2012 it's a wrap



31.12.2012

macam mana nak start eh. 2012 tahun yang agak up side down for ai. ada masa rasa hepi, ada masa rasa frust n demotivated dan kadang2 excited terlebih. huhu :-) but untuk semua positive n negative thing happened, thank to tuhan maha pencipta, maha pemurah dan maha penyayang. ai have my family around, good frenz, a job n more. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

YES it's the end of 2 series age! huahua. but not so much achievement huh? haiyaa.

so bila dah hujung tahun ni kena lah ulang tayang pencapaian, kegagalan, kegembiraan, kedukaan dan lain-lain kan. annual report katanya. tapi, tapi mana nak start?

family

lil auni is growing up u know, makin aktif, nakal n banyak keja. semakin hari semakin sayang. buah hati atuk of coz n sweetie pie mak long. family is expanding! sis pregnant lagi. waa murah rezeki, bertambah cucu atuk. alamak next year banyak la duit raya mak long kena kuar. Alhamdulillah, family dalam keadaan baik2 n tahun ni tak berjaya nak berjalan jauh lagi. budget ketat kan. oh the twins dah habis sekolah! that's mean bank boleh tutup. muahahaha. d twins dah dapat keja of coz lepas ni kena la tolong2 family pulok. terima kasih Allah.

kesihatan

yup kesihatan ai baik tahun ni. Alhamdulillah. tapi bila nak 3 series ni kena banyak wat check kan. huhu. oh tak bagusnya semakin lama semakin gemuk. huhuhu. tension punya pasal lah ni. melantak tak ingat. bila nak insaf ni. huhu.

aktiviti

ada banyak aktiviti sepanjang tahun ni. terjah pesta buku borong 10 novel kat pbakl 2012, 1st time masuk treasure hunt SAER 2012, 1st time gak water rafting kat KKB water rafting. aktiviti jalan kaki jangan cerita pantang ada masuk je. name it walkathon avon, walkathon kemeterian perladangan komoditi n tak dilupa tarian 1 malaysia. yeah should do more in 2013. yeah!

travel

tahun ni ada 2 travel trip. 1st was langkawi with aysk buddies- memang seronok sangat p langkawi, my 1st time. huhuhu. ai tak stori banyak pasal trip ni but ai do share online photobook masa p langkawi. nanti rajin ai kasi update cerita, tu pun kalau ingat.  2nd one p USS Singapore. yeah oversea trip kan. so buat passport for d very 1st time. USS memang super fun! 2 benda tak boleh lupa masa p USS was the roller coaster dan tragedi pemandangan yang terhijab. but yeah a worth trip of coz. ni pun sila view my online photobook. hehe.

financial

tahun ni berbelanja tak ingat, sedap je amik n bayar kan. saving pun suam2 kuku. dah simpan pastu eh eh terguna. cis.  now time to recover al maklumlah tempoh penajaan d twins dah ditamatkan. so kena displin semula. jom menabung!

kerja

2012 is tahun kureng bila bab kerja. yup phase kerja adalah stagnant takde yang menarik semuanya rutin. so p keja balik keja. huhu. pastu dengan environment yang membunuh semangat keja, yeah keja tak menarik. rasa nak pindah sabah keja. huh. but bila ai tau bukan ai je yang rasa negative pasal benda tu ai move from phase demotivated. buat apa nak stress yang membunuh baik stress yang gerakkan kita to do something yang positive, more years to go. oh! hujung tahun tiba2 kena pulun banyak untuk gerakkan 'baby' aj. yeah, now spot some sunshine. chaiyo!

life

life ai tak la extremely change throuhout the year. but loose sikit bila ai mula2 wat decision nak spent untuk travelling. in a year ai beli 4 tiket flight. hahaha. pastu buat qurban for myself melalui infaq kemboja, rezeki ada untuk share, why not? pastu ada hobi baru, photobook! dah macam addict pun ada, asik nak beli promo voucher pastu spent time buat photobook. yeah walaupun photobook ai masih tahap design 'boring' ai suka jugak! untuk rekod ai dah buat 3 softcover n 2 hardcover photobook - auni/ lia/ langkawi/ uss/ lawatan. yeah!

