makan!



18.10.2012

as usual ada courtesy dinner for trainer dan peserta training. kali ni makan kat restoran putera ayu, padang jawa. setelah bersusah payah menguruskan lo n menu dapat gak merasa dish2 sedap kat restoran ni. haha.

restoran putera ayu offers environment yang nice, hospitality yang super nice dan yang paling penting food adalah marvellous! sedap nya ikan bakar pari, siakap 3 rasa, sayur campur dan lain-lain.

kalau korang ada kat kawasan berdekatan sila lah singgah :-)



Posted via Huawei Ideos S7

random pic #17: technical update



18.10.2012

as usual, ada technical update kat ofis. alhamdulillah, tajuk lecture 1st hari ni "sabar adalah jalannya" n 2nd lecture isomaltosa by dutch lady.

hey, notice mamat yang tinggi tu? haha, rendahnya orang Asia!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#4: capati roll



17.10.2012

makan lagi. hehe :-) kali ni dapat idea nak buat capati roll bila terdengar "paratha" kat tv. untung ada bahan2, bolehlah beroperasi mengikut imaginasi.

skill balut n preparation ni cilok pengalaman masa keja kfc dolu-dolu. dish yang mudah dan sedap. dijamin 101%

bahan- bahan (ikut no dalam gambar)

1- capati

untuk capati ai beli yang segera jenama "kawan". panaskan atas kuali- until ready to eat

2- prepare inti telur (2 biji telur+2 sudu susu uht), rebus mix vege n pop corn chicken/ chicken chunk

3- sedikit mayonis dan keju parmesan

cara membuat

4- di atas capati, spread mayonis dengan sekata. susun telur, mix vege n chicken chunk seperti dalam gambar. jangan lupa tinggalkan 5cm untuk lipatan. tabur keju parmesan sehingga sekata.

5- gulung capati roll. bake dalam oven for 5 min at 160 deg C. pastikan cheese melt

6- tadaa, dah siap. jom makan!

cuba jaya eh. sedap tau!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#3: popia roll



15.10.2012

macam biasa projek makan2. part menggulung memang menguji kesabaran tapi apakan daya gulung la sehingga terdaya. nak makan kan??

bahan2

kulit popia

1 cawan horlicks*

1 cawan nestum*

3/4 cawan gula castor/ boleh kurang*

* bahan2 bertanda kena blend

part gulung memang thrill amik masa, part goreng n sadur senang je :-) kalau rajin sila la cuba resepi ni.

Posted via Huawei Ideos S7

d cream fudge factory



14.10.2012

aiskrim! okay, hari ahad tanpa aktiviti adalah masa terbaik untuk belanja diri sendiri makan aiskrim sedap. dah lama gak ai teringin nak makan aiskrim kat sini tapi macam2 hal menghalang.

1st time pijak kaki depan kedai aiskrim ni, terkedu jap sebab banyak nak pilih, tak tau nak pilih apa. so bila kat kaunter ikut arahan cashier je la. pilih cone, aiskrim n inti. pastu bayar dan masa untuk makan!

sedap ooooo. untuk 2 scoop aiskrim rasberry n vanilla with brownies n mars chunk dan cone bunga ai kena bayar rm18. mahal untuk aiskrim? tapi berbaloi, yummy!



Posted via Huawei Ideos S7

random pic#16: anis belanja



13.10.2012

roti canai old town, near sogo. tq dear fren, sebab belanja makan n most important pinjamkan telinga untuk mendengar keluh kesah. haha :-) sori la sebab banyak sangat borak, sampai payung pun tinggal.

Posted via Huawei Ideos S7

random pic#15: oh, kfc!



13.10.2012    

kfc the mall setelah 5 tahun ai tinggalkan.. banyak perubahan. staff semua dah bertukar, manager pun. environment dan susun atur dalam outlet. tapi dalam banyak2 benda berubah, satu benda yang ai notice masih sama- display toys dalam cermin. haha, comelss!!

