tekanan-tekanan yang tidak perlu

29.12.2013

hari ni tengok berita cerita guling kerajaan. pastu baca blog2 bertebaran isu pasal guling2 ni. pastu pasal bantahan oleh ngo2 dll. eh, viral betul. nak jadi ke? 31st? sebagai rakyat marhaein yang mempunyai kehidupan yang sederhana, senario ni memang menakutkan. nabil kata ala yang kat berita tu semua story 1 side je. tapi still, ini semua menakutkan. kalau jadi, adalah akan seteruk rusuhan2 yang selalu kita tengok kat kaca tv? kalau tak jadi, adakah agenda ini akan berterusan? maka, sampai bila? persoalan demi persoalan muncul, menyesakkan minda, mengusutkan hati, walang seluruh jiwa.

adakah kita boleh hidup seperti biasa, melalui norma2 seperti biasa selepas ini?
adakah semua perjuangan menuntut hak2 akan capai titik penghujung?
adakah semua yang kita mahu kita akan dapat?
adakah kita akan berpuas hati dengan apa yang jadi selepas ini?
apa yang akan jadi pada generasi kita seterusnya?
apa jaminan kita untuk hari esok?
adakah kita bangga dengan semua ini?

bukankah kita mempunyai saluran untuk berhujah, bertanya dan berdiskusi? kenapa rakyat marhaein selalu ditakut2 kan dengan ancaman2 anasir yang tidak sihat ni? risau. tekanan2 yang tidak perlu.

Ya Allah, lembutkan hati pemimpin, dan lembutkan hati mereka, lembutkan lah hati kami semua, kami mahu kehidupan yang aman, tanpa rasa takut menyelebungi hati-hati kami. jauhkanlah sifat2 negatif, bentukkan kami menjadi manusia yang lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan. 

Amin


p/s: kadang2 sabar tu memang perlu berganda-ganda. takpelah dah nasib diri macam ni. tak kan nak bandingkan diri dengan keselesaan orang lain. maaf la kalau selama ni menyusahkan! lepas ni akan lebih berhati-hati dan sedar diri!

nabil nak kawen

27.12.2013

hari ni ai create 1 group wassup untuk geng uk dengan tajuk "nabil nak kawen". hahaha. mula-mula nabil mesej tanya nombor2 hp geng uk. malas nak taip ai create je group kan senang. akhirnya reunion la geng2 uk walaupun di alam maya. tapi tau2 je lah bila mak2, para isteri, gadis-gadis dan bakal suami bergabung, memang gamat! macam2 cerita ada. how time flies! dah hampir 12 tahun kita semua berkawan. 

kalau tak sebab nabil nak kawen memang tak buat group ni. tapi nabil jugak la yang menyibuk (read as kepoh gila-gila) tanya ai "ko bila nak kawen asi". demm nabil, mentang-mentang ko nak kawen dengan pucuk muda berlagak eh. oh, untuk rekod shameer pun kawen hari ni tapi sebab tak tahu malas nak cerita lebih-lebih. yes, sebab hati kering malas nak jawab soalan nabil. jawapan mudah ialah "nantilah". 

walaupun tak boleh nak jangka how long we all mampu berwassup atas kekangan tugas dan keluarga, harap2 persahabatan kita akan berterusan sampai bila-bila. harap2 dengan adanya grup ni, kawan yang sorang tu akan lebih menghargai apa yang dia ada. harap2 faham teori pokok orkid ai. hahaha. yang tak reti2 nak kawen ni, please amik mood kawen eh. hahaha. hadap la cerita pampers, susu, anak, laki, masak dll. grrrrrr.

p/s: masa untuk create official boyfriend application form. eh? hahaha.

happy ma'long

27.12.2013

kalau diikutkan cuti ni memang takde apa2 plan pun. just nak menghabiskan sisa2 cuti tahun 2013. itupun masih berbaki 17 hari! fine 12 hari kita simpan gcr, 5 hari kita bring forward :-p

so, cuti dengan anak buah around make my life even better. kira macam terapi. sebab boleh dengar kanak-kanak menjerit apabila dibuli, lapar dan mengada-ngada. hahaha. dua orang kanak-kanak tapi rumah lintang pukang, pastu kena fokus apa aktiviti depa dan memenatkan. pergh, my respect to mom out there dengan anak2 yang lebih dari seorang.