keputusan paling gempak

ada satu keputusan yang memang gila tapi buat gak. bayar ptptn near 16k dengan kwsp acc 2, pengeluaran pendidikan. ni akibatnya nak kejar diskaun 20% yang banyak muslihat. walaupun ai tertipu dengan helah ptptn takpe, takpe. hutang wajib bayar. kalau tak bayar sekarang masa kuar kwsp still kena bayar gak. sakit hati ngan bayar bulan2 kat ptptn tapi macam apa pun tak bayar. podah la ptptn.

cinta

yeah ramai kawan2 kawin tahun ni n d besties yang kawin nana n shu. both sudah pregnant n lagi beberapa week akan jadi mom. huhu. oh cik net pun dah tunang dengan cinta hati beliau n 2013 kawin. ni menjadikan geng ukm semua dah kawin except me. hahaha. anyway happy for u guys. n for me no worries tuhan tahu bila dan mengapa. so enjoy je life dulu. hehe.

penulisan blog

2012 tahun yang agak malas malas rajin nak update blog. tapi 308 post sepanjang tahun 2012 kira yang kedua terbanyak sepanjang 4 tahun berblogging. yeah. year to come, Insya'Allah ai will blog more :-)

kesimpulan

banyak ruang lagi untuk improve. hopefully Allah beri kekuatan dan bimbingan supaya ai manage to improve in vary aspects. yeah. chaiyo!

THANK YOU ALLAH. Alhamdulillah!

Posted with my Huawei Ideos S7

DJ's shepherd pie. wah wah wah



31.12.2012

dj buat sherpherd pie kat kitchen we allz! tq dj siap buat 1 loyang untuk kami. untunglaa sape kawin ngan dj pandai masak. hehe :-)

but sape nak habiskan satu loyang ni?

Posted with my Huawei Ideos S7

warna warni tahun baru



30.12.12

alkisah kain yang tertangkap. ngap!

hehe, gembira kerana berjaya shopping. yeay!

Posted with my Huawei Ideos S7

housemate outing day!



30.12.12

yeah. after 2 weeks plan berjaya jugak we all terjah pasar karat @ stadium shah alam. motif utama ai nak cari kain for baju kurung n cuci mata. yeay!

pasar karat's catch: 2 pasang kain+1 blouse untuk mak+ buah2

pastu dah sampai SA, we all terjah SACC sebab cik net nak usha festival pengantin. hahaha. amik mood la uols.

pastu ada banyak banner jakel inform jakel ada sale. maka ai request cik net p jakel. huhu. tqvm cik net. kat jakel memang seram uols. orang ramai giler macam kain jual 1 meter seringgit. choii la kan. ai tengok kain kurang cantik pun mahal. mana sale nya? tapi dah terlajak sampai cari gak la kain yang murah2 kan 3 pasang rm100? huhu.

jakel's catch: 4 pasang kain. eh eh..

pastu..

balik umah daaa..

tq cik net :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

my photobook!



27.12.2012

order kali ni 2 hard cover pb, 1 soft cover pb n 2 slip case. yeah, so so excited bila tengok hasil pb. notice ada kecacatan gak tapi minor2 la. kecacatan tu berpunca dari ai jugak ada plak susun pic senget2. padahal dah check betul2. stress je. tapi, almaklumlah baru belajar kan banyak lagi la kena explore.

yeah tak sabar nak buat next project. kk? huhuhu lamanya lagi berkarat la skill ai ols. oh oh ada satu water rafting! bila nard nak pass pic ni. derr.

Posted with my Huawei Ideos S7

penantian menyeksakan. skynet, huh!



27.12.2012

finally my photobook arrived dengan selamatnya. huhu. penantian memang menyeksakan u know!

ai tak boleh blame pixajoy sebab lambat sebab expected delivery sepatutnya on 22.12.12, n pixajoy team dah keluarkan order ai on 21.12.12. sepatutnya my order akan sampai exactly on 22.12.12.

so masa 21.12.2012, ai trace activity consignment ai katanya dah 'out for delivery'. so berbunga lah kan. tunggu punya tunggu tak sampai barangnya. kecewa lah ai ols kan. nak sedapkan hati, ai pun fikir ada masalah la tu, maybe isnin baru sampai. oh, tunggu lagi 2 hari!

