qurban 2012: infaq kemboja



21.9.2012

alhamdulillah, Insya'Allah terbuka hati untuk menjalankan qurban tahun ni, satu bahagian. mujur ada sahabat2 yang mengigatkan dan mengajak untuk sama2 membuat ibadah ini. Insya'Allah ada rezeki untuk dikongsi bersama.

saudara kita di Kemboja ramai yang masih tidak berkemampuan dan memerlukan sokongan daripada kita. semoga usaha kecil dapat membantu dan menceriakan saudara kita disana. kenapa Kemboja? tiada halangan untuk memberi biarpun terpisah benua. tepuk dada tanya selera. so kalau ada kawan2 yang nak bersama2 dalam usaha ini boleh dapatkan maklumat lanjut di sini  infaqkemboja.

Nota : Projek ini diterajui & koordinasi oleh Raudhah Sakeenah Travel (Hj.Zikri -Malaysia) dan dibantu oleh Ustaz Sulayman @Saan Layman (di Kemboja). Semua pembayaran akan melalui akaun DMK RAUDHAH (Maybank Islamic) di Malaysia untuk disalurkan ke Kemboja.

sedikit mengenai tata cara permohonan untuk sertai program ini

1. boleh daftar maklumat diri secara online. dapatkan info di  infaqkemboja 

2. melalui email yang didaftarkan, akan terima maklumat berkenaan akaun bank n penganjur

3. buat pembayaran, rm250/bahagian. hantar slip pembayaran kepada penganjur

4. terima emel, yang pembayaran telah diterima

mudahkan? so, qurban kita ni akan dilaksanakan penganjur dan dibuat di Kemboja bersama masyarakat Islam disana. ok, renung2 kan dan selamat beramal :-)

Posted via Huawei Ideos S7

2 comment:

norinaomar said...

aku berminat ni asie, thanks for sharing

asilahkassim said...

alhamdulllah :-)
semoga Allah murahkan rezeki Noi, Amin

Powered by Blogger.