ma'long pengsan dibuatnya. dengan kakak auni yang dramatik diva divana dan adik yang sangat qila the explorer. fine. patutlah mama dia asik nak lari umah tok mak bila ada kesempatan. how to handle both angles yang (omg!) sangat kreatif in any way.

i have more than 4 days untuk membuli kanak-kanak ni. hahaha. i'm so happy ma'long!

cookies untuk aqiqah irfan :-)

22.12.2013

yeah, penutup hujung tahun ni ada tugas berat menanti. hahaha. fazek order 2 batch cookies yield almost 3.0 kg untuk kenduri aqiqah irfan! dah lama tak bake ni, berdebar2 rasanya :-) 

harap2 oven masih ingat akan diriku :-p

berikan aku bahagia

22.12.2013

damya hanna adalah antara novelis yang ai suka. gaya penulisan dia baik dan buku yang dihasilkan pun bagus. bila ada novel baru keluar maka kena lah grab. so, ini adalah novel ai yang ke 178! buku kali ni agak tebal eh. bila agaknya nak mulakan pembacaan?


update 21.12.2013

yeah dah habis baca. cerita simple, penulisan menarik :-) oh, damya hanna comment kat wall :-)


aku sepasang kasut sukan

22.12.2013

masa sekolah rendah dulu, cikgu selalu suruh kita tulis karangan bibliografi (ye ke term ni?) pasal pensel, pen, kasut dan lain-lain. oleh kerana, karangan bukanlah kesukaan ai, maka end up karangan tu jadi ntah apa-apa, takde soul katanya. hari ni kalau cikgu suruh tulis karangan aku sepasang kasut sukan, rasanya idea belum tentu turun mencurah2. ah lihat saja penulisan ai ols kat belog ni, ntah apa2 gak. tapi layan je lah. hehehe :-) 


kasut sukan putih oren

kalau suruh recall, ai dah tak mampu ingat bila ai beli kasut ni. rasanya dah lama sangat kot. kasut ni memang berbakti, walaupun hakikatnya dalam beberapa tahun kebelakangan ni boleh dikira dengan jari ai menggunakannya. end up, kasut pun rosak dimakan usia. eh.

kasut sukan kelabu oren

kasut sukan ni ai beli supaya dapat mengembalikan jiwa atlet satu masa dulu. hahaha. wei, sila jangan gelak ok. ai memang pernah jadi atlet lompat jauh n lumba lari okay. but, once upon a time lah! dah semakin dewasa ni, memang takde la sukan2 tu. tahun 2014 ni, ai berazam (hmm..) untuk lebih banyak bersukan dan beriadah. harap2 dengan kasut sukan baru ni, akan lebih semangat kesukanan. hehehe :-)

baiklah mari berusaha. sekian laporan aku sepasang kasut sukan :-p


p/s: rindu kat cikgu sebab dua tiga post asik tulis pasal cikgu. eh?

oh my kl!

21.12.2013

hari ni ada misi penting. misi nak turun kl dengan beberapa tempat tujuan dan aktiviti yang dirancang dari awal. hmm. bunyi macam misi 007 pulak kan. apa2 hal, kita breakfast dulu. jom makan laksam!