on 24.12.12 ai trace lagi consignment activity, katanya dah 'out for delivery'. haa, berbunga lagi. tunggu punya tunggu, nan ado consignment sampai. hampeh betul! dah la sok nya cuti krismas kena tunggu lagi 1 hari.

on 26.12.12 ai trace lagi consignment activity, yes dah 'out for delivery' lagi. kali ni ai dah call Skynet office kat Subang 03 56239046 and managed to talk with 2 person which is Faizal n Shahrul. ai called kali pertama bagitau yang consignment tak sampai lagi. lepas depa check kat sistem Shahrul contact ai semula at this no 016 3391901 n inform consigment ai dah ada kat p9. wah berbunga lah hati ai kan. around 5pm consignment tak sampai gak! hati dah panassss kan. ai call Shahrul lagi n info dia if delivery buat after 5.30pm soh despatch tu call ai. Sharul info despatch ada kat p9 lagi n pass no despatch kat ai. Around 6.30pm ai call despatch dia kata ada kat p9 lagi tengah tunggu barang nak dikurier tengah pack. cis kan. despatch kata kalau ai nak amik boleh jumpa kat mamak double. lucky hari tu dj ada so ai tag dj makan kat medan selera p9. bila ai sampai n call despatch tu dia kata dia dah balik. ngeng betul.

27.12.12 pagi2 dah call Shahrul info dia consignment ai tak sampai lagi. dia mintak maaf coz ada masalah teknikal. dia janji hari ni delivery mesti sampai. ai malas dah nak terpedaya ngan janji skynet ni. ai check consignment activity lagi n katanya dah 'out for delivery'. at 2.30pm ai call Shahrul bagitau consignment tak sampai lagi. dia janji hari ni barang ai mesti sampai. ok tunggu dan tunggu akhirnya at 4.30pm consignment SAMPAI!!!

penantian berakhir! what I worry most barang ai akan rosak. ye lah dah 4 kali 'out for delivery'. nasib baik pixajoy balut photobook dengan lapisan2 anti kemek. maka all photobook selamat!

oh on 28.12.12 Shahrul call ai tanya whether ai dah terima consignment. haa, gigih kan nak call ai customer service katanya. nasib ai tak marah uols!

kesimpulannya, next order ai tak mau guna free delivery skynet ni sakit hati. nasib baik pixajoy dah ada delivery service baru gdex yang kena bayar ikut berat. huhu. should try lepas ni.

okay dah habis complaint. to Skynet please work hard to improve your service.

Posted with my Huawei Ideos S7

muffin, love!



25.12.2012

another muffin version. instead of gula kastor ai guna brown sugar, sour cream replace with whipping cream. nasib baik menjadi. but a bit basah sebab ai tuang habis whipping cream, resepi mau 1 cup je. pastu butter pun malas timbang kan.

hehe. best part masa baked muffin ni part bahagian atas muffin merekah bila dalam oven! sign of sucsessful recipe. yeah!

just love d taste. less sweet!

Posted with my Huawei Ideos S7

22.12.2012 saya berharap...



saya berharap:

a) kaki saya akan sekurus itu, boleh lah .....

b) kaki saya tidak akan sekurus itu, jika tidak ....

mana satu keinginan dan kemahuan?

#erlputrajaya#boring#cari pasal

Posted with my Huawei Ideos S7

21.12.2012 i just hate it


sedih betul sebab hujung tahun tak dapat cuti. masa ni la nak ada 'so called crisis' tu. why? why? kalau dari awal buat kan senang, now nak put blame on us n tak pasal2 kena burn cuti. sedey.

why? why?

hati tak cukup bersih lagi ni, sebab tu ada someting wrong somewhere. yeah, time to improve.

Posted with my Huawei Ideos S7

20.12.2012 cari ilmu



Alhamdulillah, dapat hadir dalam majlis bicara rohani by ustaz don..

