbaru Aku Bercerita. malangnya stok habis! unbelieveable uols. stress pun ada, dah la ni kali kedua masuk kedai buku cari novel ni. huhu. tapi takpe, nasib ada novel baru Aleya Aneesa- Dia Tak Tanya, so beli lah bagi mengubat kekecewaan diri. sobs.

hmm, diam tak diam dah beratus pulak novel2 ai, nasib baik ada tempat lagi nak simpan. lama betul nak ada rumah sendiri ni. kalau tak mesti novel2 ni dah ada tempat yang lebih "selesa".

masa kat MPH sempat gak usha2 novel dari publisher lain. sekarang ni macam2 ada Buku Prima, JS, Karya Seni dll. ingat nak cuba baca novel dari publisher lain, tapi tak 'ter' bekenan lagi, sama ada novel tu tebal sangat or cover tak cantik or tulisan kecik sangat, argh banyak la alasan kan! so masih setia dengan alaf 21 but more selektif. maksudnya beli karya dari fav novelis atau cari jalan cerita yang lain dari yang lain. 

apapun keep up d good work team alaf 21 n teruskan berkarya RAM, Aleya Aneesa, Anis Ayuni, Damya Hanna, Norzailina Nordin, Durrah Fatiha, Nia Azalea, Lynn Dayana, Meen Zulaikha :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

kasi hilang sikit stress tu



8.1.2013

adoi rasa nak terkena gak ni.muahaha :0

Posted with my Huawei Ideos S7

terima kasih dari hati, pixajoy.


8.1.2013

hari ni ai asyik terfikir2 nak buat next project with pixajoy. ada 2 voucher lagi uols. bila ai wassup nard remind her untuk copy pic2 masa 1st time water rafting last year, excited datang lagi nak buat pb. haha. kemaruk ke apa.

pastu gatal tangan intai2 page fb pixajoy. wah wah found something yang buatkan ai terharu. sobs. u know what, pixajoy thank ai sebab share dengan uols pasal my experience with them kat blog ai ni. waaahhh. tak sangka tau.


nak baca pasal blogpost tu. jom baca kat sini. a big TQ pixajoy :-)

project  tahun 2012 (sept 12 to dec 12) ai dah buat 2 hard cover 8'x8', 1 soft cover 11'x8', 1 soft cover 8'x8', 1 soft cover 6'x8' n 2 slip case with pixajoy. of coz ai beli voucher2 ni masa promo. kalau tak silap ai beli 3 voucher soft cover kat living social n 4 voucher hard cover masa promo kat pixajoy website. yes notice ada 2 voucher hard cover belum guna? reserve untuk kkb water rafting n trip to kk sabah. yeah.

project 2013 will start soon. hehe. serap mood dulu. agak2 troughout d year berapa pb akan publish. tunggu. hopefully ada promo voucher kat pixajoy, living social etc.

anyway tqvm pixajoy team for the blog post. really appreciate that. work harder n enjoy!

Posted with my Huawei Ideos S7

gaji sebulan



7.1.2013

dah update!

yeah.

Insya'Allah ada rezeki untuk dikongsi :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

rezeki yang manis



7.1.2013

Memang murah rezeki hari ni :-) Alhamdulillah. Tq kepada puan boss untuk sekotak coklat yang muncul pagi ni. sesuatu yang manis untuk hari yang manis.

#petang tadi sempat pow cik wan satu coklat ferrero rocher. yeay!

Posted with my Huawei Ideos S7

#aizatamdan is so sweet



6.1.2013

yeay. terukir di bintang menang ajl! congrats yuna!

tapi hati melt bila tengok aizat amdan nyanyi lagu ni sambil goyang bahu. oh oh u so sweet la! eh abang misai u seksi tauuu. hahaha :-)

xoxo.

p/s: credit pic fb aizat. yeah

Posted with my Huawei Ideos S7

ehem, tambah 2 pasang lagi!



5.1.2013

petang tadi temankan cik net ke GM Klang, KL. usai menjelajah tingkat demi tingkat GM kami bergerak menuju ke jalan TAR! dah sampai sini ai terus set 2 objektif

1. nak beli novel RAM n Aleeya Anessa yang baru kat kedai buku. beli kat sini boleh dapat diskaun 20%

2. nak cari kain yang ada corak bunga2

okey, tujuan pertama GAGAL sebab stok novel RAM tak sampai lagi. uwaaa, kecewa. takpe, next time ai datang lagi. yeah. tujuan kedua cari kain memang senang je. kalau dah merata jual, tak jumpa memang something wrong la kan. mata asik melekat dengan kain design Itali 6D. cantik2 harga sepasang dalam rm130. pergh. memang tak beli la kan. jalan punya jalan masuk kedai kain yang offer kain Itali 6D rm80. waah, terus pilih design kan. rasa tak cukup satu, beli plak yang design 4D. pengsan sebab cantik2! akak kedai bagi harga rm120 untuk dua kain yang cantik ni. okey la kot.

dah habis shopping, masa untuk menghala pulang!