actually hari ni, ai nak terjah pusat darah negara kat jalan tun razak. objektif utama nak jumpa doktor darah dan kedua untuk derma darah. dipendekkan cerita, hari klinik cuma pada hari isnin hingga jumaat sebelum pukul 12 t/hari. sekaligus ia membantutkan niat ai untuk derma darah. tapi takpe, at least effort dah ada kan? so, sebelum balik sempat grab beberapa leaflet untuk bacaan. later ai will share some benefit info dari leaflet2 tu, k :-)


so tak jadi derma darah, maka ai heading to jalan tar. alang-alang kan dah turun kl, bukan selalu. ingat nak masuk sogo, tapi bila fikir takde apa nak cari maka batalkan niat ke sogo. aim hari ni nak cari kain pasang untuk buat baju kerja 2014. hahaha. kebetulan hari ni ada pasar, so ada banyak la kain2 pasang yang terjual, memang menarik! tapi ada satu kedai Aria Fashion, tengah ada promo so masuk intai2 kain pasang. pergh, masuk dalam ni memang tengah sale! niat mula2 nak beli dalam 4 pasang, end up terbeli sampai 8 pasang (termasuk mak punya) which cost me around rm290. erk. tapi ok la jimat dah tu, kain dia pun cantik2. sabar je lah tengok. nasib ai bukan cikgu, kalau tak lagi giat memborong! hahaha.



dah abes shopping kain, singgah kat kedai buku, beli novel damya hanna. eh, kaki novel katakan, jiwa muda remaja mestilah baca novel. hahaha :-)


memandangkan 2014 adalah tahun untuk memulakan gaya hidup lebih sihat, terus nak singgah kedai kasut beli sport shoe. hahaha, alasan sangat, jangan sampai berhabuk sport shoe tu dah la. 


bila dah lapar, jom masuk kfc pertama! 


dah kenyang, now masa untuk bergegas balik ke wilayah p! penat tangan makcik bawak beg kiri kanan. ahahaha. after a long day (katanya...) dan kesusahan membawa barang-barang yang berat, nah sweet threat untuk diri sendiri.

Y.E.S Pixajoy promo datang lagi!

20.12.2013

yeay dah hujung tahun! hujung tahun maksudnya sale! sale! sale! okay, ai suka sale yang banyak kat shopping mall tu tapi suka jugak kat year end sale Pixajoy. hahaha. untuk rekod, sehingga hari ni, ai hanya ada 1 (jer) voucher photo book (pb) yang masih belum digunakan dan akan expire on 18/1/14. so, ini adalah masanya untuk beli beberapa voucher sebab utama voucher2 ni hanya akan expire pada bulan 8/14. haaaaa, lama lagi kan. 

promo shop till you drop kat Pixajoy! promo ni akan berakhir pada 31.12.2013, sempat sangat nak usha dan beli :-)


untuk full view tentang promo boleh terjah disini. kalau masih baby dengan Pixajoy dan belum ada account, jangan lupa sign up ok. you'll the account when u purchase the voucher :-)


fokus promo ai pastilah yang berkaitan dengan photo book. next year dah ada 1 confirm trip and 1 plan trip. so, definately ai need at least 2 voucher. tapi rasa2 macam nak beli extra pulak mana tau ada trip tiba2 kan. hahaha. favourite saize pb ai which is Cool Image Wrap 8"x8" takde pulak, but it's ok, ai boleh beli mana2 voucher yang promo, selagi harga actual dia hampir2, it's acceptable. 



another promo yang menarik ialah promo calendar. dari rm45 drop sampai rm 28, dan pembelian kedua dan seterusnya hanya rm19! rugu lah kalau tak beli, spend min rm19 boleh design personal calendar. eh memorable tau!


submit order calendar 2014 #pixajoy

19.12.2013

hari ni dah berjaya submit calendar 2014 untuk printing dengan #pixajoy! finally lepas touch up beberapa kali akhirnya my very 1st calendar dah printing mode :-p tak sabar2 nak tengok hasilnya!

ada orang tu tanya, kenapa nak buat calendar sendiri, kan dah banyak calendar free? ahahaha. memang banyak calendar free, tapi this one is so personal. ai letak date birthday kawan2 n famili, important dates, dinar target, gambar kawan2 n family dan yang penting one and only for entire 2014. hahaha. 

so, tak salah or rugi pun nak buat. habis 2014 boleh simpan buat kenangan apa? jom buat calendar sendiri :-) to view my calendar tengok kat sebelah kiri blog ni. hehehe :-)




update 20.12.2013

kalau teringin gak nak buat calendar, jangan risau, sekarang ada promo calendar rm28 je instead rm45 :-) tak percaya jom terjah year end sale Pixajoy!

baju tema g-10. yeay!