Posted with my Huawei Ideos S7

lawatan sambil belajar 8-)


5-6.12.2012

sepatutnya peluang lawatan ni milik cik dj, tapi atas keperluan lain yang lebih penting ai replace untuk buat lawatan ni. so, mari kita buat lawatan aktiviti industri tenusu di selangor n perak. yeah!

ai personally memang tak penah pergi ladang kambing or lembu sebelum ni. memang dalam kepala asik pikir mesti busuk. huhu.

hari pertama lawat ladang kambing kat selangor, perjalanan yang agak mencabar. amazingly sampai kat kadang kambing yang ada more 100 ekor, bau yang ditakuti tu takde! tipu lah kalau kata tak berbau, tapi memang light n boleh bernafas seperti biasa. yang lebih best kambing2 tu memang friendly n manja.

hari kedua lawat ladang lembu, first time jejak memang menusuk bau urea lembu+najis lembu. pening sesaat. lama2 imune dengan bau. ada harapan jadi tokey kambing or lembu ni..

so tugas ai sepanjang lawatan kena amik gambar. yup, tapi tak bawa gadget kan. nasib baik tuan pinjamkan Note beliau. maka terhasil lah capture yang indah2. huhu.

overall trip ni menarik n orang2 dvs pun sangat membantu dalam beri informasi n assist kami yang baru nak belajar ni.

as usual, picture speaks thousand word. enjoy pb lawatan aktiviti industri tenusu :-)



Posted with my Huawei Ideos S7

#MAHA 2012 #petugas



1.12.2012

MAHA adalah aktiviti setiap 2 tahun. maka dalam setiap 2 tahun tu tak penah lagi la ai miss duty kat MAHA ni. tahun ni parah sket sebab geng duty ai tak datang. maka duty secara solo. bila duty solo ni penat la kan, maklumlah orang ramai tak kan tak entertain pulak. dah la datang jauh2, sarawak mari pun ada. gigih kan?

kali ni duty kat kawasan industri burung walit. memang ramai yang berminat ngan burung walit ni, maklumlah mahal kan. sayangnya eksport negara berkurangan dek negara China yang mula ketatkan peraturan mereka. ada gak yang datang marah2 n kata geli dengan peraturan2 ni semua. huhu. tapi kalau takde peraturan maka bermaharajalela lah pengusaha2 sarang burung walit kan. hmm..

apapun duty hari tu berakhir tepat jam 4. ai happy sebab dapat entertain orang2 yang datang booth dalam masa yang sama bengang jugak dengan 2 orang geng petugas yang selfish tak datang duty. choii sangat kan.

#MAHA 2012#best#bengang

Posted with my Huawei Ideos S7

Cik Net's E-day!



18.11.2012

masa cik net tunang hari tu ai berjaya gak siapkan 3 batch cookies untuk goodie bag beliau. dah terlanjur berjanji kena la tunaikan, kan? janji ditepati katanya.

memang pulun lah buat, dari adun sampai pek kecik2. dah la buat sehari sebelum nak p uss memang nak kena la kan. apapun such an honour dapat tempatkan cookies ku with item2 lain dalam goodies bag cik net. Alhamdulillah, masa sampai umah cik net kakak2 dia dok puji cookies ku.. ahaha, sedap katanya. biasalah buat dengan penuh kasih sayang kan.


hari E-day cik net memang gempak mengalahkan orang nak nikah dah. dari pelamin, meja makan, susun atur, orang yang datang... pergh amik mood nak kawin cik net kita ni.

ai kat kampung cik net sehari sebelum majlis. memang datang saja je tak tau nak buat apa. semua kakak2 n abang2 dah settle kan. best gak family besar ni. persiapan sehari sebelum memang riuh, lucky ai dok escort cik net amik kek n barang2. maka keriuhan persiapan ala-ala je lah.

oh, memandangkan 17th birthday cik net, maka kami 'celebrate' dengan makan mee bandung parit jawa. yeah.

to cik net# have a good engagement period!#

eshan n fazek :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

cuti-cuti#2: USS

12.11.2012

finally trip pembuka ke laluan oversea. dekat je, singapore. tujuan utama trip ni pastilah ke Universal Studio tapi sempat juga kami menyinggah kat masjid sultan n makan murtabak singapore kat jalan sultan.