Posted with my Huawei Ideos S7

chef ida in d house



5.1.2013

sejak2 cik net nak kawin ni rajin bebenor beliau memasak. naya sebab kena perabis makan dan cita2 untuk kurus terkubur. hahaha

awal2 pagi cik net dah turun dapur nak masak lontong. maksudnya dia kena masak kuah lodeh, sambal tumis n rebus nasi impit. renyah? haaaa, memang pun!

hasilnya? mmmmmm dap! untung la encik tunang beliau ;-)

Posted with my Huawei Ideos S7

jom buat surprise kat boss



4.1.2013

hari ni birthday pn sham. so cawangan kita pakat2 mau celebrate birthday boss. hehe. bukan bodek tauu but we just love her so kita mesti celebrate birthday orang yang kita sayang. cewaaah.

so masa lunch kami dah tapau oreo cheese cake padi. waaaah, cake sangat sedap! rich n yummy. opsss kek pulak kan.

so surprise!

hari ni pn sham meeting whole day. kena tunggu meeting habis dalam kol 5 ptg. so kena la berlakon dulu kan. kpp ai masuk opis dengan muka serius nak buat luahan perasaan, pn sham siap soh tutup pintu. dj plak sibuk intai2 nak mintak tanda tangan. bila kpp ai kata, dj masuklah kami pun masuk ramai2 sambil nyanyi Allah selamatkan kamu n happy birthday! muka pn sham terkejut la uols. dia kata dia terharu sampai nak nangis. drama sangat kan boss.

apapun happy birthday ke 55 pn sham. hav a great year ahead :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

belated birthday treat, yeah.



4.1.2013

3rd quarter 2012 birthday treat, weehoo. aktiviti rutin cawangan yang dulu berpisah sekarang dah bergabung semula. hahaha.

ada 4 orang yang diraikan tapi semua pun takde except ai. haha. so lokasi sambutan di restoran padi@ galleria putrajaya. tempat yang nice dan food yang sedap.

tq guys for this birthday treat.xoxo :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

dah kemaskini buku?


3.1.2013

news yang selalu tiap tahun ai tak penah miss, tapi tahun ni tak alert langsung! pembayaran bonus n dividen asb. huahua. tq dj, sebab tanya, ai dah update buku asb ke belum?

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit. (berita pengumuman) 

tahun ni x excited nak update sebab aim nak biar je div n bonus tu. sebelum ni alert sebab risau ongkos tak cukup nak bayar yuran the twins. tahun ni depa dah keja, ai yeay, yeay tak payah kuar duit. suka kan.

tengok cik net nak kawin ni dah senget2 dia kira budget. patut tak simpan duit kawin walaupun calon takde. huhu. rm oh rm!

Posted with my Huawei Ideos S7

penat


3.1.2013

bangun at 2.30am dan termenung, eh ai dah solat isya' ke belum? blur sat. ni la penangan tido awal keletihan mental which drag ai to keletihan fizikal. muahaha.

letih otak mengadap ayat2 dalam peraturan yang nak warta tu. dekat dah nak warta ni seriau keja yang mendatang. boleh ke tak boleh?

catatan hari ni: novel baru RAM dah kuar. gedik2 nak beli tapi should ai tunggu sampai book fair? lamanyaaa...



Posted with my Huawei Ideos S7

hello 2013



1.1.2013

hai, hai 2013! sudah tahun baru! for me, welcome to 3 series yo! apa aim tahun ni? hehehe :-)

kerja

this year keja will quite tough. lepas dorman setahun now is this time to struggling more. go, go baby aj! and hopefully this year akan confirm sebagai p.a. Insya'Allah

life

what to expect eh? let's go with the flow :-)

my aim

1. nak beli AL, GN, NC (dah beli baru reveal apa. haha)

2. nak simpan duit untuk travel. yeah!

3. nak up koleksi dinar. koleksi katanya kan :-p

4. tbc... tak habis pikir lagi :-)

semoga Allah beri ai kekuatan, keyakinan, keazaman dan kesungguhan untuk capai aim dan nak jadi a better person, of coz :-)

Posted with my Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.