Posted via Huawei Ideos S7

auntie best #1: dress



13.10.2012

SOGO sale! haha, ai pun bukan berwang sangat maka jarang2 nak shopping kan. tapi, alang2 sampai kl cuci mata, keluar duit la. jom, shopping time!!!

mine ada la beli beberapa barang, tapi mesti tak boleh lupa mau beli baju lil auni. comel2 sangat dress ni, terpaksa beli. lol. dress ni harga asal rm82 (mahal!), tapi bila sale rm25 (ok la..) brand ladybird exclusive. auntie best beli 2 dress untuk lil auni. boleh melaram la lepas ni :-)

p.s auntie pun nak pakai dress tapi takde saiz. demm

Posted via Huawei Ideos S7

halfest 2012,pwtc n artis



13.10.2012

sepatutnya hari ni kena jumpa hazwan kat pwtc sebab anis nak tanya tentang gold n zakat. unfortunately, member sorang ni tak info time duty dia bertukar n menyebabkan kegagalan kami untuk datang pada masa sepatutnya. so, appointment cancel.

sementara menunggu anis sampai kat the mall, ai jalan2 keliling halfest. banyak produk ada such as makanan, minuman, buku dll. tengah dok jalan2 ni ai pun stop kat booth yang ramai betul orang berpusu2. hmm, mana taknya penuh orang uols, booth simply siti, pastu ada plak cik retiss dato siti nurhaliza.

maka ai pun menyelit2 gak, tak nak kalah! 1st time nak jumpa dato ct live. mak aii kulit dia cantik, mulus n gebu. simply siti ker? hehe :-) tak tau ada event apa, sorang2 beratur pakat amik gambar ngan dato ct. untung laa.. jadi dato ct kan, kan?

hah, jangan nak berangan. kerja! kerja!

Posted via Huawei Ideos S7

keluh kesah


apa nak jadi dengan kerajinan ai updatd belog ni. haish. malas betul, kan. maklumlah lately ni musim hujan,lembab je maka ai pun terbawa2 la mood kelembapan. alasanggg!!

ok, mari kita ingat dan catat aktiviti2 yang belum berekod di belog!

chaiyok!!

Posted via Huawei Ideos S7

filem: aku terima nikahnya...



11.10.2012

kali pertama ai terhegeh2 nak g tengok 1st day release movie! atas semangat berkobar2 yang disalurkan oleh dj untuk tengok movie ni maka gadis2 pun setuju nak layan movie yang tajuk gempak kot, tapi......

adalah diingatkan ni adalah review ai dan tidak berniat untuk mempengaruhi siapa. sila lah sokong filem tempatan. hoyehhh!

now showing: aku terima nikahnya

tiket 1st day memang sold out la. sebab ramai nak tengok or bilik kecik tu ai tak pasti sangat. tapi untuk layan movie ni at 10.30 pm memang gigih la kan. so expectation is high. promo pun bukan main hebatnya.

ai layan gak citer jiwa2 ni maklum lah jiwa halus, katanya lah. tapi movie ni, eiiiii geram je bila fikir balik. 5 min pertama memang sangat penting pada satu2 movie, which kalau 5 min pertama tu impak positif maka positif la penerimaan kita pada sesuatu movie dan sebaliknya.

movie ni, 5 min pertama buat ai rasa pelik2 je. minit2 seterusnya penuh dengan aksi mesra pasangan 'suami isteri". untuk single cam ai ni geli2 gak la nak tengok, segan pun ada. too much kot. kena plak kat sebelah seat ai budak2 lelaki yang "bising" tengok aksi seksa yang ada. dush kat muka sendiri.

nasib baik eksiden awal. haha, tu la yang ai pikir bila part suami mesra tu mati serta merta. no more aksi2 seksa uols. tapi tu la, citer ni mendatar sangat. boleh dimudahkan seperti begini: pasangan baru kawin> laki eksiden> hilang ingatan> wifey cuba kembalikan ingatan> laki tak ingat> wifey surrender> laki ingat semula. haha :-p

memang panas je hati tengok movie ni. lambat betul nak habis. watak antagonis pun tak mengancam langsung. belum lagi part2 yang ada mak mertua, scene makanan kegemaran abang dll.

habis je movie ni, masing2 kuar tak puas hati. jalan cerita slow lah, gedik dan annoying. pergh, tapi stakat komen orang tak profssional ni sapa nak dengar kan. apapun hopefully filem tempatan ni akan improve la. kalau banyak template ATN, jiwa kacau dibuatnya.

untuk filem n jalan cerita 1.5/5

thumbs up untuk:

- jurukamera- shoot memang cantik!