19.12.2013


semangat kesukanan g-10 katanya, siap ada baju tema lagi. nampaknya tahun 2014 ni g-10 kena lebih aktif lagi la. huhuhu. tapi, now sedikit boring bila asah dah xde :-(

#bajutema

ikrar kepada UNICEF Malaysia!

16.12.2013

UNICEF adalah pertubuhan yang berjuang untuk children rights. ai sebenarnya aware dengan kewujudan UNICEF tapi jarang2 nak amik tahu secara serius. sehingga lah ai jumpa a fund raising guy work for UNICEF kat alamanda satu petang tu.

punyalah penyibuk, ai pun sibuk interview dia kenapa dia pilih untuk jadi fund raiser for UNICEF. dengan gembiranya dia jawab "saya gembira, bila saya bangun setiap pagi, saya ingat yang hari ini saya akan tolong seseorang dan buat seseorang rasa gembira!" wow, truly inspiring walaupun ai tak sure tu skrip atau tak. lol. but in this case ai absorb kata2 dia secara positif. 

gembira kerana dapat bahagiakan orang lain. wow. tak pernah ai bangun pagi, dengan mood yang sangat positif macam tu. untunglaa kalau terjadi. next day ai jumpa dia, trying hard myself untuk bangun pagi dengan niat untuk bantu dan bahagiakan orang lain. perasaannya memang luar biasa. sebab positive energy create awal2 pagi. 

ok habis cerita diri sendiri. hehehe

berbalik kepada UNICEF, selama ni mati2 ai ingat yang depa dapat tajaan dari mana2 bodies untuk support program yang dianjurkan. tapi silap lah pulak telahan tu kalau tak masakan ada keja as fund raiser. rupanya diaorang kena cari orang untuk salurkan fund supaya UNICEF dapat jalankan program diaorang sekaligus memastikan hak kanak2 terpelihara :-)


so kali ni, ai menyeru kepada korang semua supaya dapat donate sebahagian duit korang untuk memastikan program yang dirancang UNICEF akan berjalan smoothly. ye lah bukan untuk sesiapapun, yang untung masih kanak2 yang memerlukan dalam negara kita. kan bagus kalau dapat bahagiakan orang lain. hehehe.

korang boleh choose untuk derma secara one time gift atau pledge untuk derma secara bulanan kepada UNICEF mengikut nilai2 tertentu. caranya memang mudah dan tak susah langsung. 

derma secara bulanan atau


derma one time gift



so, apa tunggu lagi jom donate to UNICEF!

website UNICEF Malaysia: http://www.unicef.org/malaysia/

portfolio ringgit.

15.12.2013

2014 ni strictly kena tambah portfolio kewangan yang baru. ni semua gara-gara tiada lagi potongan kwsp sebab dah masuk skim pencen. memang memeningkan. lepas baca majalah personal money tu baru terbuka mata tentang unit amanah yang moderate risk. tapi still belajar lagi. belum yakin nak terjun dalam portfolio ni.


ok sebut pasal unit amanah ni memang macam asing. tapi sebenarnya unit amanah ni memang kita familiar pun sebab kalau tau pasal asb, asn tu unit amanah la. tapi very low risk. kalau korang ada insurans yang investment link memang sebenarnya korang dah terjebak lama dengan unit amanah ni. macam ai yang baru discover, walaupun dah bersama insurans tu since 2007. baru tau rupanya insurans yang ada investment link ni, 40%-100% premium yang bayar tiap2 bulan tu akan dilaburkan dalam unit amanah yang company insurans pilih. memang tak amik tau langsung kan selama ni, bayar je tiap2 bulan.

now selepas 6 tahun, 100% nilai premium yang bayar setiap bulan dilabur dalam unit amanah yang patuh syariah. walaupun harga seunit cecah rm3 layan je lah ye. sebab selama ni memang tak perasan pun. nilai yang dilaburkan selama 6 thn tu pun dah bole beli 1500+ unit. Alhamdulillah :-)

ok now open my wide eyes. look for opportunity! chaiyok!