walaupun trip ni dicemari insiden ai terhilang selama 40min daripada geng2 travel dan sedikit sebanyak membuatkan diriku menjadi fobia dengan trip oversea, tapi it's okay. lesson learn. kalau tak jadi worst case, i may not prepare for next next trip. ada ke? hahaha

okey, enjoy USS Photobook! seperti biasa picture speaks thousand word. yeah

love. xoxo

 

cuti-cuti#1: Langkawi

31/10/10-3/11/2012

yeah, finally trip geng2 aysk berjaya dilaksanakan. short plan tapi menjadi. semua pun ON. okey buat masa ni u guys enjoy dulu pic2 from my online Langkawi photobook :-) picture speaks thousand word kan.

love. xoxo


sneak preview. photobook

9.12.2012

yeah, some of u might say.. apa da asie tak habis2 ngan photobook. haha. apa nak buat bukannya ai ols ada rumah tangga nak kena jaga kan. so ai spent my quality time untuk buat photobook. 

but keja selalu buat kita stress dan malas maka untuk dapatkan idea untuk design photobook pun memang kacau. kadang2 bila dah excited nak buat badan n otak letih, so utamakan tidur. bila cuti kita all out la nak siapkan photobook yang tertangguh

dengan pixajoy software, keja design photobook jadi senang sangat. pastu bila kita update software lebih banyak scrapbook item, background, frame akan ditambah. design is super duper easy! 



maka bila dah easy banyak la project pb nak buat kan...



pb langkawi

ai start sikit2 dengan design template. pastu bila dah ada gambar (amik dari azmi) + gambar from my camera so aktiviti design pb langkawi pun bermula. ai amik masa 2 hari nak siapkan. puhh


pb langkawi dah complete upload, dah submit. yeah. expected sampai 19/12/12. pb ni guna voucher hard cover yang ai borong sebelum ni. Cool Image Wrap, cover glossy, content matte :-)

pb uss

pb ni a bit susah sikit nak buat sebab pic tak banyak. tapi layan je la.. ni pun dah submit. yang ni pun guna voucher hard cover. Cool Image Wrap, cover glossy, content matte :-)


pb lawatan sambil belajar

pb ni adalah trial version. muahaha. sepanjang g lawatan sambil belajar ni, kami guna hp tuan galaxy note untuk capture. so tujuan buat pb ni sebab nak tengok quality pic galaxy note.. cantik ke tidak? so yang ni ai guna soft cover voucher Cheap n Chic Soft Cover, 8"x8", cover glossy, content matte :-)



pb ni belum submit. still ada pic2 yang belum masuk. huhu.(done submit on 11/12/2012)

okay. later ai update lagi pasal pb with pixajoy. kalau nak tau lebih lanjut tentang produk n what is pixajoy, klik button pixajoy kat sebelah kiri blog ni. if nak belajar macam mana nak buat, sila comment- minta tunjuk ajar, i'll help mana yang ai tau.

ok, xoxo

oh my blog. xoxo

9.12.2012

it's been a while. puhh, lama tak update belog kan,kan. aisey, ingatkan lepas tengok istanbul aku datang, keterujaan mengupdate belog akan menjadi luar biasa, rupanya semakin malas. hahaha.

untuk rekod ai kena update juga important thing. yup who knows in future ai nak recall gossip2 semasa ai tahu where ai can find it. yeah,my blog. xoxo

where should ai start.hmm, november banyak point yang ai miss nak update. malas, of coz. ai akan senaraikan supaya ada masa nanti ai akan update. ye, janji. huhu :-)

1. langkawi trip with aysk buddies 31/10/12-3/11/12. oh macam dah sebulan  lebih trip ni berlalu tapi tak update lagi. yess. i know, cerita dah basi. but, hey ai baru je siapkan photobook langkawi n dah submit. so, ok lagi la kan, kan. (done 13/12/12)

2. uss trip with opis buddies on 12/11/12. yeah, another trip. photobook pun status sama macam langkawi dah submit. yeah. (done 13/12/12)

3. cik net's E-day on 18/11/12

4. outstation to Penang 25-29/11/12. ah.. meeting!

5. duty MAHA. 1/12/12

6. Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia 2/12/2012

7. lawatan sambil belajar @ladang kambing n lembu tenusu 5-6/12/12

ah cukup, cukup. yang tak penting kita skip. haha. ok la till then :-)


xoxo
Powered by Blogger.