- pilihan tempat pun quite nice. banyak kat Putrajaya n PD

- wardrobe nora danish memang cun!

opss. jangan mare eh penggemar ATN :-)

Posted via Huawei Ideos S7

gathering maaakaan!



11.10.2012

setiap bulan pasti ada gathering makan sempena birthday dan macam2 agenda lain. kali ni agenda utama is celebrate LRS birthday- entering 4 series. jeng jeng jeng. mula2 nak pergi small group je, sekali ramai plak nak tag along. huhu :-)

lokasi kat the gardens, alamanda. no doubt tempat ni memang cantik! sedap je mata memandang bila melangkah masuk. food pun sedap esp pasta, but unfortunately dish ai kurang sedap. salah order ingat nama gempak sedap sangat. haha, tapi sebab mahal kena la makan sampai abes. sobs.

anyway, Happy Birthday to LRS!

Posted via Huawei Ideos S7

oh passport!



9.10.2012

finally ada passport! haha. nasib baik nak g uss maka tamatlah kemarau hidup tanpa passport. urusan untuk mewujudkan passport ni mudah je tapi hampir2 membuatkan diri berputus asa. tau2 je la tempat public, ramai orang n masa menunggu tu agak mencabar.  kalau tak sabar mau makan hati.

proses permohonan passport (baru)

bila turn kita sampai kat kaunter permohonan, pegawai akan minta ic fotostat (sila fotostat awal2), ic original dan 1 keping gambar. lepas tu officer akan minta kita verify ibu jari kiri/ kanan dan semua maklumat berkenaan kita dah ada,  so tak payah susah2 isi borang. inform nak buat passport 2/5 tahun. ai buat 2 tahun, budget terhad :-p officer pulak akan print borang, minta kita verify info, ambil ic kita n minta kita tunggu untuk proses pembayaran.

kaunter bayar pun kena tunggu no. giliran. so, bayar rm100/2 tahun n rm500/3 tahun. dah bayar kena tunggu lagi no. dipanggil untuk amik passport. piagam pelanggan set passport mesti terima within 1 hour selepas bayar. walaupun dah hujung2 waktu kaunter buka, passport tetap dapat within 10 min.

wooha! finally ada passport. jom melancong!

Posted via Huawei Ideos S7

kek lapis from kuching



8.10.2012

yeay, puan boss belanja kek lapis sarawak! colourful kek lapis dan yummy. tqvm puan boss lain kali boleh belanja lagi. hehe :-)

ai masih ingat lagi kesungguhan ai belajar, beli bahan nak buat kek lapis. memang kagum dengan diri sendiri. tapi tu cerita dulu kala lah, la ni order or makan free. muahaha. lagi senang, jimat masa dan sedap.

kalau korang pegi kuching ada beli tak kek lapis sarawak ni? beli jangan tak beli, ingatlah orang tersayang.

Posted via Huawei Ideos S7

kepochi auntie. haha :-)



lil auni, auntie belikan awak beg. suka tak?!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa #2: pancake



6.10.2012

mood cabaran rasa lagi. wah2 tak pro kena belajar masak kan walaupun cuma lempeng. muahaha. okay so minum petang hari ni pancake with nutella.

resepi pancake ni actually campak2 je, kata senang tapi kena jaga consistency batter n rasa of coz. nak cuba?

resepi: pancake

masa penyediaan: 10 min

masa masak: 20 min

bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri

1/2 sudu the baking powder

1 biji telur

2-3 sudu besar susu pekat

air

gula (jika perlu)

cara membuat

1. campur semua bahan dan gaul sebati

2. tapis batter untuk dapatkan batter yang lebih smooth n tak gritty

3. panaskan kuali, masukkan 1 senduk batter n tunggu hingga masak

4. ok, boleh makan!

cabaran rasa #2: wow?!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#1: masak lomak cili padi



6.10.2012

masa ai g pasar hari jumaat tu, dok berkira2 nak beli barang untuk masak lemak cili padi. hmm, tapi tak pernah masak pun dish ni. cik net suggest beli barang2 yang biasa orang guna untuk masak lemak n udang as main lauk dalam masak lemak cili padi.

lucky ada buku RASA yang of coz ada resepi masak lemak cili padi. hehe :-) operasi bermula lewat petang, masak untuk dinner. yeay! cabaran rasa#1 bermula!