kakak-adik bond time :-p

15.12.2013

hai. nama saya auni dan ini adik saya qila. hehehe :-)

kakak auni dah 2 tahun 1 bulan n adik qila dah 8 month. dua2 anak buah ma'long ni macam-macam karenah la ni. pening dibuatnya. yang paling mencuit hati, auni panggil mak - tok mak. ni semua gara2 dia confius dengar ada orang panggil atuk, mak. so dia decide panggil tok mak. habis cerita. hahaha. 

ada satu hari tu auni demam, obviously dia tunjuk perangai yang sama dengan ma'long iaitu tak makan ubat. haha. siap cakap, "ma'long auni tak suka ubat". eh, who cares? mama kamu sumbat jugak ubat  risau demam berlarutan. hari tu auni tido awal sebab dia tak larat. nak dijadikan cerita, pada hari yang sama jam 2.30 pagi, auni ketuk pintu bilik ma'long macam nak runtuh. semua orang terbangun, nak marah tengok auni yang ketuk. atuk sabar je lah. haha. tapi yang lawaknya auni kata "ma'long, jom tengok internet, auni tak demam dah". haaa? sekarang pukul 2.30 pagi kot. malas ma'long nak layan. sudahnya auni sambung tido balik, dan seperti dijangka auni bangun paling awal pagi tu dan kejutkan semua orang. siapa la yang tak bangun bila auni jerit "ma'long, bangun!!!". fine.


adik qila is so gadis air mata. asik menangis je. mak kata, biasa lah qila ada bulu mata lurus, memang kuat menangis. hahaha. tapi yang paling penting, qila memang anti dengan ma'long. mesti sebab ma'long suka besarkan mata kat dia bila dia menangis. so kaki pembuli ma'long ni. memang setiap kali nak dukung qila dia menangis macam kena dera. sakit telinga ma'long sebab suara dia pitching tinggi. hailaa, anak buah yang sorang ni.


apapun, ma'long doakan anak2 buah ma'long ni sentiasa diberi kesihatan yang baik, jangan nakal2, jadi anak yang baik, bijak dan lain-lain. sayang budak2 comel ni ketat2. muah.

kenduri kawen, reunion dan makan

14.12.2013

bulan 12 ni ramai pulak yang kawen. untunglaaa. hehehe :-) kali ni edisi kawen isma n milin, kawan masa kat aysk dulu. nasib baik kat sungai besar je, gigih juga la ai ols nak terjah. nak pi kenduri kena pi ramai-ramai kalau tak awkward la kan. hahaha. so tag along anis n oyun without kids! yeay! anyway, kepada milin n isma, selamat pengantin baru. semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang aman bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Amin :-)


pic ni siapa ntah yang amik. macam nak kena sekeh je. kitaorang posing beria-ia, isma n milin x ready. ni la kegigihan mengambil bukti kehadiran namanya. 


lepas dah makan lauk kenduri, kami decide nak pi gosip sebarang dua. alang-alang kan dah jumpa. nak dijadikan cerita, teringin pulak we all nak makan durian. apa lagi, singgah pekan sungai besar beli durian lah! 3 biji rm10. boleh laa. cari port nak makan punya la jauh kat batu 23, feeling tepi laut katanya. hihihi.





kalau dah sampai kat batu 23 ni, tak sah kalau tak pekena mee udang. memang antara port2 makan mee udang la kat sini. tapi rasa mee udang dah tak kick macam dulu2. tapi belasah je lah!




kenyang sangat! hahaha. now, masa untuk hantar oyun balik rumah. part paling best sepanjang hari ni ialah mengait buah rambutan kat rumah oyun dalam hujan. malu betul ngan pakcik ahmad n naurah yang dok perhatikan perangai muda 30-an we all ni. hahaha.



