cabaran rasa#1: masak lomak cili padi



6.10.2012

masa ai g pasar hari jumaat tu, dok berkira2 nak beli barang untuk masak lemak cili padi. hmm, tapi tak pernah masak pun dish ni. cik net suggest beli barang2 yang biasa orang guna untuk masak lemak n udang as main lauk dalam masak lemak cili padi.

lucky ada buku RASA yang of coz ada resepi masak lemak cili padi. hehe :-) operasi bermula lewat petang, masak untuk dinner. yeay! cabaran rasa#1 bermula!

Resepi: Masak Lemak Cili Padi Udang vs Telur

masa penyediaan: 15 min

masa masak : 25 min

bahan2

1/2 labu bawang besar*

3 ulas bawang putih*

20 biji cili padi*

kunyit hidup (natural color)*

santan (1 biji kelapa)

serai 2 batang

air

seasoning

telur 2 biji

udang 10-15 ekor

cara membuatnya

1. tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda (*). guna lesung batu :-p

2. panaskan kuali, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan air. biarkan hingga mendidih

3. masukkan santan dan serai. kacau sehingga sebati, sampai naik minyak

4. masukkan seasoning sesedap rasa

5. akhir sekali masukkan telur (yang dah direbus) dan udang.

6. dah siap dan boleh dihidangkan

cabaran rasa #1: rasanya berjaya kot. hehe :-)

Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.