Resepi: Masak Lemak Cili Padi Udang vs Telur

masa penyediaan: 15 min

masa masak : 25 min

bahan2

1/2 labu bawang besar*

3 ulas bawang putih*

20 biji cili padi*

kunyit hidup (natural color)*

santan (1 biji kelapa)

serai 2 batang

air

seasoning

telur 2 biji

udang 10-15 ekor

cara membuatnya

1. tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda (*). guna lesung batu :-p

2. panaskan kuali, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan air. biarkan hingga mendidih

3. masukkan santan dan serai. kacau sehingga sebati, sampai naik minyak

4. masukkan seasoning sesedap rasa

5. akhir sekali masukkan telur (yang dah direbus) dan udang.

6. dah siap dan boleh dihidangkan

cabaran rasa #1: rasanya berjaya kot. hehe :-)

Posted via Huawei Ideos S7

Ms Read: love it



5.10.2012

terpengaruh nak membeli di clearance sale Ms Read lepas dj bagi info. yeah, ai pernah intai Ms Read Alamanda, harga boleh pengsan. so bila dj kata ada sale, terkinja2 la ai nak g. dalam berkira2 nak g on weekend, dj n d gang ajak g mines untuk lunch n shopping!

to be true, bukannya ai ada banyak duit lebih, tapi tangan gatal je pilih n bayar. lucky ai boleh control nafsu shopping, so sempat la beli blouse n seluar slack sahaja. harga asal blouse rm99 diskaun jadi rm49, seluar plak rm134 jadi rm69. erk, masih mahal lagi? hmm, for me yang tak kaki shopping, ai rasa ok la kot price tu. tapi ai tell u, seluar slack to memang best! rugi tak beli 2 pasang. haish.

apapun this is my 1st 'set' of Ms Read n ai like it soooooo much. love :-)

Posted via Huawei Ideos S7

william oh william



1.10.2012

nota: dj dah berkali2 ai upload pic kat fb. katanya berjaya upload tapi takde kan pic2 tu. weng sudah.

kerana beringat nak makan kat william, gigih tak habiskan pisang goreng yang sedap kat umah member dj. tapi takpe oleh kerana kat william ada food yang sedap gak maka ralat nak habiskan pisang pun berkurang. huhu

ok, kami order ribena laici gelas besar, chicken kiev, butter prawn n roti gebu (lupa nama). chicken kiev memang sedap tapi butter prawn tak kurang hebatnya. oh, butter prawn ni versi berkuah so sedap sangat la kalau cicah ngan roti gebu tu. terangkat kaw kaw.

so kami memang puas hati dapat makan. haha. kami bayar rm48 for dish, sorang rm24, ok la tu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

chicken kiev: william



1.10.2012

intro: agak suam nak update belog this month. haish!

opening this week start with positive aura. yeah, dj tag along ai to visit kawan ukm yang nak pergi haji. wow! Alhamdulillah, cepat peluang dia. an inspiring stories told by her aunt, mengalak2 keinginan nak pergi juga. Insya'Allah. wish her safety n semoga mendapat haji yang mabrur. Amin. oh, while waiting kat rumah dia, mak dia hidang pisang goreng n cheese tart sedap wooo. tqvm for the hospitality :-)

so dah abis melawat, kami pun meneruskan 'lawatan' kat william. haa, apa lagi. makan! makan! si gemuk. opps. so hari ni cuba food baru chicken kiev. dish ayam with mashed potato n kuah yang a bit cheesy. wooha. sedap! oleh kerana ni fav dish dj maka dia pun berusaha nak habiskan. berebut.

ok next dish?

Posted via Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.