bila dah penuh 2 plastik rambutan, anis n ai cari jalan pulang. well said, sepanjang jalan nak mengarah ke tanjung karang ni banyak pondok2 yang jual mentarang dan pisang! eh, apa kata singgah dulu beli pisang!


see muka ai yang excited nampak pisang. rambang mata okay :-p wow, we had so much fun when we're together! tq anis for the ride n oyun belanja makan, next time kita lepak sama lagi. hehehe :-)

final draft- 2014 calendar with Pixajoy

14.12.2013

next year meja akan diserikan dengan calendar buatan sendiri dengan Pixajoy! yeay. lama juga ai amik masa nak design. hmm, buat calendar untuk diri sendiri is quite stressful, sebab nak masukkan semua tarikh2 penting. 

now dah final draft tapi belum submit lagi. mana tau ada lagi nak touch up. hehehe. now view some proofs. amacam, cantik tertarik tak?







update 18.12.12

aisey dah terlupa nak submit calendar. hari ni baru ingat. dush! jom submit!

mental muda 7 tahun. opss!

14.12.2013

kesihatan mental adalah perkara yang sangat penting. jika mental tak ok, maka semua pun tak ok. bila ada mental age test yang viral kat fb, ai ols pun rajin lah jawab dengan jujur. hasilnya, kesihatan mental ai ols jauh lebih muda dari umur sebenar. haha. bukan sahaja jiwa muda, mental pun muda beb. hahaha.

fine. mental age adalah awal 20-an.


hey, most people's mental age is 5 years older? crap. sama ada ai tak sedar diri dah "matang" or diaorang tu yang over sangat? say no to unnecessary stress, yo!

personal money magazine

11.12.13

masa masuk mph hari ni, grab magazine personal money dec13. kali pertama beli, tapi pernah baca beberapa kali masa p rumah emel. majalah ni memang menarik sebab dari mula sampai habis certa duit. hahaha. like seriously. tapi ada gak artikel yang susah nak faham, kena merangkak2 baca, buka dictionary, google nak bagi faham. tak pernah baca magazine segigih ni. lol.


artikel paling best ialah pasal what to do if kita ada extra money range 1k to 10k? memandangkan bonus is around the corner artikel ni tepat pada masanya. artikel ni bagi info, first of all, kena build up saving fund up to 4-6 monthly salary. kalau dah ada cukup saving fund, pastikan ada life insurance. next is invest in unit trust follow by metal. 


building up saving fund 4 to 6 monthly salary definitely never an easy task. how? ask google. secara peribadi, agak sukar juga nak build saving fund dalam masa yang sama kena bayar hutang2, utiliti dan lain-lain. ada orang sarkastik kata, orang bujang la boleh save duit. definitely, boleh simpan, tapi bukan sebab bujang tapi sebab good money management. lol. orang bujang pun ada tanggungjawab pada diri sendiri, famili, negara, agama dan bangsa. so never underestimate tau. ai agak jauh lagi nak capai 6 month saving fund tu, tapi 2014 ni ai akan displin! displin! untuk saving fund (pengsan!)

insurans. rasanya setiap orang dah ada insurans. tapi life insurance? hmm, ai tak study on this part lagi. nanti baru komen :-p

unit trust bukanlah benda baru untuk ai. previously ai did some research on vary unit trust products, but end up ai do nothing. huhu. sebab banyak sangat benda nak faham dan so teknikal. dalam isu personal money kali ni, banyak highlight tentang unit trust dan cadangan website yang bersesuaian. satu website yang ai dah intai dan sangat menarik serta informatif adalah fundsupermart. ini adalah website yang boleh membantu newbie unit trust. still ongoing research done now, tak banyak boleh komen sebab teknikal. hehehe. apa2 pun untuk nasihat yang detail, pi la jumpa expert. last one, invest on metal. logam-logam biasa dalam urus niaga jual beli ialah gold dan silver. nak invest? silakan. hehehe :-)

secara keseluruhannya, magazine personal money ni boleh dijadikan bahan bacaan bulanan dan sesuai untuk orang2 mata duitan. hahaha.
Powered by Blogger.